Cara/Panduan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri
Hari Raya Aidilfitri makin hampir, berpusu pusu orang pulang ke kampung dan jalan dah mulai sesak petang tadi. Mood menyambut hari raya dah semakin dirasai. Setelah sebulan berpuasa bila tiba bulan Syawal maka berakhirlah Ramadhan. Di pagi raya umat Islam dituntut menunaikan solat sunat hari raya 2 rakaat. Lebih afdal dilaksanakan secara berjemaah.
Makna Aidil Fitri.
Solat sunat hari raya yang sangat dituntut:
Di zaman Rasulullah s.a.w , baginda dan para sahabat akan melakukan solat sunat hari raya, dan ia umpama satu perhimpunan besar. Semua orang mengumpulkan ahli keluarga pergi ke masjid bersolat sunat hari raya. Wanita yang datang haid pun diminta ke tempat perhimpunan besar tu. Kalau saiz masjid kecil maka akan dibuat kawasan lapang bagi keselesaan jemaah.
Hadis Rasulullah SAW:
Imam al-Bukhari dan Muslim juga meriwayatkan bahawa Ummu ‘Atiyyah al-Ansariyyah menceritakan:
Amat lah rugi jika kita tidak lakukan sunat yang banyak kelebihannya ni.
Cara dan panduan nak solat sunat hari raya,
lafaz dan niat:
Maksud: Sahaja aku sembahyang sunat hari raya aidilfitri 2 rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala.
Cara solat:
1. Niat ketika takbiratulihram.
2. Baca doa iftitah
3. Takbir sebanyak 7 kali dan membaca tasbih di antara satu takbir dengan takbir yang lain.
TAkbir dan Tasbih
4. Baca Al Fatihah dan surah
5. Rukuk, iktidal , sujud yang petama , duduk antara 2 sujud, sujud yang kedua dan bangkit dari sujud.
6. Berdiri betul untuk rakaat kedua.
7.Bertakbir sebanyak 5 kali dan baca tasbih berselang seli dengan takbir.
8. Baca AlFatihah dan surah.
8. Rukuk, iktidal, sujud , duduk antara dua sujud , sujud kedua dan baca tahyat dan bagi salam.
0 comments :
Post a Comment