Nikah Muda


Kita orang muda selalu melakukan kemungkaran dan kemaksiatan terhadap Allah SWT. Nafsu ketika usia sebegini semakin membuak-buak. Susah untuk kita mengelak daripada terjerumus. Jadi, nikah adalah medium terbaik untuk kita mencegah. Nikah pula bukan sekadar seks semata-mata tapi untuk memelihara kehormatan, maruah serta kemaluan. Yang paling penting adalah untuk mencapai keredaanNya. Jodoh Allah yang berikan tapi perlu melaksanakan syariatullah dan sunnatullah. Doa senjata kita umat islam, doa yang baik dan konsisten pasti Allah akan kabulkan. - Pipeco

0 comments :

Post a Comment

Amalan Wanita Haid Pada Bulan Ramadhan.



Adakah wanita sedang haid terhalang dari keberkatan lailatul Qadar?. Sudah tentu jawabnya tidak, Allah s.w.t maha adil. Bagi wanita sedang uzur pelbagai amalan dan ibadah yang masih boleh dilakukan seperti :-

1) Berzikir
2) Berdoa
3) Membawa terjemahan Al-Quran serta memahaminya.
4) Mendengar bacaan Al-Quran oleh suaminya, adik beradik atau dari kaset.

Sebahagian ulama silam dan moden seperti Syeikh Prof. Dr Muhammad Abu Laylah ( Prof Syariah di Univ Al-Azhar) berpendapat mereka dibenarkan juga membaca al-Quran tanpa memegangnya (melalui hafazan), malah sebahagian yang lain seperti Fatwa Ulama Saudi pula membenarkan mereka membacanya melalui mashaf. Saya tidak ingin membincangkannya di sini. Sekadar memberikan idea dan keterbukaan di kalangan para ulama.

Semoga kita diberikan kekuatan ibadah dan keikhlasan di waktu malam tersebut. Sekian ^_^

0 comments :

Post a Comment

Benda yang sulit pasti ada kemudahan jua.



Allah s.w.t berfirman di dalam al-Quran:

“.... dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu, dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya”. 
[surah al-Baqarah: 216]
Tafsir ‘Azim karangan Imam Ibnu Kathir [1] ku pegang erat di sisi. Jalanku perlahan menikmati angin yang sepoi-sepoi bertiup. Setiap kali kaki melangkah, satu persatu fikiranku berputar, menghadamkan apa yang dilontar oleh sekeping warkah penuh rasa.

Terkeluar dari bibirku satu keluhan kecil, melepas rasa yang terbuku di dada. Beratnya tidak tertahan lagi, seumpama sebuah gunung yang digalas di bahu seekor semut. Aku pernah membaca yang seekor semut mampu memikul sesuatu yang mempunyai 6 kali ganda berat daripada dirinya. Tetapi tidak kepada sebuah gunung yang pastinya memiliki berjuta kali ganda beratnya.

“Ayat ini ditafsirkan tidak penuh, hanya sebahagian,” hati kecilku berbisik. Bukankah di awal ayat ada menerangkan sesuatu yang penting?

Hampir separuh dari tasik KUIS telah aku kelilingi. Sengaja aku melangkah perlahan, sambil menikmati tiupan angin yang menghembus, dalam masa yang sama aku juga ingin melihat ragam mereka yang sedang sibuk mengurus kehidupan sebagai seorang mahasiswa sebelum senja memerah.

Seperti biasa aku memilih untuk melabuhkan punggungku di bawah sepohon pokok berdekatan dengan menara ‘flying fox’ berwarna biru. Menara itu baru sahaja selesai dibina, masih belum dirasmikan lagi.

Dari situ aku memandang susuk kubah masjid al-Azhar yang tersergam indah. 3 tahun lamanya aku menimba pengalaman dan pengetahuan, tempat yang banyak memberi kesan kepada diriku ini akan aku tinggalkan.

Allah s.w.t. berfirman:

“Diwajibkan ke atas kamu untuk berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci....”  [surah al-Baqarah: 216]

Imam Ibnu Kathir dalam tafsirnya mengurai ayat ini dengan mengaitkan ia dengan jihad dan peperangan. Sebagaimana yang disebut oleh Imam az-Zuhri [2]: “jihad itu wajib atas setiap manusia, baik dia ahli dalam peperangan mahupun tidak....” [3]

Kalimah benci yang disebut dalam ayat ini juga ditafsirkan sebagai peperangan. “Ini kerana ianya (iaitu peperangan) amat berat bagi kamu dan banyak kesusahan,” nukil beliau (Imam Ibnu Kathir) lagi.

Kesusahan dan rasa amat berat yang dimaksudkan adalah kerana peperangan itu akan membawa seseorang itu kepada kematian ataupun cedera parah, ditambah pula dengan kepayahan dalam perjalanan serta di saat pertemuan dengan musuh. Dan inilah yang dimaksudkan dengan ‘sesuatu yang kamu benci’.

Sekeping warkah penuh rasa itu ku tatapi dengan penuh erti. Isi kandungan surat ini didahului dengan firman Allah yang dipetik dari ayat yang aku baca awal tadi. Aku mengerti, tujuannya adalah untuk membuka mataku mengenai ketentuan Illahi. Secara umumnya, ayat ini boleh dijadikan sebagai satu motivasi.

Satu inspirasi, bahawa tidak semuanya yang berlaku dalam kehidupan kita berjalan seperti mana yang kita suka. Sahabatku pernah berkongsi, “Hidup ini umpama roda, tidak selalu kita berada di atas, kerana masa lain kita perlu berada di bawah”.

“Mengapa pula kita ‘perlu’ berada di bawah?” aku bertanya. Hairan, mengapa dia menggunakan kalimah ‘perlu’ di situ.

Dia tersenyum. Senyuman yang tidak akan aku lupakan. Senyuman berharga dari sebuah ikatan persahabatan.

“Kerana dengan berada di bawah itulah kita merasai erti sunnatullah. Manusia tidak akan sedar mengenai realiti sebenar kehidupan, sehinggalah dirinya terhantuk dalam sebuah sesi ujian kehidupan dari tuhan.”

Ringkas, tetapi amat dalam maknanya. Aku menyapu dedaun kering yang gugur di peha. Sesekali retina mataku melihat biasan wajah yang terpamer di kaca permukaan tasik.

Dadaku sesak dengan perasaan yang bercampur baur. Retina mata yang memandang biasan di atas jernih air tasik itu menjadi kabur, seakan air tasik itu diserap pindah ke kelopak retina.

Akhirnya nama tuhan Yang Membolak balikkan hati hamba-Nya terpantul keluar dari bibirku.

“Allah....” halus bibirku menyebut. Perlahan, berharap hati akan merasai kebesaran Yang Maha Kuasa.

Ku pejamkan mata. Ku hempaskan tubuh, bersandar di atas bumi, mengadap langit luas, mencari sinar harapan, mencari cahaya kekuatan.

“Allah, berikan aku kekuatan untuk berhadapan dengan ujian ini,” bisik hati kecilku lagi. Saat ini, air mataku mengalir, sedikit, merai hati yang merasai beratnya ujian dari Illahi.

“Dan sungguh akan Kami berikan cubaan (ujian) kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan (hasil rezeki). Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.” 
[surah al-Baqarah: 155]

“Perhatikan,” dia memandang diriku.

“Perhatikan ayat ini betul-betul. Ayat ini adalah merupakan peringatan kepada kita dari DIA Yang Maha Pencinta mengenai bentuk-bentuk ujian kehidupan yang akan kita hadapi”.

Sahabat, kau banyak membuka mataku mengenai realiti kehidupan. Aku terhutang budi denganmu selalu. Dan kini aku sedang berhadapan dengan salah satu ujian dari tuhan, ujian kekurangan jiwa (perasaan).

Al-Anfus (الأنفس) ditafsirkan sebagai kematian ahli keluarga dan orang terdekat serta orang yang tersayang [4]. Rasa sedih dan kecewa yang dialami oleh manusia saat semua itu berlaku.

“Andai semua itu berlaku pada dirimu, ingat wahai sahabatku, Allah memujuk kita agar menjadi golongan yang bersabar. Kerana mereka yang bersabar ini bakal diberi khabar gembira dari-Nya”.

Aduhai sahabat, saat inilah semua kata-katamu itu terngiang di telinga. Nasihat-nasihatmu yang dulunya aku sekadar menyimpan sebagai kenangan, kini menjadi satu kekuatan bagi diriku.

Ya Allah... seberat ujian yang Engkau berikan, rupanya kau turutkan juga sebuah kekuatan!

“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan...”
[surah al-Insyirah: 5-6]

0 comments :

Post a Comment

Pegang Hati Dia Dengan Doa



Dulu kenapa awak tak pernah bagitahu saya, awak suka saya?

"Sebab dulu, saya tak nak ganggu awak study. Dan saya tak nak ganggu study saya juga. Tapi sebenarnya saya ambil tahu perkembangan awak. Tiap-tiap tahun saya tanya kawan awak result exam awak. Saya akan rasa tercabar bila result awak lagi tinggi dari saya. Kadang-kadang saya rasa juga nak bagitahu awak. Tapi saya tahan je perasaan saya tu. Sebab saya takut cinta saya tertolak. Saya fikir saya nak belajar betul-betul. Habiskan hafalan quran saya. Fokus betul -betul. Saya risau juga ada orang masuk minang awak sebelum saya balik dari UK. Saya serah pada Allah je waktu tu. Saya still tahan perasaan tu. Di samping saya doa banyak-banyak pada Allah agar Allah jagakan hati awak untuk saya. Everyday saya akan bangun berdoa pada Allah supaya Allah jagakan hati saya dan awak. Now, Allah dah makbulkan permintaan saya. Awak dah jadi milik saya. Alhamdulillah. 

*sweet sgt..ngee 

0 comments :

Post a Comment

TERKINI..Masjidil Haram, Mekah.


Subhanallah!!!
*Ya Allah, jemputlah aku menjadi tetamu mu sebelum engkau menjemputku menghadap mu Ya Rabb :3

0 comments :

Post a Comment

WAJIB menjaga diri bagi yang menangguhkan perkahwinan.


Inilah salah satu saranan Dr Abdul Karim Zaidan di dalam kitab al Mufassal. Ia juga sepertimana yang disebut oleh Nabi Muhammad SAW bagi mereka yang mempunyai alasan atau sebab-sebab tertentu untuk menangguhkan perkahwinan mereka.

Mereka yang berniat untuk menangguhkan perkahwinan, diwajibkan untuk menjaga diri dengan pelbagai cara. Antara yang disuruh oleh Nabi Muhammad SAW ialah dengan berpuasa. Bahkan antara cara-caranya juga ialah dengan menjaga pandangan, hati dan semua anggota daripada terbuat sesuatu yang menggalakkan kepada penzinaan.

Tiada Cara Untuk Menjaga Diri Melainkan Dengan Perkahwinan?

Di dalam Majalah al Azhar, terbitan Disember 2009, muka surat 1989, Dr Aiman Jalal Ahmad menulis artikel yang bertajuk Masa Depan Pemuda, Tiada Cara Untuk Menjaga Diri Melainkan Dengan Perkahwinan.

Beliau menceritakan bahawa masa depan pemuda hari ini, bakal berhadapan dengan situasi yang sangat teruk. Iaitu tiada satu cara pun untuk menjaga diri melainkan dengan perkahwinan. Ini kerana untuk menjaga pandangan, amatlah susah pada hari ini. Dengan siaran-siaran dan iklan-iklan yang mendedahkan aurat wanita, cara pemakaian hari ini, menyukarkan kemungkinan untuk seseorang itu menjaga dirinya daripada mengawal nafsu.

Bahkan, mereka yang berpuasa juga turut sukar untuk berpuasa dengan sepatutnya. Bukanlah untuk menafikan hadis Nabi SAW, tetapi, meletakkan satu kesukaran kepada kita untuk berpuasa dengan puasa yang sebenar. Ini kerana berapa ramai manusia yang berpuasa, tetapi hanya menahan lapar sahaja, sedangkan pandangan sangat sukar untuk dijaga.

0 comments :

Post a Comment

Be patient and tough



Ketika kamu merasa sedih, pejamkan matamu dan katakan di dalam hatimu.......

"Inilah perjalanan hidupku.. ALLaH yang letakkan aku di sini.. Semua ini perancangan ALLaH.. Jadi, aku mesti teruskan perjalanan hidup ini kerana aku percaya di atas setiap ketetapan-Nya..dan aku terima Qada' dan Qadar diriku.. Sesungguhnya setiap sesuatu itu ada hikmah-Nya.. Terima kasih ALLaH kerana mengasihiku"

Selepas itu, buka matamu dan senyumlah....

*Be patient and tough. Someday, this pain will be useful for you* ^_^

0 comments :

Post a Comment

Lailatul Qadar



: Firman Allah, "Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Quran ini pada malam al-Qadar. Apakah yang kebesaran yang terdapat pada malam al-Qadar? Malam al-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara yang ditakdirkan berlaku pada tahun berikutnya. Sejahteralah malam itu hingga terbit fajar." (al-Qadr:1-5)

 Hikmah Allah menyembunyikan pengetahuan tentang bila terjadinya lailatul qadar di antaranya adalah agar terbeza antara orang yang sungguh-sungguh untuk mencari malam tersebut dengan orang yang malas 
 

*Semoga menjadi insan yang terpilih olehNya* ^_^

0 comments :

Post a Comment

Amirul Mukminin pun ditolak, apatah lagi kita..


Ibnu Katsir meriwayatkan di dalam Bidayah Wan Nihayah, ketika Umar Al-Khattab menjadi khalifah, beliau pernah meminang adik kepada Aisyah r.a. iaitu Ummu Kaltsum. Di dalam hal ini Umar telah mengirim surat menyatakan kepada Aisyah hasratnya. Namun Ummu Kalthum berkata, “Aku tidak mahu menikahinya.”
“Apakah engkau menolak Amirul Mukminin?”, tanya Aisyah.

“Ya, sebab hidupnya miskin,” jawab Ummu Kalthum.

Akhirnya Aisyah mengirim surat kepada Amru Bin Al-Ash agar Amru berusaha memalingkan keinginan Umar dari menikahi dengan adiknya. Umar kemudian berkahwin dengan anak Ali bin Abi Talib.

Di dalam Al-Farooq Umar, pakar biografi Dr Muhammad Hussein Haekal, mengisahkan riwayat yang serupa. Dengan tambahan selain Ummu Kalthum, Umar juga pernah meminang seorang wanita bernama Ummu Aban Binti Utbah. Kedua-dua wanita itu menolak pinangan beliau dengan alasan Umar adalah seorang yang kasar, sangat garang terhadap wanita, kedekut dan selalu bermasam muka.

Umar Al-Khattab adalah antara sahabat nabi yang terjamin syurga. Semasa pemerintahan beliau, beliau telah berjaya menawan sebahagian besar jaziriyah Arab. Umar sangat berilmu sehinggakan Rasulullah pernah bersabda, “Sesungguhnya Allah telah menjadikan kebenaran pada lisan dan hati Umar.” Beliau juga seorang yang berwibawa di dalam kepimpinan, Rasulullah pernah bersabda, “sekiranya selepasku ada nabi, sudah pasti Umar.” Namun, apabila insan kelas pertama ini meminang, pinangannya ditolak!

Justeru, jangan bersusah hati apabila pinangan anda tidak diterima. Si dia mungkin mempunyai alasan tersendiri yang tidak dapat anda fahami. Yang penting anda kenal dengan kehebatan diri anda.

Life goes on !

Wallahu’alam.

0 comments :

Post a Comment

Belajar dari kisah Salman Al-Fasiri jika lamaran ditolak.



Salman al Farisi adalah salah seorang sahabat Nabi saw yang berasal dari Persia. Salman sengaja meninggalkan kampung halamannya untuk mencari cahaya kebenaran. Kegigihannya berbuah hidayah Allah dan pertemuan dengan Nabi Muhammad saw di kota Madinah. Beliau terkenal dengan kecerdikannya dalam mengusulkan penggalian parit di sekeliling kota Madinah ketika kaum kafir Quraisy Mekah bersama pasukan sekutunya datang menyerbu dalam perang Khandaq.

Berikut ini adalah sebuah kisah yang sangat menyentuh hati dari seorang Salman Al Farisi: tentang pemahamannya atas hakikat cinta kepada perempuan dan kebesaran hati dalam persahabatan.

Salman Al Farisi sudah waktunya menikah. Seorang wanita Anshar yang dikenalnya sebagai wanita mu’minah lagi shalihah juga telah mengambil tempat di hatinya. Tentu saja bukan sebagai pacar. Tetapi sebagai sebuah pilihan untuk menambatkan cinta dan membangun rumah tangga dalam ikatan suci.

Tapi bagaimanapun, ia merasa asing di sini. Madinah bukanlah tempat kelahirannya. Madinah bukanlah tempatnya tumbuh dewasa. Madinah memiliki adat, rasa bahasa, dan rupa-rupa yang belum begitu dikenalnya. Ia berfikir, melamar seorang gadis pribumi tentu menjadi sebuah urusan yang pelik bagi seorang pendatang. Harus ada seorang yang akrab dengan tradisi Madinah berbicara untuknya dalam khithbah, pelamaran.

Maka disampaikannyalah gelegak hati itu kepada shahabat Anshar yang telah dipersaudarakan dengannya, Abu Darda’.

”Subhanallaah. . wal hamdulillaah. .”, girang Abu Darda’ mendengarnya. Keduanya tersenyum bahagia dan berpelukan. Maka setelah persiapan dirasa cukup, beriringanlah kedua shahabat itu menuju sebuah rumah di penjuru tengah kota Madinah. Rumah dari seorang wanita yang shalihah lagi bertaqwa.

”Saya adalah Abu Darda’, dan ini adalah saudara saya Salman seorang Persia. Allah telah memuliakannya dengan Islam dan dia juga telah memuliakan Islam dengan amal dan jihadnya. Dia memiliki kedudukan yang utama di sisi Rasulullah Shallallaahu ’Alaihi wa Sallam, sampai-sampai beliau menyebutnya sebagai ahli bait-nya. Saya datang untuk mewakili saudara saya ini melamar putri Anda untuk dipersuntingnya.”, fasih Abu Darda’ berbicara dalam logat Bani Najjar yang paling murni.

”Adalah kehormatan bagi kami”, ucap tuan rumah, ”menerima Anda berdua, shahabat Rasulullah yang mulia. Dan adalah kehormatan bagi keluarga ini bermenantukan seorang shahabat Rasulullah yang utama. Akan tetapi hak jawab ini sepenuhnya saya serahkan pada puteri kami.”

Abu Darda dan Salman menunggu dengan berdebar-debar. Hingga sang ibu muncul kembali setelah berbincang-bincang dengan puterinya.

”Maafkan kami atas keterusterangan ini”, kata suara lembut itu. Ternyata sang ibu yang bicara mewakili puterinya. ”Tetapi karena Anda berdua yang datang, maka dengan mengharap ridha Allah saya menjawab bahwa puteri kami menolak pinangan Salman. Namun jika Abu Darda’ kemudian juga memiliki urusan yang sama, maka puteri kami telah menyiapkan jawaban mengiyakan.”

Keterusterangan yang di luar kiraan kedua sahabat tersebut. Mengejutkan bahwa sang puteri lebih tertarik kepada pengantar daripada pelamarnya. Bayangkan sebuah perasaan campur aduk dimana cinta dan persaudaraan bergejolak berebut tempat dalam hati. Bayangkan sebentuk malu yang membuncah dan bertemu dengan gelombang kesadaran. Ya, bagaimanapun Salman memang belum punya hak apapun atas orang yang dicintainya.

Namun mari kita simak apa reaksi Salman, sahabat yang mulia ini:

”Allahu Akbar!”, seru Salman, ”Semua mahar dan nafkah yang kupersiapkan ini akan aku serahkan pada Abu Darda’, dan aku akan menjadi saksi pernikahan kalian!”

Betapa indahnya kebesaran hati Salman Al Farisi. Ia begitu faham bahwa cinta, betapapun besarnya, kepada seorang wanita tidaklah serta merta memberinya hak untuk memiliki. Sebelum lamaran diterima, sebelum ijab qabul diikrarkan, tidaklah cinta menghalalkan hubungan dua insan. Ia juga sangat faham akan arti persahabatan sejati. Apalagi Abu Darda’ telah dipersaudarakan oleh Rasulullaah saw dengannya. Bukanlah seorang saudara jika ia tidak turut bergembira atas kebahagiaan saudaranya. Bukanlah saudara jika ia merasa dengki atas kebahagiaan dan nikmat atas saudaranya.

“Tidaklah seseorang dari kalian sempurna imannya, sampai ia mencintai untuk saudaranya sesuatu yang ia cintai untuk dirinya.” [HR Bukhari]


Semoga bermanfaat dan Dapat Diambil hikmah dari kisah Salman ini. ^_^

0 comments :

Post a Comment

Maksud disebalik "لاَ إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ" ..



"Tidak ada paksa dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh, yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."

"Tiada paksaan dalam Islam" bermaksud agama Islam tidak membenarkan orang-orang Islam memaksa mana-mana orang yang bukan Islam untuk memeluk Islam.....sebab itu lah pada masa dulu walaupun Islam berkembang ke sebahagian besar dunia, rakyat di negara yang ditakluki oleh orang Islam tidak pernah dipaksa untuk memeluk agama Islam sebaliknya mereka memeluk agama Islam secara sukarela setelah melihat kebaikan dan keagungan Islam itu sendiri. 

Bagaimanapun apabila seseorang telah memeluk agama Islam, maka mereka hendaklah mematuhi semua peraturan dan hukum-hakam agama Islam seperti wajib solat lima waktu sehari, tidak boleh berjudi, tidak boleh minum arak, tidak boleh berzina dan sebagainya. Jika mereka tidak solat dan dihukum, mereka tidak boleh berkata mereka tidak bersalah kerana "tiada paksaan dalam Islam". 

0 comments :

Post a Comment

KENAPA DUNIA ISLAM MENJADI SASARAN PEMUSNAHAN



Ertinya:Daripada Ummul Mu'minin , Zainab binti Jahsy (isteri Rasulullah saw.) ,beliau berkata," (Pada suatu hari) Rasulullah saw. masuk ke dalam rumahnya dengan keadaan cernas sambil bersabda, La ilaha illallah, celaka (binasa) bagi bangsa Arab dari kejahatan (malapetaka) yang sudah hampir menimpa mereka. Pada hari ini telah terbuka dari dinding Ya'juj dan Ma'juj seperti ini", dan Baginda menemukan ujung jari dan ujung jari yang sebe!ahnya (jari telunjuk) yang dengan itu mengisyararkan seperti bulatan. Saya (Zainab binti Jahsy) lalu bertanya: "Ya Rasulullah! Apakah kami akan binasa sedangkan dikalangan kami masih ada orang­orang yang shaleh?" Lalu Nabi saw. bersabda "Ya, jikalau kejahatan sudah terlalu banyak".
H.R. Bukhari Muslimi

Hadis di atas rnenerangkan bahawa apabila di suatu tempat atau negeri sudah terlarnpau banyak kejahatan, kemungkaran dan kefasiqan, maka kebinasaan akan menimpa semua orang yang berada di tempat itu. Tidak hanya kepada orang jahat sahaja, tetapi orang-orang yang shaleh juga akan dibinasakan, walaupun masing-masing pada hari qiamat akan diperhitungkan mengikut amalan yang telah dilakukan.
Oleh itu, segala macam kemungkaran dan kefasiqan hendaklah segera dibasmikan dan segala kemaksiatan hendaklah segera dimusnahkan, supaya tidak terjadi malapetaka yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang melakukan kemungkaran dan kejahatan tersebut, tetapi ianya menimpa semua penduduk yang berada di tempat itu.
Dalarn hadis di atas, walaupun disebutkan secara khusus tentang bangsa Arab tetapi yang dimaksudkan adalah seluruh bangsa yang ada di dunia ini. Tujuan disebutkan bangsa Arab secara khusus adalah kerana Nabi kita saw. sendiri dari kalangan mereka, dan yang menerima Islam pada masa permulaan penyebarannya adalah kebanyakannya dari kalangan bangsa Arab dan sedikit sekali dari bangsa yang lain . Begitu pula halnya dalam masalah yang berkaitan dengan maju-mundurnya Umat Islam adalah banyak bergantung kepada maju-mundurnya bangsa Arab itu sendiri. Selain daripada itu, bahasa rasmi Islam adalah bahasa Arab.
Kemudian Ya'juj dan Ma'juj pula adalah dua bangsa (dari keturunan Nabi Adam as.) yang dahulunya banyak membuat kerosakan di permukaan bumi ini, lalu batas daerah dan kediaman mereka ditutup oleh Zul Qarnain dan pengikut-pengikutnya dengan campuran besi dan tembaga, maka dengan itu mereka tidak dapat keluar, sehinggalah hampir tibanya hari qiamat. Maka pada masa itu dinding yang kuat tadi akan hancur dan keluarlah kedua-dua bangsa ini dari kediaman mereka lalu kembali membuat kerosakan dipermukaan bumi ini. Apabila ini telah terjadi, ia menandakan bahawa hari qiamat sudah dekat sekali tibanya.

0 comments :

Post a Comment

Pilihlah isteri yang solehah



Perkara pertama yang harus diperhatikan bila memilih jodoh (yang berkaitan dengan persoalan wanita) demi untuk mencapai kehidupan yang tenteram supaya ikatan perkahwinan menjadi kekal serta tujuan-tujuan yang baik dari perkahwinan itu ialah memilih isteri solehah.
Hendaklah isteri itu seorang yang soleh dan berpegang teguh kepada agama. Inilah tujuan utama perkahwinan yang harus diambil berat. Sebab sekiranya isteri itu lemah agamanya, bagaimana dapat ia memelihara diri dan maruahnya.
Kalaulah berlaku sesuatu kecemaran yang menyentuh kehormatan dirinya, tentulah muka suami akan terconteng arang, sedang hatinya akan tergoda oleh perasaan cemburu, manakala kehidupannya ketika itu akan menjadi sempit.
Kemudian jika si suami mengikutkan kata hati yang penuh dengan cemburu itu, tentulah akan porak-peranda seluruh kehidupannya, dan jika dia mengambil sikap mempermudahkan tentang perkara yang berlaku, tentulah dia akan dituduh mengambil sikap tidak amik tahu saja tentang agama dan maruahnya, dan akan dituduh sebagai suami yang dayus.
Demikian pula sifat wanita yang rosak agamanya akan sering mempermain-mainkan harta benda suaminya atau sebagainya, sehingga hidup si suami dengannya akan sentiasa kurang tenteram.
Jika suami terus mendiamkan diri dan tidak melarang kelakuannya, nescaya ia menjadi kongsi dalam maksiat dengan isterinya dan bererti menentang firman Allah Ta’ala.
    “Peliharalah diri kamu dan keluargamu dari api neraka.” (at-Tahrim: 6)
Jika si suami menegah si isteri dan melarang kemahuannya akan timbul pula pertengkaran sehingga boleh memendekkan umur si suami.
Sebab itulah Rasulullah s.a.w sangat-sangat menggalakkan supaya memilih wanita yang kukuh agamanya.
Baginda bersabda:
“Wanita itu dikahwini kerana hartanya atau kecantikannya, keturunannya atau agamanya, maka hendaklah anda memilih yang mempunyai agama yang kukuh, nescaya anda akan bernasib baik.”

0 comments :

Post a Comment