Maksud disebalik "لاَ إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ" ..



"Tidak ada paksa dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh, yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."

"Tiada paksaan dalam Islam" bermaksud agama Islam tidak membenarkan orang-orang Islam memaksa mana-mana orang yang bukan Islam untuk memeluk Islam.....sebab itu lah pada masa dulu walaupun Islam berkembang ke sebahagian besar dunia, rakyat di negara yang ditakluki oleh orang Islam tidak pernah dipaksa untuk memeluk agama Islam sebaliknya mereka memeluk agama Islam secara sukarela setelah melihat kebaikan dan keagungan Islam itu sendiri. 

Bagaimanapun apabila seseorang telah memeluk agama Islam, maka mereka hendaklah mematuhi semua peraturan dan hukum-hakam agama Islam seperti wajib solat lima waktu sehari, tidak boleh berjudi, tidak boleh minum arak, tidak boleh berzina dan sebagainya. Jika mereka tidak solat dan dihukum, mereka tidak boleh berkata mereka tidak bersalah kerana "tiada paksaan dalam Islam". 

0 comments :

Post a Comment