Puasa Hari Ásyura.


Barang siapa yang berpuasa hari ini 9 dan esok 10 Muharram (Rabu dan Khamis),
Fadilatnya diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka

Niat puasa :
ﻧﻮﻳﺖ ﺻﻮﻡ ﻋﺸﺮ ﺳﻨﺔ ﻟﻠﻪ ﺗﻌﺎﻟﻰ
NAWAITU SAUMA ‘ASYURA LILLAHI TA’ALA
Ertinya: “Sahaja aku puasa hari’Asyura , sunnah kerana Allah ta’ala.”

14 perkara sunat dilakukan pada hari Asyura..

1) Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2) Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3) Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.

4) Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5) Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.

6) Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7) Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8) Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."

9) Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10) Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.

11) Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.

12) Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.

13) Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14) Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Oleh itu marilah kita samasama menambah pahala dengan melipat gandakan amalan kita kepadaNya.
semoga ALLAH mempermudahkan segalanya untuk kita. In Sha Allah ^_^

0 comments :

Post a Comment

Hebatnya Kalimah TASBIH!!!


HEBATNYA "SUBHANALLAH WABIHAMDIHI" ...
Bismillahir-Rahmaanir-Rahim ... Kalimat tasbih itu sangat mudah kita ucapkan ,tetapi mempunyai dampak yang luar biasa dalam kehidupan .Berikut adalah hadits-hadits Rasulullah saw yang menjelaskan betapa dahsyatnya kalimat Subhanallah Wabihamdihi: ...
1. Menghilangkan Ketakutan ..
...“Barang siapa yang malam-malamnya digelisahkan oleh pikiran, barang siapa yang pelit untuk berinfak dan takut diserang musuh, maka banyak-banyaklah membaca Subhanallah Wabihamdihi, kerana kalimat itu lebih dicintai Allah daripada menginfakkan segunung emas dan perak di jalan Allah“ (HR. Thabrani)
2. Menghapuskan semua dosa ..
“Barangsiapa yang mengucapkan Subhanallah Wabihamdihi 100 x sehari , maka kesalahannya dihapuskan walau sebanyak buih di lautan“(HR. Bukhari dan Muslim)
3. Menjadi tanaman di surga.
“Barang siapa yang mengucapkan Subhanallah Wabihamdihi , maka baginya disiapkan tanaman pohon kurma di surga“(HR. Ibnu Hibban)
4. Kalimat paling afdhal pilihan Allah ..
“Rasulullah Saw ditanya,kata-kata apa yang paling afdhal? Rasulullah Saw menjawab: kalimat yang dipilihkan allah untuk para malaikat-Nya dan hamba-hamba-Nya adlah Subhanallah Wabihamdihi“(HR. Muslim)

0 comments :

Post a Comment

Suami dan Rasulullah SAW.


Pelajaran buat aku yang digelar sebagai suami. ngee ^_^
(1) Suami yang mencuci baju sendiri bukan kerana ingin menyenangkan isterinya, bukan kerana takut tangan isteri menjadi kasar, tapi KERANA Rasulullah SAW MELAKUKANNYA.
(2) Suami tidak bersuara keras pada isteri bukan kerana takut dengan isterinya akan marah dan pergi dari rumah, tapi KERANA Rasulullah SAW MELAKUKANNYA.
(3) Suami sabar dan diam ketika isteri menuntut hal-hal di luar batas kemampuannya bukan kerana takut ditinggalkan sang isteri, tapi KERANA Rasulullah SAW MELAKUKANNYA.
(4) Suami tersenyum melihat isterinya cemburu kepada perempuan lain bukan kerana takut kepada isterinya, tapi KERANA Rasulullah SAW MELAKUKANNYA.
(5) Suami memakan makanan isterinya yang masin atau pun yang keras bukan kerana mencuba romantis di depan isteri, tapi KERANA Rasulullah SAW MENGHARGAI MASAKAN ISTERINYA.
(6) Suami mengumpulkan sejumlah dana untuk disimpan isteri bukan kerana bodoh dalam mengatur kewangan, tapi KERANA Rasulullah SAW MELAKUKANNYA.
(7) Suami merawat anak-anak kecil ketika mereka sakit bukan kerana mereka sesuai jadi perawat peribadi, tapi KERANA Rasulullah SAW MELAKUKANNYA. 

Nabi SAW buat perkara ni, aku juga mesti kena buat macam ni. In Sha Allah

0 comments :

Post a Comment

Tiramisu Homemade.



Aku ajar korang guna kaedah yg paling mudah dgn menggunakan bhn2 yg senang di dapati.. yelahkan, byk cara org buat tiramisu dgn bahan2 yg kadang2 sukar nak dpt kat tmpt kita.. contohnya mascarpon cheese.. mmg pyh betul nak jumpa cheese tu.. cisss..!!


1. Mixer.. brand suka hati korang le..


2. Kek Sponge.. beli je kat giant kalau malas nak bikin sendiri..

Kat giant mcm2 perisa ada.. aku carik perisa coklat.. tp takde lak.. yg ada perisa pandan aje.. huhuhu.. beli gak la sbb nak mkn tiramisu punya psl..

Ada org buat tiramisu guna biskut tiramisu kan.. ladyfinger ke hape ntah namanya.. tp aku lebih suka kek.. utk korang terpulang le.. nak kek boleh, biskut pun boleh..


3. Whipping cream.. guna dlm 250ml..

Ada mcm2 brand dan boleh di dapati di giant/jusco/cold storage dan sebagainya.. carik kat tempat brg2 sejuk ye.. korang nak beli yg 200ml pun boleh.. aku mmg suka beli yg 1 liter sbb boleh buat lebih..


4. Cream cheese.. pun ada byk brand.. tp aku suka brand kraft ni..


5. Serbuk koko


6. Serbuk nescafe dan esen vanila


7. Air utk bancuh nescafe.. bancuh tanpa gula ye..


8. Setengah cwn gula kastor

Utk makluman, aku doublekan semua bhn di atas kecuali kek/serbuk koko/mixer sbb aku suka byk cheese.. lg byk cheese dia lg best bila di makan..

Cara2 nak buat :


1. Mula2, masukkan cream cheese dlm bekas mixer tu.. apa2 bekas yg bersesuaian pun boleh..


2. Campurkan 250 ml whipping cream


3. Masukkan satu sudu teh esen vanila..


4. Masukkan setengah cwn gula castor..


5. Dan korang putar semua bhn tersebut sampai sebati semuanya mcm kat atas ni.. guna kelajuan paling rendah dulu.. pastu selow2 tingkatkan kelajuan.. jgn terus laju lak, kang terpercik kuar semua bhn2 tu kang..

Tak pun, korang putar dulu cream cheese dgn gula, esen vanila... last sekali baru whipping cream.. aku sbb dah biasa buat tu yg campur selonggok terus tu.. hehehhe..


6. Bancuh air td dgn sesudu kecik nescafe.. bancuh tanpa gula.. ni gunanya utk melembabkan kek td...


Mlm td aku buat mcm ni, tuang sket air nescafe dlm piring kecik..


7. Pastu aku tepekkan kek td dpn belakang cepat2..

Jgn rendam tau.. lembabkan ala kadar cukup.. pastu masuk dlm bekas khas.. kek td aku bentukkan mcm ni sbb aku nak buat tiramisu dlm cawan..


8. Akan jd camni le..


9. Pastu sauk cheese yg di putar td ke dalam cwn.. sukati korang le nak tebal byk mana.. aku suka byk2.. sbb sedap..


10. Dgn menggunakan penapis, korang taburkan serbuk koko di atasnya.. penapis bertujuan utk elak serbuk koko berketul2.. bapak besar aku punya penapis kannn.. kekekke


11. Pastu akan jd camni le.. lapiskan pulak atasnya dgn kek yg di lembabkan dgn nescafe.. ulang sama proses yg td..


12. Hasilnya akan jd camni lastly..

Buat le sampai abis ye.. aku buat dlm cwn supaya senang nak mkn.. sauk guna sudu je pastu ngap ngappp dpn tv.. takyah nak potong2 bagai.. hehe..


Menarik takkkk... hehehhe


13. Last sekali sejukkan dlm peti ais.. bkn pembeku tau..

Selamat mencuba.. mcm biasaaa, tak phm sila tanya..

1 comments :

Post a Comment

Kita bertanya, Allah menjawab.


Ketika kita mengeluh: 
“eeeiii, aku penat sangat..."
ALLAH menjawab : 
“ Dan KAMI jadikan tidurmu untuk istirehat " (78 : 9)

Ketika kita mengeluh : 
“Beratnya dugaan ni, tak sanggup rasanya aku..."
ALLAH menjawab : 
“ AKU tidak membebani seseorang, melainkan sesuai kesanggupan” (2 : 286)

Ketika kita mengeluh :
“Serabutnyaa..."
ALLAH menjawab :
“ Hanya dengan mengingatku hati akan menjadi tenang ” (13 : 28)

Ketika kita mengeluh :
“Apa yang aku buat ni semua sia-sia..."
ALLAH menjawab :
” Siapa yang mengerjakan kebaikan sebesar biji dzarah sekalipun, niscaya ia akan melihat balasannya ” (99 : 7)

Ketika kita mengeluh :
“ takdak sorang pun yang nak tolong aku..."
ALLAH menjawab:
“ Berdoalah (mintalah) kepadaKU, niscaya Aku kabulkan untukmu ” (40 : 60)

Ketika kita mengeluh :
“ Aku sedihh sangat...”
ALLAH menjawab :
“ La Tahzan, Innallaha Ma’ana. Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah beserta kita " (9 : 40)

0 comments :

Post a Comment

Untungnya Umat Nabi Muhammad SAW.


Allah SWT selesai menciptakan Jibril as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang, sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap).
Setelah itu Jibril as memandang dirinya sendiri dan berkata: “Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.”
 Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. “Tidak” Kemudian Jibril as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.
Setelah selesai Jibril as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. “Wahai Jibril, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.’ Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa,
Sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaan-Ku dan ketinggian-Ku, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari sholatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintah-Ku, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintah-Ku.“
Kemudian Jibril as berkata: “Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?“
Lalu Allah berfirman yang bermaksud. “Ya Jibril, akan Aku berikan syurga Ma’waa sebagai tempat tinggal…“
Kemudian Jibril as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma’waa. Setelah Jibril as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibril as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibril as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:
“Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?“
 Kemudian Allah SWT berfirman yang bermaksud. “Wahai Jibril, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan…. .”
Masya Allah….kerana solat dua rakaat, imbalannya cukup besar..adakah kita mahu melepaskan peluang itu?Begitu kasih dan besar rahmat Allah pada hamba-hambaNya..beruntung bagi mereka yang menyucikan diri dan rugilah bagi mereka yg mengotorinya….Sayangnya Allah pada kita umat Nabi Muhammad SAW…Nabi Akhir Zaman….Nabi kesayangan kita….. wallahualam…

0 comments :

Post a Comment

Al-Quran dan Facebook.



kalau nak "check in" di syurga, kena la "seen" quran selalu...
"Add Friend" kawan yang boleh ajak kita ke jalan yang betul...
jangan sesekali "Remove friend" yang taknak ikut perintah Allah tapi berusaha mengajak mereka cari redha Allah...
bila malam, kena la selalu "private message" dengan Allah dalam tahajjud...
kena "follow" majlis-majlis ilmu...
"like" semua yang dibawa oleh Nabi Muhammad...
kalau kita tak selalu "comment" untuk nak buat sesuatu yang baik untuk Islam, InshaAllah, ada habuan yang menarik dari maha Pencipta...


0 comments :

Post a Comment

Al-Masih Ad-Dajjal.


Peristiwa Tamim ad-Dari disebutkan dalam Sahih Muslim:

Telah menyampaikan kepada kami Ibnu Buraidah dari ?˜Amir bin
syurahbil asy-Syabi, kabilah Hamdan, bahawa ia pernah
bertanya kepada Fatimah binti Qais dan termasuk kelompok perempuan pada
hijrah pertama.

Amir berkata:" Sampaikanlah kepadaku suatu hadis yang engkau
dengar dari Rasulullah s.a.w yg tidak engkau sandarkan kepada sesiapapun
selain beliau." Fatimah berkata:" jika engkau mahu, nescaya aku lakukan."
Amir berkata: Tentu, sampaikanlah kepadaku."

Fatimah berkata:

Setelah menyelesaikan solatnya, Rasulullah s.a.w duduk dimimbar. Sambil
tersenyum, beliau bersabda:" Hendaklah setiap orang tinggal di tempat
solatnya." Selanjutnya beliau bersabda:" apakah kamu semua mengetahui sebab
aku mengumpulkan kamu?" mereka menjawab:

" Hanya Allah dan RasulNya yang lebih mengetahui."

Beliau bersabda:

"Sesungguhnya aku, demi Allah tidak mengumpulkan kamu semua bukan kerana
ada pengharapan ataupun ketakutan. Melainkan, aku mengumpulkan kamu semua
adalah kerana Tamim ad-Dari, yg dulunya seorang Nasrani, datang untuk
berbai'at masuk Islam. Ia menceritakan kepadaku seperti apa yang telah
disampaikan kepada kamu tentang Dajjal. Ia menceritakan kepadaku bahawa ia
mengenderai sebuah perahu bersama tiga puluh orang dari Lakhm dan Judzam.
Mereka di buai ombak selama sebulan di laut. Lantas mereka berlabuh menuju
suatu pulau di laut itu sampai terbenam matahari. Mereka duduk-duduk di
pantai dekat perahu.



Lalu mereka naik ke pulau itu. Maka mereka didatangi oleh seekor binatang
yang banyak bulunya, yang mereka tidak dapat membezakan mana bahagian depan
dan mana bahagian belakangnya.

Mereka berkata:

' Celaka kamu, apakah kamu ini?'

Binatang itu menjawab:

'Aku adalah Jassasah (mata-mata)'

mereka bertanya:

'Mata-mata apa?'

Ia menjawab:

'Wahai kaum, pergilah kepada orang yang berada di dalam gua, kerana ia
merindukan berita dari kamu.'

Tamim ad-Dari berkata:

'Ketika binatang itu menyebutkan kepada kami seseorang, kami
meninggalkannya kerana mungkin ia adalah syaitan perempuan.'

'Lalu kami berangkat segera hingga memasuki gua. Tiba-tiba di dalamnya ada
seorang manusia yang paling besar badannya dan diikat dengan rantai yang
kuat. Kedua tangan dan lehernya disatukan dan diikat dengan rantai yang
kuat. Kedua tangan dan lehernya disatukan dan diikat dengan besi diantara
hingga kedua mata kakinya. Kami katakan:

'Celaka kamu, makhluk apakah kamu ini? Ia menjawab: 'Kamu semua telah
mengetahui perihalku, kini beritahukan kepadaku, siapakah kamu ini?'

Mereka menjawab: ' Kami adalah adalah manusia dari Arab. Kami belayar
perahu lalu dipukul gelombang laut besar dan ombak mempermainkan kami selama
sebulan'.

Maka kami duduk-duduk di pantai dekat perahu lalu memasuki pulau ini. Kami
didatangi oleh seekor binatang yang berbulu lebat sehinnga tidak diketahui
mana bahagian muka dan mana bahagian belakangnya.

Kami bertanya:

' Celaka kamu, apakah kamu ini?'

Binatang itu menjawab:

'Aku adalah mata-mata'

'Mata-mata apa?'

'Pergilah kepada orang yang ada di dalam gua ini, kerana ia sangat
merindukan berita dari kamu semua.'

'Maka kami pun segera menjumpaimu. Kami takut pada binatang itu, dan kami
tidak tenang jangan-jangan syaitan betina.

Orang itu berkata:' Beritahukan kepadaku tentang kurma Baisan!'
[Nota:Baisan sebuah daerah berada dekat Syam lama dan merupakan salah satu
kota di Palestin].

'Tentang apakah yang kamu tanyakan?'

'aku bertanya kepadamu, apakah pohon kurma itu hampir berbuah?'

'ya'

'Sesungguhnya pohon kurma itu hampir tidak berbuah'
Lalu ia berkata lagi:' Beritahukan kepadaku tentang tasik Tabariyyah!'
'Tentang apakah yang kamu tanyakan?'
'apakah tasik itu masih berair?'
[Nota:Tasik ini besar, luasnya 10x6 batu2 . Airnya makin berkurang. Jarak
Tasik Tabariyyah dgn Bait al-Muqaddis sekitar 100 batu]

'Ya, tasik itu masih banyak airnya'
'Sesungguhnya air tasik itu hampir habis'
Ia berkata:' Beritahukan kepadaku tentang mata air Zughar!'
'Mengenai apakah yang kamu tanyakan?'

'Apakah mata air itu masih memancarkan airnya dan apakah penduduknya masih
bercucuk tanam dari mata air itu?'
[Nota:Melimpahnya air dari mata air Zughar terjadi sekali lagi adalah
isyarat dekatnya keluar Dajjal silaknat]

'Ya, mata air itu masih memancarkan banyak air, dan penduduknya bercucuk
tanam dari air tersebut.'

'Terangkan padaku tentang nabi yang diutus kepada orang-orang yang buta
huruf, apa yang dilakukannya?'
'Ia telah keluar dari Makkah menuju Yathrib'

'Apakah orang Arab memeranginya?'

'Ya' ' Bagaimana caranya memperlakukan mereka?'

'Ia telah menunudukkan orang-orang Arab terdekatnya, sehingga mereka
mengikutinya'
'Apakah demikian?'

'Ya',

'Lebih baik dari mereka untuk mengikutinya. Aku akan memberitahukan kepada
kamu mengenai diriku. Aku adalah al-Masih. Aku hampir akan diizinkan keluar,
maka aku akan keluar. Lalu aku akan berjalan di muka bumi. Aku tidak
melewatkan suatu kampung melainkan aku akan tinggal di situ selama empat
puluh malam kecuali kota Makkah dan Taibah (Madinah). Kedua kota itu
diharamkan atasku. Setiap kali aku akan memasuki salah satu kota itu, aku
akan dihadang oleh malaikat yang memegang pedang untuk memenggalku. Di
setiap celah kedua-dua kota itu dijaga oleh para malaikat.'
Fatimah berkata:

"Sambil memukulkan tongkatnya pada mimbar Rasulullah s.a.w bersabda:

Ini adalah Taibah(kota Madinah), Ingatlah apakah hal itu telah aku
sampaikan pada kamu semua?"

Orang-orang menjawab:" Benar"

Nabi Muhammad s.a.w bersabda,

"Sungguh cerita Tamim itu sesuai dengan apa yang telah aku sampaikan
kepada kamu, juga mengenai kota Makkah dan Madinah. Ketahuilah Dajjal itu
berada di laut Syam atau dilaut Yaman, bukan dari timur, bukan dari timur,
bukan dari timur,sambil mengisyaratkan tangannya kearah timur"

(Lihat Sahih Muslim dengan syarah Imam an-Nawawi, Matba'ah al-Misriyyah,
XVIII, halaman 78-73)

Barang siapa hafal sepuluh ayat pertama dan sepuluh ayat terakhir Surat

Al-Kahfi ia akan selamat dari (fitnahnya) Dajjal

1 comments :

Post a Comment