ILMU HISAB: PRESTASI HARIMAU MALAYA + JDT = SLOT PERINGKAT KUMPULAN AFC CHAMPIONS LEAGUE



1. AFC MA RANKING: RANKING KE-6 & SLOT PERINGKAT KUMPULAN ACL 2017


AFC MA Ranking ialah ranking yang digunakan oleh AFC (bukan FIFA) untuk ahli-ahlinya (member associations - MA). Sekarang ini, Malaysia berada pada ranking ke-8 untuk rantau Asia Timur:

ASIA TIMUR (ranking terakhir pada 23 September 2016)

(Ranking - Negara - Jumlah Mata - Mata Pasukan Kebangsaan 30% - Mata Pasukan Kelab 70%)

1 KOREA SELATAN 96.713 - 26.713 - 70.000
2 CHINA 78.302 - 18.750 - 59.552
3 JEPUN 78.252 - 24.185 - 54.067
4 AUSTRALIA 78.113 - 27.093 - 51.020
5 THAILAND 37.529 - 10.365 - 27.164
6 HONG KONG 34.561 - 9.312 - 25.249
7 VIETNAM 30.898 - 9.480 - 21.418
8 MALAYSIA 30.512 - 6.657 - 23.855
9 INDIA 28.141 - 8.638 - 19.503

Untuk mendapat 1 slot automatik ke peringkat kumpulan ACL - AFC Champions League (tanpa melalui peringkat play-off dan preliminary), Malaysia perlu berada di ranking ke-6 Asia Timur PADA 30 NOVEMBER 2016. Sila tumpukan perhatian kepada tarikh ini.

Ini bermakna Malaysia perlu berentap dengan Hong Kong, Vietnam dan India untuk merebut tempat ke-6, sekaligus menghadiahkan slot peringkat kumpulan ACL 2017 kepada JDT sebagai johan Liga Super 2016.

------------------------------------------------------------------------------

2. 70% MATA PASUKAN KELAB

MA Ranking dikira berdasarkan formula berikut:

AFC MA Ranking = 30% (pasukan kebangsaan) + 70% (pasukan kelab)

30% (pasukan kebangsaan): berdasarkan mata FIFA Ranking
70% (pasukan kelab): berdasarkan prestasi pasukan kelab di ACL & Piala AFC untuk 4 tahun terakhir.

Kita fokus kepada pasukan kelab dahulu. Sekarang ini, tiada sebarang pasukan kelab dari Hong Kong dan Vietnam yang masih berada dalam pertandingan ACL mahupun Piala AFC: semuanya sudah tersingkir. Ini bermakna, Hong Kong dan Vietnam sudah tidak boleh memperolehi mata tambahan melalui pasukan-pasukan kelabnya.

Manakala pasukan kelab dari Malaysia dan India, iaitu JDT dan Bengaluru FC, masih berentap di separuh akhir Piala AFC. Berikut ialah mata yang boleh diperolehi dalam 4 senario berbeza:

JDT Menang + Layak ke Final: 30.124
JDT Seri + Layak ke Final: 28.034*
JDT Seri + Tidak Layak ke Final: 24.900
JDT Kalah + Tidak Layak ke Final: 23.855

KESIMPULAN: 
Jika mata pasukan kebangsaan Hong Kong & Malaysia kekal sehingga 30 November 2016, JDT perlu sekurang-kurangnya layak ke final Piala AFC untuk mendapatkan slot peringkat kumpulan ACL: 6.657 + 28.034* = 34.691, melebihi mata Hong Kong iaitu 34.561.

------------------------------------------------------------------------------

3. 30% MATA PASUKAN KEBANGSAAN

Sekarang kita beralih kepada pasukan kebangsaan. Masih ingatkah lagi kepada tarikh 30 November 2016 yang disebut di atas?

Sila ambil maklum bahawa FIFA akan mengeluarkan ranking pada Khamis, 24 November 2016. Kebiasaannya, perlawanan yang akan dikira bagi ranking tersebut hanyalah perlawanan yang diadakan sehingga hari Khamis minggu sebelum ranking dikeluarkan. Hari Khamis minggu sebelum ranking dikeluarkan bertarikh 17 November 2016. Berikut ialah jadual perlawanan pasukan kebangsaan sehingga 17 November 2016:

HONG KONG (ranking 142. Jangkaan Oktober: ranking 138, mata pasukan kebangsaan 9.564):
6 OKT KEMBOJA
11 OKT SINGAPURA
6 NOV GUAM (EAFF East Asian Cup)
9 NOV CHINESE TAIPEI (EAFF East Asian Cup)
12 NOV KOREA UTARA (EAFF East Asian Cup)

VIETNAM (ranking 141. Jangkaan Oktober: ranking 147, mata pasukan kebangsaan 8.764):
9 OKT INDONESIA

MALAYSIA (ranking 158. Jangkaan Oktober: ranking 165, mata pasukan kebangsaan 5.519):
7 OKT SINGAPURA
11 OKT AFGHANISTAN

INDIA (ranking 148. Jangkaan Oktober: ranking 138, mata pasukan kebangsaan 9.691):
Tiada perlawanan dijadualkan pada Oktober & November.

India tidak menjadualkan apa-apa perlawanan persahabatan pada bulan Oktober dan November. Ini bermakna, India tidak akan memperoleh apa-apa mata tambahan.

Hong Kong pula, walaupun menjadualkan jumlah perlawanan persahabatan yang sama dengan Malaysia iaitu 2 perlawanan, mungkin bakal memperoleh manfaat kerana pusingan awal EAFF East Asian Cup bermula sebelum tarikh 17 November. 

Ini berbeza dengan AFF Cup. Walaupun AFF Cup disenaraikan sebagai perlawanan persahabatan oleh FIFA dan menyumbang mata kepada ranking, ia hanya akan bermula pada 19 November.

KESIMPULAN: 
Pasukan kebangsaan boleh menyumbang mata apabila berhadapan dengan Singapura dan Afghanistan pada 7 dan 10 Oktober. Kedua-dua perlawanan ini dijadualkan 9 hari sebelum perlawanan separuh akhir Piala AFC JDT menentang Bengaluru FC pada 19 Oktober. Adakah JDT bakal meraih slot automatik ke peringkat kumpulan ACL 2017 dengan bantuan Harimau Malaya? Masa hadapan adalah bergantung kepada keputusan pihak-pihak yang memiliki kuasa.

0 comments :

Post a Comment