Nikah semasa belajar.

http://done4job.com/index.php?ref=17186

*selepas akad - doa - sain borang - suami mai duduk di depan. umi yg berada di sebelah, undur ke tepi. paling tengok umi dah jauh. rasa nak p ke umi! org ramai kerumun dah

suami hulur tangan nak sarung cincin.. dlm hati

" ya ALLAH! betoi ka halal nak sentuh ni? tak dosa ka?"


*lepas nikah, byk diam. kekok. sebab tak pernah bercakap lisan. dulu nak urus nikah, umi jd orang tgh bila keluarga bertandang

*fasa seminggu pertama selepas nikah - masih tersasul 'aku' 'kau' dlm msg
rasa mcm isteri durhaka pula =.='

*ambil masa hampir seminggu utk ubah panggilan

*dah nikah, barulah buka segala cerita ~ bagaimana suami mula berkenan.. cerita itu ini.. segala cerita perasaan yg selama ini disimpan supaya dpt diceritakan dlm redha Allah lafaz cinta pertama selepas nikah lafaz syg rindu semua selepas halal ~ baru best

*perlahan2 belajar, apa yg suami suka, apa yg suami tidak suka - indah kerana proses pembelajaran itu dlm hubungan yg halal

*tapi kisah kami bukanlah seperti kisah indah keluarga carikan. kami belajar di pusat asasi yg sama. beliau yg perasan sy dulu, lalu tegur di fb. di fb rancak borak- kau aku- di luar bila terjumpa, masing2 buat tak kenal.

pelan pelan, kami azam x mahu dah chat. walaupun byk info islam sy dpt dr beliau. ilmu bhs arab. kaunseling dll.. walaupun chat itu sekadar kau aku, terbatas, tiada luahan2 perasaan rindu sayang bagai.

namun sedia maklum - Islam membenarkan lelaki & perempuan utk berhubung utk perkara2 tertentu sahaja.
adakah perbincangan tntg ilmu, ummah, politik, sejarah dll mengharuskan kita chatting dgn bukan mahram sesuka hati?

maka kami masing2 nak berubah jd lebih baik.
conversation kami - beliau byk nasihat. aurat.. bg kesan pd jiwa ini. pelan2 cuba tambah labuh tudung ... pelan2 cuba baiki ibadat

masuk main campus. azam kuat! baik- kita mujahadah. xmau dah na chat2. masing2 perbaiki diri.

tapi masih rasa mcm bersalah pula bila teringat kat beliau.
maka pm fbnya. tanya, kau ada niat nak jadikan aku isteri kau tak?
*ayat sebenar tak ingt* tapi lebih kurang la

alhamdulillah - beliau menyatakan mmg hasrat dari mula tegur dulu, nak jadikan isteri.
maka kami mula suarakan pada ibunda & ayahanda

REJECTED!

kecewa


beliau pm - tak pa kita cuba lagi.

saya dpt yellow light ibunda & ayahanda kata - ok boleh, tggu tahun 3 nnt. *masa tu kami baru tahun 1*

akhir sem satu, tahun satu - pulang dgn gumbira dah habis sem 1. selang beberapa hari, beliau pm habaq yg beliau xbelaja uia dah next sem. sambung belajaq di mekah.

nanges - sebab jeles. jeles sbb nnt beliau msti dpt ziarah nabi. nanges. malam itu nanges jeles
fikir juga - eh, plan tahun 3?
xpala, kita nikah lepas sy habis blajar u. redha

beliau bertandang ke rumah pd 3 syawal (2012)
sebelum bertolak ke mekah. sy hanya curi dngar dr dapur.

oh, itu 2nd time dengar suara beliau bercakap. tp still xdpt bezakan mana satu suara beliau, mana satu suara adik beliau.
1st time dengar masa dlm kelas tutor fiqh muamalah. ustaz tanya soalan kat beliau. ha jawablah.

masa beliau ziarah ibunda & ayahanda sy, malu sugguh nak keluar dan jumpa- ceruk saja di dapur. beliau dh keluar rumah, menuju ke kereta. baru saya jenguk di pintu.

dpt lihat belakang badannya saja. itu kali terakhir nampak, sebelum beliau btolak ke tanah suci.

selamat ya, baik2 di mekah. doakan aku dpt p jgk. aku nak ziarah nabi... ~ hanya mampu bisik dlm hati

2/10/2012 beliau terbang ke bumi kelahiran baginda, tgok gmba di fbnya. stalk.
maka makin dan makin dan amatlah jrg contact. masa itu- selalu ngadu, Ya ALLAH, aku rindu..sabar. cukup Allah tahu. xboleh bgtau kat beliau, yg sy tgh rindu. NO!

habis 1sem di mekah, beliau pm - ajak kawen. minta nyatakan hasrat pd ibunda & ayahanda

REJECTED!!

kata umi :kalau ada di sini, xpala. ni jauh. sorg sana sorg sini.

pihak suami pun, sama

kami cuba lg... lg dan lagi..

akhirnya PROPOSAL ACCEPTED


bulan 6 2013
beliau balik , bw keluarga dtg bertandang. mama & tokwan. Allah.. ketaq.. buat biasa dgn main dgn adik bongsunya umur 1 tahun


rancang-urus- Alhamdulillah- selamat diijabkabulkan pd 3 syawal (2013) - 10/8/2013
* antara msg terakhir beliau sebelum bergelar suami sy -
" aku dah bertolak "



kami buat walimatul uqud dulu - walimatul urus, plan tahun depan selepas beliau pulang dr mekah

awal bulan 9, beliau kembali ke mekah


seminggu mengalami trauma kehilangan.
tak apa. pelan2 alhamdulilah


jauh ~ tapi tenang rasa bercinta dlm redha.
lepas nikah, rasa mcm couple whatsup, skype

tapi semua dlm halal - alhamdulillah

+ rasa lebih berdikari. ada tangungjawab. kita cari nafkah sendiri.. haa dan sebagai isteri, kena bijak bantu suami kena bijak belanja la.

* ilmu agama sgt penting- ilmu fardhu ain, kami kena byk lagi mengaji. malu rasa, dlm kelas belajar hudud, belajar usul fiqh tapi perkara2 asas dlm agama pun ada yg lubang

sekadar itu saja
sama2 perbaiki diri. mungkin kita bukanlah baik sgt.. tapi kita boleh usaha memperbaiki diri


maka buat yg sedang couple, jika benar sygkan pasangan couple tu, sama2lah kita usaha ke jalan yg diredhai Allah. mujahadah. cuba halalkan hubungan. bykkan dekatkan diri kita dgn Allah.. jika niat baik, banyakkan berdoa. insyaAllah Allah tolong.

tentang IBU BAPA ~ sebenarnya, mereka lebih tahu apa yg terbaik utk kita. mereka lebih dahulu makan garam. dahulu, kami kata "tak apa, jauh pun kami tak kisah, asalkan halal"
tapi bila dah hidup berjauhan, barulah kami faham apa yg orang tua risaukan. sungguh! keputusan atau pendapat mereka hanyalah kerana mereka sayangkan kita

perlahan lahanlah memujuk hati orang tua. berhikmahlah dalam mencari persefahaman antara kita dan ibu bapa. boleh jadi mereka belum yakin dgn kita. ya lah ~ kalau duit asyik habis x pandai urus, kalau subuh gajah, kalau pakaian tak teratur ~ adakah ibu bapa yakin nak benarkan kita nikah muda?

jomlah ~ kita jadi anak soleh solehah dahulu sebelum menjadi suami/isteri soleh solehah

usaha yakinkan ibu bapa 

dan jauhilah couple mahupun bercinta sakan sebelum nikah. jika berkenan sekalipun utk dijadikan pasangan halal ~ letakkanlah limit mengikut panduan yg disyariatkan

percayalah ~ nikmati cinta dgn jln yg dimurkai Allah itu, sweetnya hanyalah buatan syaitan.
sedangkan indah bercinta dlm halal itu ~ tanda rahmah Allah


selamat ~

0 comments :

Post a Comment