Analisis Video Kononnya Pendustaan oleh Ustaz Don Daniyal



Analisis Video Kononnya Pendustaan oleh Ustaz Don Daniyal :

1. Kisah rambut asy syarif, Ustaz Don cerita tentang kisah Dato' Harun Din.

2. Kisah telaga pula, Ustaz Don ambil daripada cerita Dr Zulkifli Al Bakri. Ini ada dalam Kitab Ghiza' albab oleh As Safarini (si pembuat video ni kenal tak Imam As Safarini ?)

3. Kisah bani tamim, Ustaz Don ambil tafsiran badlishah - yang ini memang salah. Ustaz Don pun dah beritahu dalam video yang dikeluarkan dalam page : Ustaz Don Daniyal Don Biyajid : Solat & Selawat Tour - ia sekadar teori dan pendapat, boleh sahaja ditolak.

4. Kisah wudhuk - Ustaz Don petik dari Buku Dato' Ismail Kamus

5. Kisah niat - ini memang method Mazhab Asy Syafie.

6. Kisah doa ulama dalam berkumur, Ustaz Don tidak sebut hadith, maka tiada apa-apa halangan. Ia ada dalam kitab Imam al Ghazali dan lain-lain.

7. Kisah dhob / biawak - tiada kesepakatan ulamak ianya hadith palsu, Ikut kajian lebih terperinci ia hanya bertaraf dhoief. Maka ia boleh dipakai dalam bab fadha'il (juga tentang fadha'il Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam - jika siapa yang belajar ulum hadith akan tahu bahawa menggunakan hadith dhoief dibenarkan dengan syarat tertentu. Ramai alim ulamak gunakan hadith dhoief, Imam Bukhari pun ada koleksikan hadith dhoief dalam Al Adab al Mufrad) . Ia boleh diriwayatkan dengan menyebut ia hadith bersanad dhoief atau guna lafaz tamrih sahaja sebab ia berkaitan sirah dan dala'il nubuwwah, tak berkaitan aqidah dan hukum.

Sentimen kewahhabian agak jelas dalam video yang disebarkan itu.

PERHATIKAN, siapa yang juga kena serang dan dicop pendusta.

* Akhlak Ustaz Don - selalu mohon maaf tiap kali rancangan. Mereka yang bersalah dengan Ustaz Don agaknya bila akan mohon maaf ?
Alhamdulillah, Artis yg sedia Maklum telah pun memohon maaf, dan ada 2,3 kerat lagi masih seperti biasa..
Barakallahu Fiika, Allahuma Amin....

0 comments :

Post a Comment

Nikah semasa belajar.

http://done4job.com/index.php?ref=17186

*selepas akad - doa - sain borang - suami mai duduk di depan. umi yg berada di sebelah, undur ke tepi. paling tengok umi dah jauh. rasa nak p ke umi! org ramai kerumun dah

suami hulur tangan nak sarung cincin.. dlm hati

" ya ALLAH! betoi ka halal nak sentuh ni? tak dosa ka?"


*lepas nikah, byk diam. kekok. sebab tak pernah bercakap lisan. dulu nak urus nikah, umi jd orang tgh bila keluarga bertandang

*fasa seminggu pertama selepas nikah - masih tersasul 'aku' 'kau' dlm msg
rasa mcm isteri durhaka pula =.='

*ambil masa hampir seminggu utk ubah panggilan

*dah nikah, barulah buka segala cerita ~ bagaimana suami mula berkenan.. cerita itu ini.. segala cerita perasaan yg selama ini disimpan supaya dpt diceritakan dlm redha Allah lafaz cinta pertama selepas nikah lafaz syg rindu semua selepas halal ~ baru best

*perlahan2 belajar, apa yg suami suka, apa yg suami tidak suka - indah kerana proses pembelajaran itu dlm hubungan yg halal

*tapi kisah kami bukanlah seperti kisah indah keluarga carikan. kami belajar di pusat asasi yg sama. beliau yg perasan sy dulu, lalu tegur di fb. di fb rancak borak- kau aku- di luar bila terjumpa, masing2 buat tak kenal.

pelan pelan, kami azam x mahu dah chat. walaupun byk info islam sy dpt dr beliau. ilmu bhs arab. kaunseling dll.. walaupun chat itu sekadar kau aku, terbatas, tiada luahan2 perasaan rindu sayang bagai.

namun sedia maklum - Islam membenarkan lelaki & perempuan utk berhubung utk perkara2 tertentu sahaja.
adakah perbincangan tntg ilmu, ummah, politik, sejarah dll mengharuskan kita chatting dgn bukan mahram sesuka hati?

maka kami masing2 nak berubah jd lebih baik.
conversation kami - beliau byk nasihat. aurat.. bg kesan pd jiwa ini. pelan2 cuba tambah labuh tudung ... pelan2 cuba baiki ibadat

masuk main campus. azam kuat! baik- kita mujahadah. xmau dah na chat2. masing2 perbaiki diri.

tapi masih rasa mcm bersalah pula bila teringat kat beliau.
maka pm fbnya. tanya, kau ada niat nak jadikan aku isteri kau tak?
*ayat sebenar tak ingt* tapi lebih kurang la

alhamdulillah - beliau menyatakan mmg hasrat dari mula tegur dulu, nak jadikan isteri.
maka kami mula suarakan pada ibunda & ayahanda

REJECTED!

kecewa


beliau pm - tak pa kita cuba lagi.

saya dpt yellow light ibunda & ayahanda kata - ok boleh, tggu tahun 3 nnt. *masa tu kami baru tahun 1*

akhir sem satu, tahun satu - pulang dgn gumbira dah habis sem 1. selang beberapa hari, beliau pm habaq yg beliau xbelaja uia dah next sem. sambung belajaq di mekah.

nanges - sebab jeles. jeles sbb nnt beliau msti dpt ziarah nabi. nanges. malam itu nanges jeles
fikir juga - eh, plan tahun 3?
xpala, kita nikah lepas sy habis blajar u. redha

beliau bertandang ke rumah pd 3 syawal (2012)
sebelum bertolak ke mekah. sy hanya curi dngar dr dapur.

oh, itu 2nd time dengar suara beliau bercakap. tp still xdpt bezakan mana satu suara beliau, mana satu suara adik beliau.
1st time dengar masa dlm kelas tutor fiqh muamalah. ustaz tanya soalan kat beliau. ha jawablah.

masa beliau ziarah ibunda & ayahanda sy, malu sugguh nak keluar dan jumpa- ceruk saja di dapur. beliau dh keluar rumah, menuju ke kereta. baru saya jenguk di pintu.

dpt lihat belakang badannya saja. itu kali terakhir nampak, sebelum beliau btolak ke tanah suci.

selamat ya, baik2 di mekah. doakan aku dpt p jgk. aku nak ziarah nabi... ~ hanya mampu bisik dlm hati

2/10/2012 beliau terbang ke bumi kelahiran baginda, tgok gmba di fbnya. stalk.
maka makin dan makin dan amatlah jrg contact. masa itu- selalu ngadu, Ya ALLAH, aku rindu..sabar. cukup Allah tahu. xboleh bgtau kat beliau, yg sy tgh rindu. NO!

habis 1sem di mekah, beliau pm - ajak kawen. minta nyatakan hasrat pd ibunda & ayahanda

REJECTED!!

kata umi :kalau ada di sini, xpala. ni jauh. sorg sana sorg sini.

pihak suami pun, sama

kami cuba lg... lg dan lagi..

akhirnya PROPOSAL ACCEPTED


bulan 6 2013
beliau balik , bw keluarga dtg bertandang. mama & tokwan. Allah.. ketaq.. buat biasa dgn main dgn adik bongsunya umur 1 tahun


rancang-urus- Alhamdulillah- selamat diijabkabulkan pd 3 syawal (2013) - 10/8/2013
* antara msg terakhir beliau sebelum bergelar suami sy -
" aku dah bertolak "



kami buat walimatul uqud dulu - walimatul urus, plan tahun depan selepas beliau pulang dr mekah

awal bulan 9, beliau kembali ke mekah


seminggu mengalami trauma kehilangan.
tak apa. pelan2 alhamdulilah


jauh ~ tapi tenang rasa bercinta dlm redha.
lepas nikah, rasa mcm couple whatsup, skype

tapi semua dlm halal - alhamdulillah

+ rasa lebih berdikari. ada tangungjawab. kita cari nafkah sendiri.. haa dan sebagai isteri, kena bijak bantu suami kena bijak belanja la.

* ilmu agama sgt penting- ilmu fardhu ain, kami kena byk lagi mengaji. malu rasa, dlm kelas belajar hudud, belajar usul fiqh tapi perkara2 asas dlm agama pun ada yg lubang

sekadar itu saja
sama2 perbaiki diri. mungkin kita bukanlah baik sgt.. tapi kita boleh usaha memperbaiki diri


maka buat yg sedang couple, jika benar sygkan pasangan couple tu, sama2lah kita usaha ke jalan yg diredhai Allah. mujahadah. cuba halalkan hubungan. bykkan dekatkan diri kita dgn Allah.. jika niat baik, banyakkan berdoa. insyaAllah Allah tolong.

tentang IBU BAPA ~ sebenarnya, mereka lebih tahu apa yg terbaik utk kita. mereka lebih dahulu makan garam. dahulu, kami kata "tak apa, jauh pun kami tak kisah, asalkan halal"
tapi bila dah hidup berjauhan, barulah kami faham apa yg orang tua risaukan. sungguh! keputusan atau pendapat mereka hanyalah kerana mereka sayangkan kita

perlahan lahanlah memujuk hati orang tua. berhikmahlah dalam mencari persefahaman antara kita dan ibu bapa. boleh jadi mereka belum yakin dgn kita. ya lah ~ kalau duit asyik habis x pandai urus, kalau subuh gajah, kalau pakaian tak teratur ~ adakah ibu bapa yakin nak benarkan kita nikah muda?

jomlah ~ kita jadi anak soleh solehah dahulu sebelum menjadi suami/isteri soleh solehah

usaha yakinkan ibu bapa 

dan jauhilah couple mahupun bercinta sakan sebelum nikah. jika berkenan sekalipun utk dijadikan pasangan halal ~ letakkanlah limit mengikut panduan yg disyariatkan

percayalah ~ nikmati cinta dgn jln yg dimurkai Allah itu, sweetnya hanyalah buatan syaitan.
sedangkan indah bercinta dlm halal itu ~ tanda rahmah Allah


selamat ~

0 comments :

Post a Comment

Lantunan Mahabbah Rasulillah SAW di Alor Setar, Kedah.



Tentatif Program :

30/04/2014(RABU)
9.00 malam - bacaan berzanji marhaban tausiah oleh BABA SYED SUHAIMI dari pondok bukit jong tranganu

01/05/2014(KHAMIS)
9.00 pagi - klinik al fatihah oleh DATO SYEIKH ROSLAN imam besar masjid negeri
2.30 petang - remaja berselawat
8.00 malam - bacaan yaasin
9.00 malam - MAULID AKBAR (qasidah darul hadis ,samsul haq, ibnu sina)

02/05/2014(JUMAAT)
9.00 pagi - kuliah paksi ( DR AKHLI)
2.30 petang - muslimat berselawat khas untuk wanita sahaja (bersama ISTERI SYEIKH TORIQ dan qasidah umu sakinah)
8.00 malam - solat hajat
9.00 malam - festivel qasidah bersma SYEIKH TORIQ (qasidah darul hadis fathul mubin)

03/05/2014(SABTU)
9.00 pagi - kuliah darul hadis (USTAZ HANIF HARUN darul hadis pulau pinang dan USTAZ SYED ABD KHODIR tv 9)
2.30 petang - pentomen menyusuri sirah RASULULLAH
8.00 malam - tahlil perdana
9.00 malam - kemuncak cinta rasul bersama SYEIKH NURUDDIN MARBU AL-BANJARI dan SYEIKH ZAINUL ASRI (qasidah darul hadis)


*Datanglah bagi yang berkelapangan

0 comments :

Post a Comment

Tanggungjawab Suami Isteri.



Suami adalah ketua keluarga. Antara tanggungjawab yang perlu dimainkan oleh suami terhadap isterinya adalah:

1. Wajib memberi nafkah kepada isteri
2. Membayar mas kahwin
3. Melayan isteri dengan penuh kasih mesra dan sayang
4. Memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada isteri
5. Memberi layanan yang baik samada dari segi tingkah laku dan perbuatan.
6. Memenuhi nafkah zahir dan batin
7. Menjaga dan memberi perlindungan kepada isteri
8. Berlaku adil kepada semua isteri jika berpoligami

Isteri juga mempunyai peranan dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan sebagai seorang isteri. Antaranya ialah:

1. Mentaati dan menjaga maruah suami
2. Memenuhi kehendak suami pada bila-bila masa jika ingin menyetubuhinya selagi dibenarkan oleh syara'.
3. Menjaga maruah diri sewaktu di hadapan suami ataupun semasa ketiadaan suami
4. Membelanjakan harta suami dengan jalan yang baik
5. Tidak keluar rumah tanpa keizinan suami
6. Tidak menceritakan kelemahan suami kepada umum
7. Menghormati dan memberi taat setia kepada suami sebagai ketua keluarga.

Suami dan isteri juga mempunyai tanggungjawab bersama yang perlu dilaksanakan. Antaranya ialah:

1. Memberi didikan yang terbaik kepada anak-anak
2. Bertindak sebagai tempat bergantung anak-anak
3. Saling menjaga kerukunan rumah tangga dan mengekalkan ikatan kasih sayang antara ahli keluarga.

Itu antara serba sedikit tanggungjawab yang perlu dimainkan oleh suami dan isteri sepanjang melangsungkan hidup bersama. Apa yang penting ialah wujudnya sifat kasih sayang dan bertolak ansur serta melaksanakan tanggungjawab masing-masing dengan penuh istiqamah dan berterusan. InsyaAllah, keluarga yang dibina akan bahagia dan segala masalah dapat ditangani dengan tenang dan penuh berhikmah.

(Rujukan : Ustaz Abd. Latif Muda & Ustazah Rosmawati Ali. 1997. Pengantar Fiqh. Pustaka Salam Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.)

0 comments :

Post a Comment

Sanah Helwah Murobbina.



12 April 2014, genap usia Al-Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid 40 tahun.
Nama penuh / Nasab beliau:
Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar bin Salim bin Hadi bin Salim Al Hamid bin Sheikh Abu Bakar.
Berikut adalah sedikit sebanyak tentang latar belakang beliau:
1974 – 1992
Beliau dilahirkan pada hari Jumaat, 12 April 1974, selepas solat Jumaat di Bondowoso, Jawa Timur, Indonesia. Beliau anak ke-2 dari 6 adik-beradik (4 lelaki dan 2 perempuan). Beliau daripada keluarga sederhana yang hidup di sebuah perkampungan yang didiami oleh ramai para ulama' dan terdapat juga beberapa buah pondok pesantren di situ.
Sewaktu membesar,beliau berguru dengan:
1. Ustadz Hasan Baharom
2. Ustadz Soleh Bal As'ad
3. Ustadz Abdul Hamid
4. Ustadz Soleh Bin Agil
5. Ustadz Ahmad Barakwan
6. Ustadz Husin Bin Abu Bakar.
Dan ramai lagi para asatizah. Beliau berguru dengan kesemuanya berbagai-bagai kitab dalam bidang agama.
1993 – 1995
Pada usia beliau 21 tahun, dengan restu Ayahanda, Al Habib Abu Bakar bin Salim Al Hamid, dan Bonda,beliau pergi ke Hadhramaut, Yemen untuk meneruskan pengajian. Di Hadhramaut, beliau berguru dengan:
1. Al Habib Umar bin Hafidz (pemimpin Dar Al Mustafa)
2. Al Habib Ali Masyhur
3. Al Habib Salim As Syatiri
4. Al Habib Hasan As Syatiri
5. Al Habib Abdullah Bin Syihab
6. Al Habib Abdul Qadir Jailani Al
Masyhur
7. Al Habib Abdullah bin Syeikh Al Idrus
8. Syeikh Fadal Ba Fadal
9. Al Habib Musa Al Kazim As Saqqaf
10. Syeikh Umar Husain Al Khatib
11. Syeikh Umar Abu Bakar Al Khatib
12. Al Habib Ali Abdul Rahman Al Jufri
Beliau juga adalah antara anak murid Al Habib Umar bin Hafidz yang pertama di Dar Al Mustafa. Bakat semulajadi beliau sebagai seorang pendakwah mula diasah
oleh Al Habib Umar bin Hafidz.
1996 – 2001
Selepas pengajian beliau di Hadhramaut, Yemen, beliau pergi
ke Mesir pula. Selama 5 tahun di Universiti Al Azhar, beliau terus berguru mendalami ilmu-ilmu agama dengan:
1. Dr. Abdul Badi' Abu Hashim
2. Dr. Saad Jawish
3. Dr. Ali Jum'ah
4. Dr. Muhammad Jibril
Di sini juga beliau, seiring dengan belajar, telah terus mengasah kemahiran berdakwah beliau dengan mengajar dan mendidik
pelajar-pelajar dari pelbagai kaum dan bangsa.
2002
Setelah menerima ijazah (degree) dalam jurusan 'Islamic Legislation and Law' dari Universiti Al Azhar, beliau meneruskan kembara ilmunya di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) , Malaysia, dalam jurusan Al Quran dan Sunnah. Dalam tahun 2004, beliau bernikah dan sejak itu, beliau serta isteri telah dianugerahkan dengan 3 orang puteri.
Setelah selesai kuliahnya di peringkat Sarjana (Masters), beliau sekarang sedang giat berusaha menyempurnakan Doktor Falsafah (PhD) beliau dalam jurusan Al-Quran dan Sunnah.
DARUL MURTADZA
Dalam tahun 2004, Al Habib Abdul Qadir Al Jufri, pengasas Darul Murtadza berpindah ke Kota Tinggi, Johor. Oleh kerana itu, Al Habib Abdul Qadir Al Jufri telah memohon Al Habib Ali Zaenal
Abidin Al Hamid untuk mengambil alih.
Alhamdulillah, sejak dari itu, Darul Murtadza telah berkembang dari awalnya sebagai pengajian di rumah Al Habib Ali Zaenal Abidin
Al Hamid dengan jemaah 10 – 20 orang ke sekarang, di Surau Al
Hidayah (AU3) dengan jemaah yang makin bertambah.
Latarbelakang pendidikan dan pembangunan diri Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid yang dinamik dan menyeluruh, diregukan dengan bakat semulajadi dan kemahiran berdakwah yang telah diasah dan dibentuk oleh guru-guru beliau, menjadikan beliau seorang pendidik dan
pendakwah yang bukan sahaja dikenali dengan kehebatan beliau
di medan ilmu dan dakwah, tetapi juga sama dikenali kerana akhlak dan adab beliau yang mulia.

1 comments :

Post a Comment

Cara mudah nak kenal hukum tajwid (tanpa dengung).

http://done4job.com/index.php?ref=17186

Bismillahirrahmanirrahim . 

Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa'ala alihi wosohbihi wabarik wasallim . 

Alhamdulillah . Semalam ana dah kongsi sedikit ilmu OH MUDAHNYA TAJWID tentang bagaimana nak kenal ayat yg perlu di DENGUNG kan bacaannya .

Ada 8 simbol yg kita perlu ingat bilamana kita jumpa simbol2 ni , automatik kita kena DENGUNG kan bacaan .

In syaa Allah ana akan sambung ilmu yg ana pelajari tentang bagaimana kita nak tahu perkataan itu perlu dibaca dengan TAK DENGUNG pula .

Sebelum tu , amik al-Quran kamu , nota dan pen . Mai sama2 semak . Baru kita akan nampak dengan lebih jelas , in syaa Allah .

Bacaan TAK DENGUNG ni dibaca dengan keadaan EMERGENCY BRAKE yakni berhenti sekejap tanpa mengambil nafas dan ia dibaca dengan PENDEK .

Ada 5 simbol yg akan menentukan perkataan itu perlu dibaca TANPA DENGUNG . Macam biasa ana sertakan sekali cth2 ayat agar kamu boleh rujuk utk mudah difahami .

1 . Tanwin selari di atas .
(Al-baqarah : ayat 35 , page 6 , baris 11)

2. Tanwin selari di bawah .
(Al-baqarah : ayat 36 , page 6 , baris 2 dari bawah)

3. Domahtain (69)
(Al-baqarah : ayat 6 , page 2 , baris pertama)

4. Nun ada tanda / nun sukun
(Al-baqarah : ayat 74 , page 11 , baris ke9)

5 . Mim ada tanda / mim sukun
( at-taghabun : ayat 6 , page 556 , baris ke 7)

Bila kamu baca Al-Quran , dan kamu jumpa 5 simbol ni , automatik perkataan itu kamu perlu baca TANPA DENGUNG , BERHENTI SEKEJAP TANPA MENGAMBIL NAFAS BARU DAN PENDEK .

Share dr Little Khaleefah (fb)

2 comments :

Post a Comment

Cara mudah nak kenal hukum tajwid (dengung).

http://done4job.com/index.php?ref=17186
Bismillahirrahmanirrahim .
Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa'ala alihi wosohbihi wabarik wasallim .
In syaa Allah ana cuba kongsikan ilmu yg ana dapat di kelas OH MUDAHNYA TAJWID yg dianjurkan oleh INFITAH kat seremban2 tadi .
Semoga Allah memberi kefahaman kepada kita semua , amin .
Sebelum tu , meh pakat2 ambil al-Quran dan buku nota serta pen .
Ana bukanlah seorang penyampai yg baik , tapi ana cuba sampaikan dgn baik melalui penulisanku ini . Biiznillah .
Oke sebelum nI ana pn kadang2 pening jgak nak hafal setiap huruf bg setiap hukum tajwid . Alhamdulillah tadi kami belajar teknik mudah nak tahu hukum tajwid berdasarkan simbol sahaja .
● Oke , kita bermula dengan macam mana nak kenal perkataan tu perlu di DENGUNG ?
Ada 8 simbol yg mudah utk kita tgk ayat ni perlu di dengung bacaannya . Kat sini ana sertakan sekali ayat dalam Al-Quran utk kamu tgk macam mana cth ayat tu . Bukak al-Quran kamu cuba cari simbol2 tu .
1 . tanwin atas yg tak selari
(Al-baqarah : 22)
2 . tanwin bawah yg tak selari
(Al-baqarah : 19 , yusuf : 27)
3 . Domahtain (99)
(Al-baqarah : page 16 , baris ke4)
4 . Nun mati tanpa sebarang tanda
(Al-baqarah : ayat 6)
5 . Mim mati tanpa sebarang tanda
(Al-baqarah : ayat 8)
6 . Nun syaddah
(Al-baqarah : ayat 6)
7 . Mim syaddah
(Yunus : ayat 70, m/s 216)
8 . Mim kecil
(Maryam : ayat 59 , m/s 309)
Bila kamu jumpa 8 simbol ni , automatik kamu kena DENGUNG kan bacaan sepanjang 2 HARAKAT , kamu akan rasa getaran di HIDUNG dan bila kamu baca perkataan tu kemu kena BERSEDIA MEMBACA HURUF SELEPASNYA .
Senang kan ??
Tak payah nak pening2 hafal dah berapa huruf bg setiap hukum tajwid .
in syaa Allah lepas ni ana akan post berkenaan TIDAK DENGUNG pulak .
Barakallahufikum
Share dr Little Khaleefah (fb)

0 comments :

Post a Comment

MAJLIS TA’LIM DAN SOLAWAT DI SEKITAR ALOR SETAR, KEDAH.

PERHATIAN ! HEBAHAN UMUM 
MAJLIS TA’LIM DAN SOLAWAT SEPANJANGANG BULAN APRIL 2014 DI SEKITAR ALOR SETAR, KEDAH.

Tarikh : 8/4/2014 (Selasa) , Masa : 5.30ptg – 10 malam
Majlis Ta’lim dan Solawat Khas Muslimah
Jemputan : Hubabah Ummu Zein (Hubabah Maryam) bt Habib ‘Ali Masyhur
Tempat : Maahad Tahfiz Al-Munir, Jalan Pinang Jaya, Bukit Pinang, Kedah. 
Acara : 5.30ptg – Bacaan Hadrah Ba Saudan, selepas maghrib : Mawlid dan Tausiyah

Tarikh : 9/4/2014 (Rabu) , Masa : 9 pagi
Majlis Ta’lim dan Solawat Khas Muslimah
Jemputan : Hubabah Ummu Zein (Hubabah Maryam) bt Habib ‘Ali Masyhur
Tempat : Ukir Mall, Alor Setar.

Tarikh : 9/4/2014 (Rabu) , Masa : Selepas Maghrib
Majlis Mawlid dan Mahabbatur Rasul
Jemputan : Habib Muhammad. Singapura
Tempat : Masjid Syeikh Abdul Jalil, Tanjung Pauh, Jitra. (dekat IKBN Jitra, sebelah Makam Syeikh Abdul Jalil.)

Sabtu Minggu Ke-2
Majlis Rauhah Al-Munir bersama Habib Naqjmuddin bin Syed Othman Al-Kherid
Tarikh : 11/4/2014 (Jumaat) , Masa : 3.30 ptg
Tempat : Maahad Tahfiz Al-Munir, Jalan Pinang Jaya, Bukit Pinang, Kedah.
Fokus : Huraian Manhaj Ba’ Alawi. (Kitab Manhajus Showi)

Majlis Ta’lim Bulanan Kitab Nasoih Deeniah
Habib Naqjmuddin bin Syed Othman Al-Kherid
Tarikh : 11/4/2014 (Jumaat) , Masa : Selepas Maghrib
Tempat : Masjid Al-Bukhary, Alor Malai, Alor Setar, Kedah.

Majlis Ta’lim Bulanan Kitab Dakwah At-Taammah
Habib Naqjmuddin bin Syed Othman Al-Kherid
Tarikh : 12/4/2014 (Sabtu) , Masa : 9pg
Tempat : Maahad Tahfiz Al-Munir, Jalan Pinang Jaya, Bukit Pinang, Kedah.
11pg : ke Rumah Rauhah di Lorong Menteri, Sebelah Istana Pelangi, Taman Rimba, depan Padang Golf.

Sabtu Minggu Ke-3
Majlis Ta’lim bersama Habib Mahdi Al-Hamid kitab Risalatul Murid
Tarikh : 19/4/2014, Masa : 9pg - 11pg
Tempat : Maahad Tahfiz Al-Munir, Jalan Pinang Jaya, Bukit Pinang, Kedah.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :

Ust.Syed Zainal Abidin Al-Idrus : 013-4851010
Ust Helmi Assyafie : 013-4044259
Sdr Hasif : 019-4179523
Sdr Haziq / Muhammad Ibnu Abdullah : 013-4641388

0 comments :

Post a Comment

3 perkara yang disukai.



Pd suatu hari Rasulullah SAW duduk bersama sahabat2nya & bertanya kepada mereka bermula di tanyakan kepada Sy Abu Bakar:
"Apa yg kamu suka dr dunia ini?" Dan berkatalah Sy Abu Bakar ra. "Aku suka dr dunia ini 3 perkara:
1.Duduk2 bersama Rasulullah
2.Melihat wajah Mu ya Rasullah
3.Aku korbankan harta ku untuk Mu ya Rasulullah "

Lalu Rasulluah bertanya kepada Sy Umar ra.
"Bagaimana pula dg mu ya Umar?" Jawab Sy Umar "Ada 3 perkara juga yg aku suka:
1.Membuat kebaikan wlaupun dlm keadaan manusia tdk mengetahuinya.
2.Mencegah kemungkaran wlaupun dlm keadaan terang2an
3.Berkata yg benar wlaupun pahit"

"Dan bgaimna pula dgnmu wahai Uthman?" Berkata Sy Uthman "Ada 3 perkara yg aku suka:
1.Memberi makan
2.Memberi salam
3.Bersolat malam di waktu manusia tidur"

"Bagaimana pula dgn kamu wahai Ali?""Aku juga cintakan 3 perkara:
1.Memuliakan tetamu
2.Berpuasa di musim panas
3.Dan memukul musuh dgn pedang"

Kemudian bertanya Rasulullah pd Abu dzar. "Apa yg kamu suka di dunia ini?" Berkata sy Abu Dzar"Aku suka 3 perkara di dunia ini:
1.Lapar
2.Sakit
3.Mati"

Kemudian Rasulullah bertanya, "Kenapa wahai Abu Dzar?" Berkata Sy Abu Dzar, "Aku sukakn lapar kerana utk membersihkn hati. Aku sukakn sakit krn untuk mngurangkn dosa2 ku. Aku sukakn maut kerana utk bertemu Tuhanku" Kemudian bersabdalah Rasulullah SAW"Aku cintakan dr dunia ini 3 perkara:
1.Wangi2an
2.Wanita yg solehah
3.Sembahyang menjadi penyejuk hati ku"

Kemudian di waktu itu turunlah malaikat Jibril as memberi salam pd Rasulullah & para sahabat. Kemudian malaikat Jibril mengatakn "Aku sukakn di dunia kamu ini 3 perkara:
1.Menyampaikn risalah
2.Menunaikan amanah
3.Cinta terhadap org miskn"

Kemudian malaikat Jibril naik ke langit & turun sekali lagi ke bumi & berkata" Sesungguhnya Allah SWT mengucapkan salam kepada kamu semua & Allah SWT berkata; Sesungguhnya Allah suka pd dunia kamu ini 3 perkara:
1.Lidah yg sentiasa berzikir
2.Hati yg sentiasa khusyuk
3.Jasad yg sabar menanggung ujian.

1 comments :

Post a Comment