Reset Minda Tentang FOREX.


Kebiasaan kita dibasuh dengan FOREX adalah jalan kekayaan yg pantas. Join hari ini lusa dah kaya. Berterabur iklan2 FOREX yg menunjukkan FOREX cukup mudah dan kelihatan mampu meraih keuntungan yg besar SECARA MUDAH. Hakikatnya bukan begitu.. kecewa kan?? 

Berbalik pada FAKTA yg berjaya dalam forex adalah 5%-10% sahaja. FOREX memang jalan kekayaan yg pantas jika kena dengan gaya dan caranya. Perlukan pengalaman ketahanan emosi dan disiplin. Biasanya bila terpengaruh dengan FOREX yg menggambarkan bahawa FOREX menuju kekayaan yg pantas mmg sukar untuk mendisiplinkan diri dan mengawal emosi.

So mulai hari ini tanamkan dalam minda FOREX bukan jalan pintas untuk kaya. FOREX adalah bidang profesional. FOREX boleh kaya jika kena dengan gaya. Definisi berjaya dalam FOREX adalah KONSISTEN profit walaupun sedikit.
Mari kita lihat step2 untuk berjaya dalam Trading FOREX In Shaa Allah boleh membantu kita semua

1: Belajar Asas Forex (wajib dan Penting) basic seperti Chart pattern, Snr, Trendline Candle Pattern. (Korang boleh Google benda ni. Banyak ada dalam Google dan Youtube)

2: Teknik Forex. Boleh usha mana2 Teknik janji Teknik tersebut :
-->tidak meninggalkan perkara di atas (basic) sama ada teknik indi atau naked chart
-->Dan juga Teknik yg menitik beratkan RISK REWARD yg cantik iaitu Reward mesti lebih besar dari risk

3: Bila ada teknik @ system yg baik pergi pada money management. Paling cantik setiap trading risk kan hanya 5% dari capital

4: Bila dah ada Teknik yg baik Dan mm yg baik maka pergi ke langkah seterusnya. disinilah Faktor penyumbang terbesar kenapa 5% sahaja yg berjaya iaitu kawalan Disiplin dan Emosi. Dengan Teknik dan sistem yg baik In Shaa Allah ia lebih memudahkan untuk mengawal disiplin dan Emosi. Tips untuk melatih diri dalam mengawal disiplin dan emosi.
--> Guna acc yg kecil bawah 100usd.
Kenapa acc yg kecil?? Ya acc yg kecil lah selalunya trader akan berperang dengan emosi sendiri. Emosi untuk grow kan acc dengan cepat. Trader akan berfikir jika 100usd kalau mampu buat 10% sekalipun untung baru 10usd juz dpt beli rokok dunhil 2 kotak je... fikiran beginilah yg biasanya bakal membunuh acc dengan cepat. Perasaan ingin besarkan acc dengan pantas pasti akan menyerang trader maka disinilah disiplin ntah kemana mm ntah kemana... anda hebat sgt2 hebat jika anda mampu mengawal disiplin dan emosi dengan hanya menggunakan acc yg kecil. Anda hebat jika acc kecil anda mampu bertahan sehingga 5 bulan. Jika anda mampu mengawal disiplin dan emosi pd acc yg kecil maka acc yg besar pasti anda dpt mengawal dengan mudah. Semudah makan kacang... maka berlatih lah guna acc kecil real acc bukan demo acc

5: Tetap dan istiqomah dengan 1 Teknik. Bila kita stay dengan satu kaedah kefahaman membaca market akan menjadi lebih mudah... ada yg membazirkan masa bertahun2 dengan bertukar2 Teknik. Bila stay dengan 1 Teknik bermacam2 skill yg anda boleh kuasai dengan hanya 1 Teknik spt hedging martingle dan sebagainya dan skill ini juga merupakan penyumbang terbesar menjadi golongan 5%-10% trader yg berjaya. Jadi stay lah dgn 1 Teknik mulai sekarang besar nikmatnya

6: Usaha Ikhtiar Doa istiqomah dan Tawakkal..... Paling Penting

P/S xperlu Terburu2 depo acc dgn jumlah yg besar. Latih diri kawal emosi dan disiplin dengan acc kecil bila dah jumpa rentak dan konsisten baru konsider untuk trade pd acc yg lebih besar untuk dijadikan income bulanan atau mingguan. Bayangkan acc 10k USD profit monthly 5% sudah 500usd... 500usd ditukar kpd RM dah boleh wt belanja dapur sebulan siap ada balance lg untuk buat simpanan di hari tua

Sekian Tips2 yg sangat berguna untuk anda semua In Shaa Allah dapat membantu merealisasikan cita2 untuk menjadi seorang Trader fx yg profesional dan konsisten.

0 comments :

Post a Comment