Niqabis : Keikhlasan diri dalam berhijrah.


Dulu kau fashionista. Walau bertudung, kau tak dapat menutup auratmu sepenuhnya. Kau tergoda dengan fesyen. Kau sanggup cukur kening kau sebab nak nampak cantik pada pandangan manusia walau hal itu terlaknat.
Kemudian kau berhijrah. Allah beri kau hidayah, alhamdulillah. Kini kau mengenakan pakaian isteri Nabi. Bagus, tapi sayangnya kau masih tertipu dalam penghijrahan kepada kebaikan. Kau tertipu dengan fesyen lagi. Kau tertipu dengan menunjukkan kecantikan pada umum lagi. Walhal penghijrahan kepada syariah sepatutnya mengorbankan segala kecantikan kepada bukan mahram.
Kau berjubah. Kau berniqab. Tapi kau tergedik menunjukkan fotomu dengan pelbagai aksi dan posing pada orang ramai yang bukan mahrammu. Kau warnakan keningmu agar dilihat tebal berbulu. Kau snap gambar kau dekat2 bagi menunjukkan kecantikkanmu mengenakan niqab. Kau letak 1001 ayat2 so called 'baik' dan 'muslimah sejati'.
Kau tertipu. Wanita yang mengikut sunnah tidak suka mempamerkan dirinya pada khalayak ramai untuk ditonton. Mereka suka mengurung diri jika tiada keperluan. Apatah lagi pada dunia media sosial, tiada suka menonjol diri selain dakwah mereka.
Jika kau benar mahu contohi isteri2 Nabi, maka bacalah sirah mereka. Adakah mereka seperti yang kau lakukan kini? Adakah mereka suka menonjolkan diri dengan ayat2 manis dan cinta supaya banyak mata lelaki melihat?
Dulu wajahmu terlihat ramai. Kini kau tertutup tiada dapat dilihat wajahmu. Tapi wajahmu dan kecantikan dirimu terus menerus dilayan lelaki bernafsu melihat foto2 silammu yang engkau tidak pernah mahu padamkan dan sorok dari dunia. Lagi ditambahi niqabmu hanya menjadi sehelai kain bagi menonjolkan mata dan keningmu yang kau hiasi indah pada albummu.
Kau tertipu dengan dunia. Niat kau sudah baik. Tiada dipertikai kerana ia antara kau dengan Allah. Tapi cara kau tidak menghalalkan apa yang kau niatkan. Berhentilah menjadi dalang fitnah kepada golongan yang mencintai sunnah isteri Nabi. Berhentilah dari mencari publisiti murahanmu itu.

0 comments :

Post a Comment

30 fadhilat & kelebihan berselawat keatas junjungan nabi MUHAMMAD S.A.W



1) Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda - (HR Muslim.)
2) Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.
3) Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insya Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.
4) Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.
5) Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan
dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.
6) Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
7) Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.
8) Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.
9) Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, dan sebagainya dalam dirinya.
10) Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, Insya Allah akan beroleh kebahagiaan samada di dunia mahupun di akhirat.
11) Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.
12) Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati,mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
13) Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.
14) Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadap kesukaran hidup.
15) Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.
16) Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.
17) Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.
18) Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.
19) Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi
keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.
20) Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut2, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.
21) Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam
mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.
22) Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, InsyaAllah akan dihapuskan dosa2 kecil seseorang.
23) Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka- sangka baginya.
24) Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmatnya.
25) Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.
26) Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan
keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.
27) Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.
28) Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.
29) Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - HR Abu Naim.
30) Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat- HR Thabrani

0 comments :

Post a Comment

7 pintu neraka.



1.Hawiyah: wanita muslim yg tdak mntup aurat
lelaki muslim yg memakai sutera&emas.
memakan harta haram sperti riba.

2.Jahim : golongan yg mensyirikkan Allah.

3.SaQar: mereka yg meremehkan solat.
tidak mnunaikan zakat.
mnyokong kebatilan dan mpertahankannya.
mendustakan hari akhirat.

4.Laza : manusia yg suka mgumpulkn harta.
tamak dan rakus dgn harta.


5.Hutamah : manusia yg suka mgumpat dan mencela.
manusia yg mgumpulkan harta dan menganggap hrtanya menjamin khdpan.


6.Sa'ir : golongan yg memakan harta ank yatim.
mereka yg kufur kpda Allah


7.Wail : golongan yg lalai dlam solat dan meninggalkannya.

-Azabnya yg paling ringan pn mampu menggelegakkan otak,inikan pula azab2 yg lain.
Sedangkn serpihan bara api dunia pn sdah mampu mbuat kita terlolong kesakitan,inikan pula bara api neraka. Allahuakhbar.

0 comments :

Post a Comment

Hati menentukan fikiran.



"Pasangan muda yang baru menikah tinggal di sebuah komplek perumahan. Suatu pagi, sewaktu sarapan, si isteri melalui jendela kaca, ia melihat jirannya sedang menjemur pakaian.
"Cuciannya kurang bersih ya", kata si isteri.
"Sepertinya dia tidak tahu cara mencuci pakaian. Mungkin dia perlu sabun yang lebih bagus.
"Suaminya menoleh, tetapi hanya diam dan tidak memberi komen apapun.
Sejak hari itu setiap kali jirannya menjemur pakaian, selalu saja si isteri memberikan komen yang sama tentang kurang bersihnya jiran mencuci pakaiannya. Seminggu berlalu, si isteri hairan melihat pakaian-pakaian yang dijemur jirannya kelihatan betul2 bersih, dan dia maklumkan kepada suaminya:
"Lihat, seolah-olah dia telah belajar bagaimana mencuci dengan betul. Siapa agaknya yang sudah mengajarnya?
"Si suami berkata, "Saya bangun pagi hari ini dan membersihkan jendela kaca kita."
Dan begitulah kehidupan. Apa yang kita lihat pada saat menilai orang lain bergantung kepada kejernihan pikiran (jendela) bilamana kita memandangnya.
Jika HATI kita bersih, maka bersih pula FIKIRAN kita. Jika FIKIRAN kita bersih, maka bersih pula PERKATAAN kita.Jika PERKATAAN kita bersih (baik), maka bersih (baik) pula PERBUATAN kita. Hati, fikiran, perkataan dan perbuatan kita mencerminkan hidup kita. Jika ingin hidup kita berkembang, maju, dan berjaya (bersih/baik) Maka kita harus menjaga hati, fikiran, perkataan dan perbuatan kita tetap baik. Kerana itulah segalanya.
HATI menentukan FIKIRAN.
FIKIRAN menentukan PERKATAAN & PERBUATAN...
2 hal yg paling baik di atas kebaikan : -
Sangka baik kepada Allah
Sangka baik kepada hamba Allah.

0 comments :

Post a Comment

Surat rasmi dari Suami untuk tambah kuota!!!



Razaki Hamid 
No 39, Jalan Dedap 9, 
Saujana Utama 2, 
Sg. Buloh. 

Rohana Jalil 
No 39, Jalan Dedap 9, 
Saujana Utama 2, 
Sg. Buloh. 

Puan, 
PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI 

Perkara di atas adalah di rujuk. 

2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat masa ini kuota yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan, eloklah jika dapat di penuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura binti Ramli yang merupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan di isi di masa akan datang. 

3. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis, terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakinan untuk mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini. 

4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat menjadi seperti sekarang. Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar, rumah besar, rantai besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini. 

5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan? 

6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi, pinggan-mangkuk, ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya. 

7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru bayi kita kedalam keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini. Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya sepenuhnya. 

8. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan ketiga akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya. 

Sekian, Terima Kasih. 

"BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA" 

Yang Ikhlas Memohon, 
Suamimu... 

-------------------------

0 comments :

Post a Comment