Sifat wanita di Tarim Hadramaut Yaman.



Kaum wanita di kota Tarim Hadramaut jauh berbeza dengan sebagian besar wanita-wanita muslimah di dunia. Wanita-wanita Tarim sudah terbiasa sejak kecil dibesarkan dilingkungan ulama, siang malam mereka hanya berbicara mengenai majlis ilmu, alqur'an, adab, akhlak, tasawwuf.
Mereka dibesarkan tanpa mengenal muzik, tidak kenal kebiadaban, tidak kenal wajah orang fasiq, bahkan para wanitanya itu tidak pernah melihat lelaki selain ayahnya dan pakciknya.
Ketika mereka menikah, bila ditanya apakah perasaan mereka bila pertama kali bertemu lelaki (suami), mereka menjawab : "Saya bingung. Seumur hidup saya belum pernah melihat lelaki selain kakak kandung saya, lalu ini ada lelaki asing duduk di kamar saya."
Begitulah hidup mereka. Mereka tak pernah menyusahkan suaminya. Bila susu habis misalnya, atau beras, atau apa saja yg perlu dibeli, mereka tak berani memberitahu suaminya kerana takut suaminya tidak ada wang atau sedang sibuk.
Begitu juga dengan suami mereka. Pergi ke pasar adalah tugas suaminya. Para isteri hanya keluar ke pasar kaum wanita, misalnya belanja baju, atau barang barang khusus wanita. Berkenaan urusan pembelian barangan dapur, sayur, beras dan lain-lain, itu merupakan tugas suami atau pembantu. Isteri pula hanya mengemas rumah dan bilik tidur.
Pakaian suami disiapkan kemas dan wangi. Begitu juga dengan bilik mandi, semuanya dipersiap khas untuk suaminya. Isteri tak pernah meninggikan suara pada suami, tak pernah marah, tak pernah mengeluh. Bila mereka kesal, mereka menangis dan mengadu pada suaminya.
Begitu juga dengan suami, tak pernah marah pada isteri, apalagi mencaci. Bila si suami merasa kesal atas sesuatu, suami akan menulis surat pada isteri lalu pergi atau tidur. Si isteri akan membalas surat suaminya, lalu suaminya pula mebalas lagi. Mereka akan saling berbalas surat sehingga keduanya tertawa bersama.
Masih banyak lagi keunikan dan seni budi pekerti Rasulullah SAW dalam rumahtangga nabawiy yang paling sukar untuk kita temui pada zaman sekarang.
- Habib Munzir Al-Musawa -

0 comments :

Post a Comment

Berkahwinlah selagi layak.



Perkahwinan sebenarnya membawa kita semakin 'cinta kepada Allah'...
Bawa seluruh keluarga 'kembali kepada Allah'...
Betapa nikmat bersama-sama mengharungi 'laluan Allah'...
Tahajud bersama-sama.Menangis kerana Allah bersama-sama, belajar dan mengaji bersama-sama,Hidupkan suasana rumah dengan Al-Quran seharian.
Isteri masak, suami tolong basuh pinggan.
Isteri basuh baju, suami tolong angkat baju.
Isteri siram bunga, suami tolong betulkan pasu bunga.
Isteri merajuk, suami pujuk.
Isteri menangis, suami minta maaf.
Isteri hamil, suami jaga.
Isteri ada masalah, suami pinjamkan telinga dan bahu.
Sentiasa memanggil mereka dengan panggilan yang paling mereka suka.
Sayang abang yang cantik
Sayang abang yang menawan
Sayang abang yang solehah
Sayang abang yang lemah lembut
Suami sayang yang baik hati
Suami sayang yang bijak
Suami sayang yang soleh
Dan sebagainya..
Suami sekali sekala dukung isteri seperti Nabi SAW dukung Aisyah.
Kenakan pipi dengan penuh kasih sayang dan manja.
Sebelum tidur sama-samalah saling memaafkan.
Bila dah memilki zuriat,bimbinglah mereka ke 'laluan Allah'
Berkahwinlah wahai sahabah ^_^

0 comments :

Post a Comment

Jangan Ditangisi Haid Itu "ABC" ?


Ramadhan tiba lagi dengan sajian pahala yang berganda-ganda. Dalam kita rancak menyusun perancangan sebulan ibadah kita, tentu sahaja terdetik di hati, “ Alaaa, janganlah period kali ni datang pada akhir 10 ramadhan.
Tengah pecutan
maximum tu”. Atau pun “ Haa? Period datang doublebulan ni? Awal dan akhir? Kenapa Allah uji ana sampai macam nisekali? Ini dikira nikmat atau dugaan? ” dan pelbagai lagi keluhan yang biasa saya terdengar keluar dari mulut ukhti-ukhti saya.
Saya pasti, seorang muslimah yang menyedari akan mahalnya harga satu detik di dalam bulan yang penuh keberkatan ini pastitidak mahu mensia-siakannya.
Sudahlah Ramadhan datang sebulan setahun,pastilah mahu memecut sehabis daya kan?
Jadi, anda nak buat apa ni? Makan pil supaya tak didatangi haid sepanjang Ramadhan? Jangan! Ubat-ubatan ini kadang- kadang tidak memberikan kesan yang diharapkan malah lebih mengganggu kestabilan hormone.
Atau anda mahu menangis dan menyesal dicipta sebagai perempuan lalu mengomel "Untung la jadi lelaki ?" Sekali lagi jangan! kerana Allah berfirman:
“Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (Kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurnianya. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. “(An-Nisa’:32)
Sememangnya perasaan sedihpasti akan lahir dari hati seorang muslimah yang sangat mengharapkan keampunan dan ganjaran daripada Tuhannya. Sedangkan, Saidatina Aisyah R.A sendiripernah menitiskan air mata kesedihan kerana merasakan hilangnya peluang beramal dengan kedatangan haid.
Haid sebenarnya bukanlah satu perkara yang buruk, bukan jua satu kekurangan yang patut dikesali,kerana di sebaliknya masih ada peluang merebut ganjaran di bulan yang mulia ini.
*REDHA DENGAN KETENTUAN ALLAH DAN BERSANGKA BAIK*
Redha ialah senang hati menerima apa yang diberikan oleh Allah SWT kepada kita sema ada baik atau buruk. Dan redha dalam beribadah ialah beribadah seperti mana yang diperintahkan untuk kita lakukan, bukan sebagaimana yang kita suka untuk melakukannya.
Anda perasan tak, bilaanda tidak berpuasa kerana haid, sebenarnya anda mendapat pahala kerana mentaati perintah Allah. Ini kerana Allahlah yang memerintahkan kita untuk berpuasa pada hari-hari kita tidak didatangi haid, dan Allah jualah yang memerintahkan kita untuk berbuka ketika sedang haid, maka berpuasa ketika haid merupakan suatu dosa kerana anda dikira melanggar perintah-Nya.
Maha Besar Allah, Dia-lah Sebaik-baik Pencipta, selalu meletakkan hikmah pada makhluk yang diciptakan-Nya.
Oleh itu, jika kita benar-benar redha dengan apa yang ditentukan Allah untuk golongan Hawa seperti kita, maka tidak akan timbulisu berkurangnya pahala kerana kita tidak boleh solat dan puasa.
Kita hanya dilarang oleh Allah untuk solat, puasa, tawaf dan membaca Al-quran (menurut khilaf ulama’) Sedangkan tanpa kita sedari, sebenarnya pintu-pintu syurga masih terbuka luas untuk kita dan para malaikat masih memanggil-manggil pencari kebaikan.
Namun, masa haid bukanlah masa berehat dari ibadah, kerana sesungguhnya dalam sehari-semalam itu masih ada banyak amalan yang masih boleh dikerjakan oleh wanita haid.
1- Sediakan juadahberbukapuasa
“Barangsiapa yang memberi makan orangyang berpuasa, dia akan mendapatpahala sepertinya, dan ianya tidak akan mengurangkan pahala orangyang berpuasa sedikitpun”(Riwayat Tarmizi).
Seorang muslimah yang solehah akan sentiasa memburu pahala. Dia tidak akan mensia-siakan peluang beramal. Mari kita memudahkan urusan ukhti-ukhti kita yang berpuasa. Mudahkan mereka beribadah. Niatkan memasak juadah itu kerana Allah. Mana lah tahu, sambal ayam, atau Ikan Asam Pedas yang anda sediakan itu yang akan membawa anda ke SyurgaNya nanti!
2. Bangun Sahur bersama-sama
Seperti juga menyediakan juadah berbuka, tiada salahnya jika kita dapat menyertai mereka bersahur. Lagi Osem jika anda boleh menyediakannya, dan biarkan ukhti anda bangun qiamullail. Mintakan sekali dia mendoakan anda. Tidak perlu masak yang renyah dan susah-susah, cukup sahaja telur masak kicap. Sambil-sambil anda memasak, bolehlah berzikir atau mendengar ayat al-quran. InsyaAllah akan terasa sekali roh qiamullai walaupun anda berada di dapur!
3. Tadabbur Al-quran atau mendengar bacaanAl-quran
Jika kita dilarang untuk membaca Al-quran **, tidak salah jika kita mendengar bacaan Al-quran. Tukarkan senarai Playlist didalam Handphone anda dan isikan dengan mp3 Al-quran.
Sekurang-kurangnya jika kita tak sempat untuk khatam Al-quran, kita sudah khatam mendengar bacaan Al-quran. Mari kita membudayakan mendengar Al-quran di mana-mana anda berada. Di dalam kenderaan, sedang memasak didapur, sedang melipat pakaian, menyapu sampah malah ketika belajar.
4. Istighfar, zikir, Maathurat dan Selawat ke atas Nabi
Kali ini mari kita tukar jadual ibadah kita. Jika selama ini kita mengambil10 minit untuk mengerjakan solat Zohor. Ketika haid, kita gunakan juga 10 minit itu untuk istighfar, zikir, membaca maathurat, berdoa, dan selawat keatas Nabi SAW.
Berzikir boleh dilakukan wanita haid.
Hal ini lebih baik daripada sekadar membiarkan lisan dan hati kita lalai dari mengingat Allah. Atau membiarkan lisan dan hati kita untuk hal-hal maksiat seperti mengumpat dan membicarakan serta memikirkan hal yang sia-sia.
Dzikir selain dapat mengingatkan kita pada Allah, menenteramkan hati juga mendatangkan pahala.
5. Menyibukan diri dengan ketaatan dan menjauhkan diri dari kemaksiatan.
Lazimi diri kita untuk tidak membuang masa begitu sahaja.
Andai futur ketika haid, jangan biarkan begitu sahaja. Dampingi rakan-rakan yang solehah, hadiri majlis-majlis ilmu (dengan syarat bukan dilaksanakan didalam masjid), dengarkan rakaman ceramah-ceramah atau hiasi masa anda dengan membaca buku-buku tarbiah dan buku-buku agama. Kegiatan ini juga menghindarkankita dari angan-angan kosong atau sekadar melamun tanpa guna atau membiarkan waktu berlalu tanpa faedah.
6. Infaq/ sedekah
Bersedekah umpama kita sedang menabung dalam tabung dan saham akhirat kita. Ganjarannya diganda-gandakan pada bulan Ramadhan. Tambahan, banyak tabung-tabung kebajikan, tabung anak yatim, tabung Palestine dan Syria yang akan diedarkan sekitar bulan Ramadhan ini, boleh lah kita membelanjakan wang kita ke sana.
7. Istiqamah (Terus) membuat perkara-perkara sunat yang sudah biasa dilakukan
Tak hanya itu, teruskan sahaja amalan sunat yang seharian anda biasa lakukan. Jangan dikurangi dosa nya hanya kerana anda haid. Melakukan tugas harian sebagai isteri,ibu, housemate,anak yang baik, selagi mana dilakukan dengan tulus juga dikira sebagai ibadah. Insyaallah boleh menjadi pengisi poket-poket amal kita, walaupun kita sedang terhalang dengan fitrah haid.
Terimalah fitrah wanita ini dengan ikhlas, tidak menyesalinya dan tidak berburuk sangka. Berkumpul dengan orang yang soleh dan ambillah semangat mereka. Juga, hormat mereka yang berpuasa dan jangan sewenang-wenangnya makan dikhalayak ramai. Maka, raikanlah Ramadhan penuh kesyukuran kerana kita, seorang WANITA.
** Hukum asal membaca Al-quran bagi wanita haid adalah diharamkan. Tetapi jumhur ulama’ menyatakan membaca Al-quran menjadi harus dengan niat berzikir mengingati Allah."

0 comments :

Post a Comment

Korean Fashion Casual Long Sleeved Shirt.

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم




Casual Colored Long-Sleeved Shirt 
Code: P26
Price: RM50 included postage ( Sabah Sarawak + RM 5 )
Color: berdasarkan nombor
Size: M-XXXL (CUTTING SLIMFIT)
Fabric: Polyester Cotton

Received Item within 7-10 working days after clear the payment.

NOTE: lebihkan sedikit 2-3cm dari saiz sebenar sebab ini slimfit.

Untuk pembelian boleh whatapps/msg 0134251793(syahmie)






1 comments :

Post a Comment

Israk Mikraj Nabi Muhammad SAW.


1. Sebelum Israk dan Mikraj
Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.
2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):
Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A. S. dilahirkan);
Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :
- Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
- Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).
- Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
- Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
- Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
- Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
- Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
- Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
- Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
- Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
- Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
- Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.
- Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.
Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.
3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
1. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
11. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.
111. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S.
1v. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.
v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
v1. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
v11. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, “Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH”. Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu:SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-’AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga”. Setelah melihat beberapa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
11x. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
1x. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
x. Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.
4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
5. Selepas Mikraj
Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu’alam.
(Sumber : Kitab Jam’ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.
Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.
Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.
Mafhum Firman Allah S. W. T. : “Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Israa’: Ayat 1). wallahua’lam..
Sebarkanlah artikel ini walau dengan satu ayat. Semoga anda mendapat balasan setimpal dengan apa yang dilakukan.

0 comments :

Post a Comment

12 STEPS TO THE PERFECT SHOT IN ARCHERY.


Perhaps the best thing about archery is that it is accessible to absolutely everyone. With the right equipment, anyone can learn the proper technique and begin accurately hitting targets in less than an hour. An important point to remember however, is that any bad habits you pick up early on will make your progress that much more difficult. As you progress in your archery training, it is important to have a strong grasp of the fundamentals. You will learn them here.

Coach Kisik Lee has coached archers like Simon Fairweather to an Olympic Gold and more recently Brady Ellison to win 6 World Cup medals. Many commentators in the sport credit Lee’s training method for the US Olympic men’s team ranking as the best in the world. His National Training System (NTS) is what every coach must learn before receiving their USA Archery certification. This system is based on body control, proper musculature mechanics, and complete concentration in order to produce a good shot.

Lee worked with biomechanical engineer Gary Yamaguchi, who had previously studied body mechanics and injuries in other sports, such as golf, tennis, and rock climbing to analyze the postures and movements of a well-placed shot. Gary and Coach Lee continue to work together to increase their understanding of archery’s biomechanics, in an effort to increase performance and reduce injuries.

The KSL Shot Cycle is the core component of the NTS, and breaks every shot down into twelve distinct, process-oriented, and repeatable steps. Many have scrutinized the technique, claiming that it hinders the innovation of technique that comes from natural experimentation. Proponents of the technique conjecture that it brings uniformity to the shot and makes incremental experiments possible and easier to measure. While this method has been controversial, the results cannot be denied.

By understanding and imitating the technique Olympic level pros like Brady Ellison use, beginner archery enthusiasts can quickly develop their skills while maintaining their firm rooting in fundamental archery mechanics. By ensuring consistency through every aspect of the shot, it is actually easier to make small corrections that will make you more accurate. This is the most important element of archery technique, and will do more for improving your skill quickly than anything else. As you shoot your consistency will allow you to incrementally correct your technique until you are consistently hitting 10s. Without further ado, here is the KSL Shot Cycle.

1. Stance – 1 second
Your stance serves as the foundation of your shot, providing you with stability, balance, and most importantly consistency. Traditionally Archers have used a closed stance, meaning both their feet are parallel and in line with the arrow’s travel path. Coach Lee recommends the open stance because it allows for greater lateral stability, especially in windy conditions. From the closed stance, you simply need to step back 45 degrees with your right foot. Keep your weight about 2/3 in the balls of your feet, and tuck your tailbone slightly, keeping the stomach tight.

2. Nocking the Arrow – 1 second
This simply refers to placing the arrow ‘nock’ on the string. How you nock the arrow is entirely a matter of personal preference, but the odd-colored fletching should always point away from the bow, and you should always nock the arrow in the same way every time as a part of your shot process.

3. Gripping the String – 1.5 seconds
You will use your index, middle, and ring fingers with a shooting tab or glove. Coach Lee recommends placing the string in the knuckle of the index and ring fingers, and just behind the knuckle of the middle finger. Some people prefer to hook the strings with the pads at the very tip of the finger. Put a little tension on the string, keeping your bow hand relaxed and allowing the bow handle to be pulled into it.

Alternatively, you might use a mechanical release when shooting. This device makes your shot incredible precise, because it eliminates interference from your fingers when you release the arrow, however it is not used in Olympic competition.

4. Mindset – 3 seconds
In short, mindset refers to your taking a Zen moment to set an intention as to what you hope to accomplish, and eliminate all other thoughts and distractions. It helps to take a few easy, yet deep, meditative breaths to clear your mind and completely relax the muscles of your face, neck and shoulders. This is a critical component of your technique and will help you avoid the competition jitters.

5. The Set-Up – 1 second
Again keep your weight in the balls of the feet, hips slightly opened to the target, and your abdominals and buttocks slightly flexed. This keeps your core tight and stable to support your shot. Keeping your shoulders low and away from your ears, raise the bow just high enough to set the position of your drawing side’s shoulder blade. You are not pulling the bow string back, but rather setting your shoulder blade so that your draw hand is in the correct position near the face.

6. Drawing the String – less than 1 second
With the rear shoulder blade set back, draw the string back to just below the chin keeping the drawing forearm and fingers as relaxed as possible without losing control of the arrow. It is recommended to inhale during this phase to create slight thoracic pressure and a feeling of strength.

7. Anchor – 1 second
Easily the most important part of the shot, you must use the same anchoring position every single time you shoot, allowing your head to be a reference point to help you aim. Move the whole drawing arm and hand up slightly to just below your jaw, letting the string come into contact with your mouth, chin, and nose. The drawing elbow should be in line with the arrow or slightly pointed up, and should be in a perfect line with the arrow when viewed from above.

8. Transfer and Loading – less than 1/2 second
When you drew the string in step 6, you were required to use your forearm, shoulder, and hand muscles, since your back muscles alone can not pull the string. In the transfer and loading stage, you are relaxing the tension in your arm and hand and transferring this energy to your lower back muscles and your bow hand. Essentially, your lower back is holding the arrow back, while the bow is kept at distance by the bones of your bow hand, arm, and shoulder. This phase of the shot cycle will be largely imperceptible to an observer, because this is an internal biomechanical movement.

9. Aiming – between 1 and 3 seconds
With your mind clear, your face and upper body relaxed, gaze through your sights at the target down range. Understand that aiming is just another part of the process, and should be approached without any anxiety whatsoever. Your sights will float around the aiming area. This is ok. Keep the majority of your focus on your deep back muscles, while allowing your aim to be more of a relaxed, semi-subconscious step. Allow the chest to expand slightly.

10. Release – less than 1/4 second
The release is accomplished by allowing the draw fingers to completely relax, letting the string slip forward. The mind is again with the core back muscles, rather than focused on consciously opening the hand.

11. Follow Through – occurs in conjunction with the release
The follow through occurs as a natural result of the release, rather than a separate movement. Since your back muscles are still engaged and your draw hand is totally relaxed, your shoulder blade should continue to rotate back, allowing your draw to trail in a straight line opposite the arrow’s direction of travel.

12. Relax and Feedback – as much time as needed
After the follow through, you need to prepare your mind and body for the next shot. Dissolve any tension, physical or mental, caused by the previous shot. Again, meditative breaths are ideal for this relaxation phase, and critical for approaching and analyzing each shot without emotion. Understandably, this is not always easy, especially after a bad shot. But there is no benefit or reason from developing emotion or anxiety. Instead, you should be rely solely on the actual location where the arrow hit the target for feedback on your shot, and what corrections need to be made, if any.
With these 12 steps, you should be well on your way to developing a consistently accurate shot. Remember always, consistency is key. Through diligent, process-oriented practice, you will be dominating the competition in no time.

0 comments :

Post a Comment

Guru oh Guru.


Kita semua ada guru. Ada guru-guru :
Ada guru yang membawa kita mengenal solat.
Ada guru yang membawa kita mengenal huruf-huruf Al-Quran.
Ada guru yang membawa kita mengenal majlis pengajian.
Ada guru yang membawa kita mengenal zikir.
Ada guru yang membawa kita mengenal hadith.
Ada guru yang membawa kita mengenal bahasa Arab.
Ada guru yang membawa kita mengenal akhlak.
Ada guru yang membawa kita mengenal jemaah.
Ada guru yang membawa kita mengenal tarbiyyah.
Ada guru yang membawa kita mengenal ukhwah.
Ada guru yang membawa mengenal dakwah.
Ada guru yang membawa kita mengenal halaqah usrah.
Ada guru yang membawa kita mengenal hijab, serban, jubah dan purdah.
Ada guru yang membawa kita mengenal sifat-sifat mahmudah dan mazmumah.
Ada guru yang membawa kita mengenal tokoh-tokoh.
Ada guru yang membawa kita mengenal ilmu perbandingan agama.
Ada guru yang membawa kita mengenal siasah Islam.
Ada guru yang membawa kita mengenal kitab-kitab.
Ada guru yang membaw akita mengenal sanad.
Ada guru yang membawa kita mengenal tariqat.
Ada guru yang membawa kita mengenal jihad.
Dan lain-lain lagi.
Tapi umumnya tidak terbanding jasa
guru yang membawa kita mengenal Tuhan,
guru yang membawa kita membetulkan dan menepatkan sembahan,
guru yang membawa kita “memandang Wajah Allah”.

0 comments :

Post a Comment

6 Teka Teki Imam Al-Ghazali Yang Gagal Dijawab Dengan Tepat.


Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya soalan berbentuk teka teki :
.
Soalan pertama
Imam Ghazali : Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Lalu beberapa orang murid menjawab:
Murid 1 : Orang tua
Murid 2 : Guru
Murid 3 : Teman
Murid 4 : Kaum kerabat
Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.
.
Soalan kedua
Imam Ghazali : Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?
Lalu beberapa orang murid menjawab:
Murid 1 : Negeri Cina
Murid 2 : Bulan
Murid 3 : Matahari
Murid 4 : Bintang-bintang
Iman Ghazali : Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.
.
Soalan ketiga
Iman Ghazali : Apa yang paling besar didunia ini?
Lalu beberapa orang murid menjawab:
Murid 1 : Gunung
Murid 2 : Matahari
Murid 3 : Bumi
Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU.
Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka .

Soalan keempat
Imam Ghazali : Apa yang paling berat didunia ?
Lalu beberapa orang murid menjawab:
Murid 1 : Baja
Murid 2 : Besi
Murid 3 : Gajah
Imam Ghazali : Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH
.
Soalan kelima
Imam Ghazali : Apa yang paling ringan di dunia ini ?
Lalu beberapa orang murid menjawab:
Murid 1 : Kapas
Murid 2 : Angin
Murid 3 : Debu
Murid 4 : Daun-daun
Imam Ghazali : Semua jawapan kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat. Na’uzubillahiminzaa lik.
.
Soalan keenam
Imam Ghazali : Apa yang paling tajam sekali didunia ini ?
Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang
Imam Ghazali : Itu benar, tetapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA . Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

0 comments :

Post a Comment

Apa level ukhuwah kita?


Peringkat Ukhuwah 
Ukhuwah ?
Sembang pasal ukhuwah , mesti ramai terbayang-bayang . Terbayang apa ? Kawan-kawan sekeliling ?
Kalau ana tanya kalian :
"Hang dok ukhuwah peringkat mana ? "
Tak ramai boleh jawab !
♔♔ Mehh, ana nak share.♔♔
Ukhuwah ada peringkat-peringkat . Peringkat ini dalam bentuk ranking :
-Ithaar
-Salamatus As-Sadr
-Husnu Dzon
So, ithaar adalah top ♔ dalam carta Ukhuwah  .
- Ithaar itu apa ? ?
Ithaar ni tak ramai yg dapat dalam ukhuwah , bahkan ranking terbawah sekalipun iaitu Husnu Dzon pun tak ramai yg dapat.
*Ithaar ni ialah kita lebih pentingkan sahabat dari diri kita sendiri .
Fahimtum ? ?
Lagu mana tuh? ?
Macam kaum Ansar yang sanggup bagi isteri dekat kaum Muhajirin.
*Senang cerita, ithaar ini kita bergembira dengan kegembiraan sahabat kita.
'' Bereh,,bereh,,"
Salamatus as-sadr pulok gano ?'
*Salamatus as-sadr ialah berlapang dada. Kita berlapang dada dgn apa yg sahabat kita buat dan kecapi.
Kawan kita ejek , kawan kita hina , kita relax je. Kita berlapang dada . Ok Dok ?
'Husnu Dzon bersangka baik '♔♔
Benar . Ramai yg tau , tapi peringkat tercorot , carta ukhuwah , ini pun orang tak dapat nak buat, apatah lagi yg ranking first dan ranking second .
Kawan buat sikit, terus sangka buruk , terus nak cemuh .
Haihh , muhasabah lahh.
Kita di peringkat ukhuwah mana ?  ^_^

0 comments :

Post a Comment

Kelas Memanah Tradisional di Jitra, Kedah Darul Aman.

http://done4job.com/index.php?ref=17186

Assalamualaikum. Bagi warga Kedah Darul Aman yang ada keinginan nak berlajar memanah boleh join Kelas Asas Memanah Tradisional berikutnya akan diadakan pada bulan MEI iaitu pada:

Tarikh : 16/5/2014, 17/5/2014, 30/5/2014, 31/5/2014
Masa : Sesi pagi (8.30-10.30pg) atau sesi petang (5-7 ptg)

Anda yang berminat boleh pilih salah satu sesi dan PM nama penuh, no hp, tarikh pilihan dan sesi pilihan SMS ke 010-527 9994 sekarang. Yuran RM30 seorang. Tempat terhad. Jom memanah secara sunnah. ^_^

0 comments :

Post a Comment

Analisis Video Kononnya Pendustaan oleh Ustaz Don Daniyal



Analisis Video Kononnya Pendustaan oleh Ustaz Don Daniyal :

1. Kisah rambut asy syarif, Ustaz Don cerita tentang kisah Dato' Harun Din.

2. Kisah telaga pula, Ustaz Don ambil daripada cerita Dr Zulkifli Al Bakri. Ini ada dalam Kitab Ghiza' albab oleh As Safarini (si pembuat video ni kenal tak Imam As Safarini ?)

3. Kisah bani tamim, Ustaz Don ambil tafsiran badlishah - yang ini memang salah. Ustaz Don pun dah beritahu dalam video yang dikeluarkan dalam page : Ustaz Don Daniyal Don Biyajid : Solat & Selawat Tour - ia sekadar teori dan pendapat, boleh sahaja ditolak.

4. Kisah wudhuk - Ustaz Don petik dari Buku Dato' Ismail Kamus

5. Kisah niat - ini memang method Mazhab Asy Syafie.

6. Kisah doa ulama dalam berkumur, Ustaz Don tidak sebut hadith, maka tiada apa-apa halangan. Ia ada dalam kitab Imam al Ghazali dan lain-lain.

7. Kisah dhob / biawak - tiada kesepakatan ulamak ianya hadith palsu, Ikut kajian lebih terperinci ia hanya bertaraf dhoief. Maka ia boleh dipakai dalam bab fadha'il (juga tentang fadha'il Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam - jika siapa yang belajar ulum hadith akan tahu bahawa menggunakan hadith dhoief dibenarkan dengan syarat tertentu. Ramai alim ulamak gunakan hadith dhoief, Imam Bukhari pun ada koleksikan hadith dhoief dalam Al Adab al Mufrad) . Ia boleh diriwayatkan dengan menyebut ia hadith bersanad dhoief atau guna lafaz tamrih sahaja sebab ia berkaitan sirah dan dala'il nubuwwah, tak berkaitan aqidah dan hukum.

Sentimen kewahhabian agak jelas dalam video yang disebarkan itu.

PERHATIKAN, siapa yang juga kena serang dan dicop pendusta.

* Akhlak Ustaz Don - selalu mohon maaf tiap kali rancangan. Mereka yang bersalah dengan Ustaz Don agaknya bila akan mohon maaf ?
Alhamdulillah, Artis yg sedia Maklum telah pun memohon maaf, dan ada 2,3 kerat lagi masih seperti biasa..
Barakallahu Fiika, Allahuma Amin....

0 comments :

Post a Comment

Nikah semasa belajar.

http://done4job.com/index.php?ref=17186

*selepas akad - doa - sain borang - suami mai duduk di depan. umi yg berada di sebelah, undur ke tepi. paling tengok umi dah jauh. rasa nak p ke umi! org ramai kerumun dah

suami hulur tangan nak sarung cincin.. dlm hati

" ya ALLAH! betoi ka halal nak sentuh ni? tak dosa ka?"


*lepas nikah, byk diam. kekok. sebab tak pernah bercakap lisan. dulu nak urus nikah, umi jd orang tgh bila keluarga bertandang

*fasa seminggu pertama selepas nikah - masih tersasul 'aku' 'kau' dlm msg
rasa mcm isteri durhaka pula =.='

*ambil masa hampir seminggu utk ubah panggilan

*dah nikah, barulah buka segala cerita ~ bagaimana suami mula berkenan.. cerita itu ini.. segala cerita perasaan yg selama ini disimpan supaya dpt diceritakan dlm redha Allah lafaz cinta pertama selepas nikah lafaz syg rindu semua selepas halal ~ baru best

*perlahan2 belajar, apa yg suami suka, apa yg suami tidak suka - indah kerana proses pembelajaran itu dlm hubungan yg halal

*tapi kisah kami bukanlah seperti kisah indah keluarga carikan. kami belajar di pusat asasi yg sama. beliau yg perasan sy dulu, lalu tegur di fb. di fb rancak borak- kau aku- di luar bila terjumpa, masing2 buat tak kenal.

pelan pelan, kami azam x mahu dah chat. walaupun byk info islam sy dpt dr beliau. ilmu bhs arab. kaunseling dll.. walaupun chat itu sekadar kau aku, terbatas, tiada luahan2 perasaan rindu sayang bagai.

namun sedia maklum - Islam membenarkan lelaki & perempuan utk berhubung utk perkara2 tertentu sahaja.
adakah perbincangan tntg ilmu, ummah, politik, sejarah dll mengharuskan kita chatting dgn bukan mahram sesuka hati?

maka kami masing2 nak berubah jd lebih baik.
conversation kami - beliau byk nasihat. aurat.. bg kesan pd jiwa ini. pelan2 cuba tambah labuh tudung ... pelan2 cuba baiki ibadat

masuk main campus. azam kuat! baik- kita mujahadah. xmau dah na chat2. masing2 perbaiki diri.

tapi masih rasa mcm bersalah pula bila teringat kat beliau.
maka pm fbnya. tanya, kau ada niat nak jadikan aku isteri kau tak?
*ayat sebenar tak ingt* tapi lebih kurang la

alhamdulillah - beliau menyatakan mmg hasrat dari mula tegur dulu, nak jadikan isteri.
maka kami mula suarakan pada ibunda & ayahanda

REJECTED!

kecewa


beliau pm - tak pa kita cuba lagi.

saya dpt yellow light ibunda & ayahanda kata - ok boleh, tggu tahun 3 nnt. *masa tu kami baru tahun 1*

akhir sem satu, tahun satu - pulang dgn gumbira dah habis sem 1. selang beberapa hari, beliau pm habaq yg beliau xbelaja uia dah next sem. sambung belajaq di mekah.

nanges - sebab jeles. jeles sbb nnt beliau msti dpt ziarah nabi. nanges. malam itu nanges jeles
fikir juga - eh, plan tahun 3?
xpala, kita nikah lepas sy habis blajar u. redha

beliau bertandang ke rumah pd 3 syawal (2012)
sebelum bertolak ke mekah. sy hanya curi dngar dr dapur.

oh, itu 2nd time dengar suara beliau bercakap. tp still xdpt bezakan mana satu suara beliau, mana satu suara adik beliau.
1st time dengar masa dlm kelas tutor fiqh muamalah. ustaz tanya soalan kat beliau. ha jawablah.

masa beliau ziarah ibunda & ayahanda sy, malu sugguh nak keluar dan jumpa- ceruk saja di dapur. beliau dh keluar rumah, menuju ke kereta. baru saya jenguk di pintu.

dpt lihat belakang badannya saja. itu kali terakhir nampak, sebelum beliau btolak ke tanah suci.

selamat ya, baik2 di mekah. doakan aku dpt p jgk. aku nak ziarah nabi... ~ hanya mampu bisik dlm hati

2/10/2012 beliau terbang ke bumi kelahiran baginda, tgok gmba di fbnya. stalk.
maka makin dan makin dan amatlah jrg contact. masa itu- selalu ngadu, Ya ALLAH, aku rindu..sabar. cukup Allah tahu. xboleh bgtau kat beliau, yg sy tgh rindu. NO!

habis 1sem di mekah, beliau pm - ajak kawen. minta nyatakan hasrat pd ibunda & ayahanda

REJECTED!!

kata umi :kalau ada di sini, xpala. ni jauh. sorg sana sorg sini.

pihak suami pun, sama

kami cuba lg... lg dan lagi..

akhirnya PROPOSAL ACCEPTED


bulan 6 2013
beliau balik , bw keluarga dtg bertandang. mama & tokwan. Allah.. ketaq.. buat biasa dgn main dgn adik bongsunya umur 1 tahun


rancang-urus- Alhamdulillah- selamat diijabkabulkan pd 3 syawal (2013) - 10/8/2013
* antara msg terakhir beliau sebelum bergelar suami sy -
" aku dah bertolak "



kami buat walimatul uqud dulu - walimatul urus, plan tahun depan selepas beliau pulang dr mekah

awal bulan 9, beliau kembali ke mekah


seminggu mengalami trauma kehilangan.
tak apa. pelan2 alhamdulilah


jauh ~ tapi tenang rasa bercinta dlm redha.
lepas nikah, rasa mcm couple whatsup, skype

tapi semua dlm halal - alhamdulillah

+ rasa lebih berdikari. ada tangungjawab. kita cari nafkah sendiri.. haa dan sebagai isteri, kena bijak bantu suami kena bijak belanja la.

* ilmu agama sgt penting- ilmu fardhu ain, kami kena byk lagi mengaji. malu rasa, dlm kelas belajar hudud, belajar usul fiqh tapi perkara2 asas dlm agama pun ada yg lubang

sekadar itu saja
sama2 perbaiki diri. mungkin kita bukanlah baik sgt.. tapi kita boleh usaha memperbaiki diri


maka buat yg sedang couple, jika benar sygkan pasangan couple tu, sama2lah kita usaha ke jalan yg diredhai Allah. mujahadah. cuba halalkan hubungan. bykkan dekatkan diri kita dgn Allah.. jika niat baik, banyakkan berdoa. insyaAllah Allah tolong.

tentang IBU BAPA ~ sebenarnya, mereka lebih tahu apa yg terbaik utk kita. mereka lebih dahulu makan garam. dahulu, kami kata "tak apa, jauh pun kami tak kisah, asalkan halal"
tapi bila dah hidup berjauhan, barulah kami faham apa yg orang tua risaukan. sungguh! keputusan atau pendapat mereka hanyalah kerana mereka sayangkan kita

perlahan lahanlah memujuk hati orang tua. berhikmahlah dalam mencari persefahaman antara kita dan ibu bapa. boleh jadi mereka belum yakin dgn kita. ya lah ~ kalau duit asyik habis x pandai urus, kalau subuh gajah, kalau pakaian tak teratur ~ adakah ibu bapa yakin nak benarkan kita nikah muda?

jomlah ~ kita jadi anak soleh solehah dahulu sebelum menjadi suami/isteri soleh solehah

usaha yakinkan ibu bapa 

dan jauhilah couple mahupun bercinta sakan sebelum nikah. jika berkenan sekalipun utk dijadikan pasangan halal ~ letakkanlah limit mengikut panduan yg disyariatkan

percayalah ~ nikmati cinta dgn jln yg dimurkai Allah itu, sweetnya hanyalah buatan syaitan.
sedangkan indah bercinta dlm halal itu ~ tanda rahmah Allah


selamat ~

0 comments :

Post a Comment

Lantunan Mahabbah Rasulillah SAW di Alor Setar, Kedah.



Tentatif Program :

30/04/2014(RABU)
9.00 malam - bacaan berzanji marhaban tausiah oleh BABA SYED SUHAIMI dari pondok bukit jong tranganu

01/05/2014(KHAMIS)
9.00 pagi - klinik al fatihah oleh DATO SYEIKH ROSLAN imam besar masjid negeri
2.30 petang - remaja berselawat
8.00 malam - bacaan yaasin
9.00 malam - MAULID AKBAR (qasidah darul hadis ,samsul haq, ibnu sina)

02/05/2014(JUMAAT)
9.00 pagi - kuliah paksi ( DR AKHLI)
2.30 petang - muslimat berselawat khas untuk wanita sahaja (bersama ISTERI SYEIKH TORIQ dan qasidah umu sakinah)
8.00 malam - solat hajat
9.00 malam - festivel qasidah bersma SYEIKH TORIQ (qasidah darul hadis fathul mubin)

03/05/2014(SABTU)
9.00 pagi - kuliah darul hadis (USTAZ HANIF HARUN darul hadis pulau pinang dan USTAZ SYED ABD KHODIR tv 9)
2.30 petang - pentomen menyusuri sirah RASULULLAH
8.00 malam - tahlil perdana
9.00 malam - kemuncak cinta rasul bersama SYEIKH NURUDDIN MARBU AL-BANJARI dan SYEIKH ZAINUL ASRI (qasidah darul hadis)


*Datanglah bagi yang berkelapangan

0 comments :

Post a Comment

Tanggungjawab Suami Isteri.



Suami adalah ketua keluarga. Antara tanggungjawab yang perlu dimainkan oleh suami terhadap isterinya adalah:

1. Wajib memberi nafkah kepada isteri
2. Membayar mas kahwin
3. Melayan isteri dengan penuh kasih mesra dan sayang
4. Memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada isteri
5. Memberi layanan yang baik samada dari segi tingkah laku dan perbuatan.
6. Memenuhi nafkah zahir dan batin
7. Menjaga dan memberi perlindungan kepada isteri
8. Berlaku adil kepada semua isteri jika berpoligami

Isteri juga mempunyai peranan dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan sebagai seorang isteri. Antaranya ialah:

1. Mentaati dan menjaga maruah suami
2. Memenuhi kehendak suami pada bila-bila masa jika ingin menyetubuhinya selagi dibenarkan oleh syara'.
3. Menjaga maruah diri sewaktu di hadapan suami ataupun semasa ketiadaan suami
4. Membelanjakan harta suami dengan jalan yang baik
5. Tidak keluar rumah tanpa keizinan suami
6. Tidak menceritakan kelemahan suami kepada umum
7. Menghormati dan memberi taat setia kepada suami sebagai ketua keluarga.

Suami dan isteri juga mempunyai tanggungjawab bersama yang perlu dilaksanakan. Antaranya ialah:

1. Memberi didikan yang terbaik kepada anak-anak
2. Bertindak sebagai tempat bergantung anak-anak
3. Saling menjaga kerukunan rumah tangga dan mengekalkan ikatan kasih sayang antara ahli keluarga.

Itu antara serba sedikit tanggungjawab yang perlu dimainkan oleh suami dan isteri sepanjang melangsungkan hidup bersama. Apa yang penting ialah wujudnya sifat kasih sayang dan bertolak ansur serta melaksanakan tanggungjawab masing-masing dengan penuh istiqamah dan berterusan. InsyaAllah, keluarga yang dibina akan bahagia dan segala masalah dapat ditangani dengan tenang dan penuh berhikmah.

(Rujukan : Ustaz Abd. Latif Muda & Ustazah Rosmawati Ali. 1997. Pengantar Fiqh. Pustaka Salam Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.)

0 comments :

Post a Comment