Analisis Video Kononnya Pendustaan oleh Ustaz Don Daniyal



Analisis Video Kononnya Pendustaan oleh Ustaz Don Daniyal :

1. Kisah rambut asy syarif, Ustaz Don cerita tentang kisah Dato' Harun Din.

2. Kisah telaga pula, Ustaz Don ambil daripada cerita Dr Zulkifli Al Bakri. Ini ada dalam Kitab Ghiza' albab oleh As Safarini (si pembuat video ni kenal tak Imam As Safarini ?)

3. Kisah bani tamim, Ustaz Don ambil tafsiran badlishah - yang ini memang salah. Ustaz Don pun dah beritahu dalam video yang dikeluarkan dalam page : Ustaz Don Daniyal Don Biyajid : Solat & Selawat Tour - ia sekadar teori dan pendapat, boleh sahaja ditolak.

4. Kisah wudhuk - Ustaz Don petik dari Buku Dato' Ismail Kamus

5. Kisah niat - ini memang method Mazhab Asy Syafie.

6. Kisah doa ulama dalam berkumur, Ustaz Don tidak sebut hadith, maka tiada apa-apa halangan. Ia ada dalam kitab Imam al Ghazali dan lain-lain.

7. Kisah dhob / biawak - tiada kesepakatan ulamak ianya hadith palsu, Ikut kajian lebih terperinci ia hanya bertaraf dhoief. Maka ia boleh dipakai dalam bab fadha'il (juga tentang fadha'il Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam - jika siapa yang belajar ulum hadith akan tahu bahawa menggunakan hadith dhoief dibenarkan dengan syarat tertentu. Ramai alim ulamak gunakan hadith dhoief, Imam Bukhari pun ada koleksikan hadith dhoief dalam Al Adab al Mufrad) . Ia boleh diriwayatkan dengan menyebut ia hadith bersanad dhoief atau guna lafaz tamrih sahaja sebab ia berkaitan sirah dan dala'il nubuwwah, tak berkaitan aqidah dan hukum.

Sentimen kewahhabian agak jelas dalam video yang disebarkan itu.

PERHATIKAN, siapa yang juga kena serang dan dicop pendusta.

* Akhlak Ustaz Don - selalu mohon maaf tiap kali rancangan. Mereka yang bersalah dengan Ustaz Don agaknya bila akan mohon maaf ?
Alhamdulillah, Artis yg sedia Maklum telah pun memohon maaf, dan ada 2,3 kerat lagi masih seperti biasa..
Barakallahu Fiika, Allahuma Amin....

0 comments :

Post a Comment