Niqabis : Keikhlasan diri dalam berhijrah.
Dulu kau fashionista. Walau bertudung, kau tak dapat menutup auratmu sepenuhnya. Kau tergoda dengan fesyen. Kau sanggup cukur kening kau sebab nak nampak cantik pada pandangan manusia walau hal itu terlaknat.
Kemudian kau berhijrah. Allah beri kau hidayah, alhamdulillah. Kini kau mengenakan pakaian isteri Nabi. Bagus, tapi sayangnya kau masih tertipu dalam penghijrahan kepada kebaikan. Kau tertipu dengan fesyen lagi. Kau tertipu dengan menunjukkan kecantikan pada umum lagi. Walhal penghijrahan kepada syariah sepatutnya mengorbankan segala kecantikan kepada bukan mahram.
Kau berjubah. Kau berniqab. Tapi kau tergedik menunjukkan fotomu dengan pelbagai aksi dan posing pada orang ramai yang bukan mahrammu. Kau warnakan keningmu agar dilihat tebal berbulu. Kau snap gambar kau dekat2 bagi menunjukkan kecantikkanmu mengenakan niqab. Kau letak 1001 ayat2 so called 'baik' dan 'muslimah sejati'.
Kau tertipu. Wanita yang mengikut sunnah tidak suka mempamerkan dirinya pada khalayak ramai untuk ditonton. Mereka suka mengurung diri jika tiada keperluan. Apatah lagi pada dunia media sosial, tiada suka menonjol diri selain dakwah mereka.
Jika kau benar mahu contohi isteri2 Nabi, maka bacalah sirah mereka. Adakah mereka seperti yang kau lakukan kini? Adakah mereka suka menonjolkan diri dengan ayat2 manis dan cinta supaya banyak mata lelaki melihat?
Dulu wajahmu terlihat ramai. Kini kau tertutup tiada dapat dilihat wajahmu. Tapi wajahmu dan kecantikan dirimu terus menerus dilayan lelaki bernafsu melihat foto2 silammu yang engkau tidak pernah mahu padamkan dan sorok dari dunia. Lagi ditambahi niqabmu hanya menjadi sehelai kain bagi menonjolkan mata dan keningmu yang kau hiasi indah pada albummu.
Kau tertipu dengan dunia. Niat kau sudah baik. Tiada dipertikai kerana ia antara kau dengan Allah. Tapi cara kau tidak menghalalkan apa yang kau niatkan. Berhentilah menjadi dalang fitnah kepada golongan yang mencintai sunnah isteri Nabi. Berhentilah dari mencari publisiti murahanmu itu.
0 comments :
Post a Comment