Doa dan amalan dipercepatkan jodoh. In Sha Allah..


Berikut adalah kompilasi beberapa amalan dan doa yang yang boleh anda amalkan bagi dipermudahkan untuk bertemu jodoh. Namun setiap ketentuan itu datangnya daripada Allah s.w.t., dan kita sebagai hamba-Nya hanya mampu berdoa, berusaha, berikhtiar dan bertawakkal kepada-Nya… Mudah-mudahan dengan setiap amalan dan doa yang dilakukan ini akan memudahkan anda untuk mendapat jodoh yang beriman dan terbaik untuk diri anda. Yang pentingnya, jangan sekali-kali putus asa untuk berdoa…Wallahualam…
1.  Amalkan membaca doa Nabi Zakaria a.s. (surah Al-Anbiya, ayat 89)
Yang bermaksud:
“Dan (ingatlah kisah) Zakariya, tatkala ia menyeru Tuhannya ‘ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri, dan Engkau adalah Waris Yang Paling Baik’.”(QS. Abiya/ 21: 89)
Selain itu, adalah lebih baik juga jika anda lanjutkan doa tersebut dengan doa berikut ini:
“Ya Allah… Cukuplah Engkau saja yang menjadi pemeliharaku di dunia dan akhirat kelak. Dengarkanlah rintihan hamba-Mu yang dhaif ini. Jangan Engkau biarkan aku sendirian di dunia ini maupun di akhirat kelak. Sebab itu menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran. Maka, kuruniakanlah aku seorang pasangan yang beriman, supaya aku dan dia dapat membina kesejahteraan hidup ke jalan yang Engkau redhai. Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh, Amin… Amin… Ya Rabbal Alamin.”
Memanjatkan doa..
2.  Amalkan ayat 131 dan 132 daripada Surah Toha selepas solat setiap solat fardu, bermula dari :
“Walaa tamuddanna’ainaika illa ma mata’na bihi azwajanminhum zahratul hayattu linaftinahum fiih, warizqo robbikaa hairu wa abqa, wa’ mur ahlakaa bisSolaati,wastabir ‘alaiha, laa nas aluka rizqo, nahnu narzukuqa, wal’aqibati lit taqwa…….”
Ertinya:
“Jangan lah pandangan mata kamu terpesona melihat perhiasan kehidupan (yang Kami beri kepada orang2 kafir) yang menjadi ujian padanya. Dan rezeki kurniaan daripada tuhanmu (Allah) itulah lebih baik dan kekal(balasan Syurga). Dan suruhlah /arahkan ahlimu (keluarga dan anak2 serta org terdekat) mengerjakan solat, dan bersabarlah kamu atas perkara itu. Tidak lah Kami minta rezeki dari mu, tetapi Kamilah (Allah) yang mengurniakan rezeqi kepadamu dan ‘akibat kesudahan baik itu adalah bagi mereka yang bertaqwa”
3. Perbanyakkan amalan membaca selawat Nabi Muhammad s.a.w seperti di bawah ini. Hendaklah dibaca paling minimum 1000 kali dalam sehari semalam. InsyaAllah doa anda akan termakbul oleh Allah SWT.
“Allahumma shalli wasallim ëalaa sayyidinaa Muhammad. Waíalaa aali sayyidinaa Muhammad.”
Ertinya:
Ya Allah, semoga kesejahteraan dan keselamatan tercurah kepada junjungan Nabi Muhammad saw., dan segenap keluarga beliau.
4. Doa bagi mendapat bakal isteri yang baik – amalkan membaca surah al-Furqan, ayat 74
Yang bermaksud:
“Ya Tuhan kami, anugerahlah kami, isteri kami dan keturunan kami, sebagai penyayang hati kami, dan jadikan kami imam bagi orang-orang yang bertakwa (Muttaqin)”
5. Baca Surah Yusuf, ayat 4 pada semangkuk atau segelas air, kemudian sapu air itu pada muka. InsyaAllah doa akan dimakbulkan.
6. Cubalah membaca Surah Yusuf pada sebekas air yang bersih sebanyak 3 kali pada malam Jumaat. Gunakan air itu untuk mandi pada tiga pagi berturut-turut dan diminum 7 kali setiap hari selama tiga hari berturut-turut. InsyaAllah doa akan dimakbulkan.
7. Amalkan membaca surah Yassin pada setiap malam. Sebelum membaca, niatkan di dalam hati supaya Allah SWT menyegerakan jodoh, memberikan jodoh yang terbaik dan beriman untuk anda.
8. Surah al-Fatihah juga mengandungi banyak faedah dan keberkatan jika sentiasa diamalkan. Salah satu kebaikan yang datang daripadanya ialah dikurniakan jodoh. Amalkan membaca surah ini sebanyak yang mungkin sambil berniat diberikan jodoh yang baik dan beriman kepada Allah SWT.
Surah al-fatihah
Sekian, terima kasih.
p/s: Kompilasi doa serta amalan di atas telah dirujuk daripada pelbagai laman web dan blog di Internet. Penulis memohon maaf jika ada yang tersilap dan penulis juga berharap agar para pembaca juga dapat ‘contribute’ mana-mana doa/amalan mencari jodoh buat tatapan semua. Terima kasih.

4 comments :

Post a Comment

#3 WORDLESS WEDNESDAY

2 comments :

Post a Comment

#2 WORDLESS WEDNESDAY


*lepak-lepak kejap*
xoxo

0 comments :

Post a Comment

Entri pasal mineral water dkt Malaysia



Aku pun trkejut bila dapat tahu hal ni. Baru je lecture aku kasi tahu tadi dalam klass building services. Blajar pasal air. Bila sampai je bab water polution,lecture aku kasi tahu asal usul mineral water. Macam mana mineral water dkt malaysia ni deowg proses.

Ada dua tempat proses mineral water dkt malaysia yang menjijikan. Aku dengar pun naik geli badan ni. Tapi tak pe, aku terus mendengar.

Lecture aku kata dkt situ dah buat kajian,memang sah keadaan dkt situ mcm itu juga..Satu tempat dkt PD(port dickson), tempat deowg sedut air mineral tu betul-betul dkt dgn kandang babi. entah macam mana ar tmpat tu yer???...Gile kot,sbb betul-betul dgn kandang babi. Saluran-saluran air yang lalu dkt situ then masuk dalam botol..perrghhh....

Tempat yg kedua dkt Perak,tapi aku tak pasti lar tempat yang lebih mndalam dkt mna..tp yang pasti dkt perak lar..Tempat ni pula dkt bawah jirat cina.Saluran air tu pula terkena lar sisa-sisa mayat kt situ...ermmm..entah ar pa nak jadi nanti...

Air mineral yang datang dari tempat-tempat yang aku bagi tahu ni memang banyak di pasaran..So,bila nak beli mineral water tu tengok dulu sumber air tu dkt mane...

Sekian.

0 comments :

Post a Comment

#1 WORDLESS WEDNESDAY


..xoxo..

1 comments :

Post a Comment

Fakta benar tentang bola sepak


1. Pemain paling banyak meludah di padang = Florent Malouda - France
2. Pemain paling suka makan lepat = Frank Lampard - England
3. Pemain yang menguruskan 3 pos ofis = Helder Postiga - Portugal
4. Pengurus pasukan yang suka berlari = Luis Philipe Scolari - Portugal
5. Pemain yang main bolasepak dan ping-pong = Razak Pimpong - Ghana
6. Pemain bolasepak juga kawan baik Batman = Robin ho - Brazil
7. Pemain bolasepak yang juga macam Batman = Mathias Kezman - Serbia Montenegro
8. Pemain yang tak pernah miss bayar bil = Adabayour - Togo
9. Pemain yang main bolasepak dan biola = Saviola - Argentina
10 . Pemain bolasepak yang paling manis = Maniche - Portugal
11 . Pemain yang selalu terluka di padang = Luca Toni - Italy

0 comments :

Post a Comment

Maksud huruf pertama dalam nama!!!


Pemilihan huruf pertama pada nama juga adalah penting. Berikut sebagai sedikit panduan.

A   Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.

B   Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya. Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.

C   Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.

D   Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.

E   Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.

F   Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka juga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.

G   Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.

H   Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.

I   Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.

J   Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.

K   Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.

L   Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya, tidak menepati masa.

M   Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya, boros dan keras kepala.

N   Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.

O   Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.

P   Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kretif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain. Agak pendendam dan boros.

Q   Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.

R   Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik.. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.

S   Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.

T   Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.

U   Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.

V   Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri. Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.

W   Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.

X   Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.

Y   Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.

Z   Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.
 Lihatlah Sendri..

0 comments :

Post a Comment

Merana kerana pen!!!

Kerana satu barang binasa seumur hidup..XD..Jom lah kita sama-sama renung-renung kan...






hilang pen - tak boleh bwat keje skolah
tak buat keje skolah - tak pandai
tak pandai - fail SPM
fail SPM - tak dapat masuk U
tak dpt Masuk U - takde ijazah
takde ijazah - tak boleh dpt keje
tak dapat keje - takde duit
takde duit - kusut masai
kusut masai - tak hensem
tak hensem - takde awek
tak ade awek - tak boleh kawin
takleh kawin - takde anak
takde anak - lonely
lonely - tertekan
tertekan - bunuh diri
#Do not lost ur pen xD



::jgn buat taw XOXO::

0 comments :

Post a Comment

Teka-teki yang paling mencabar di dunia. Ap macam der??

Baru jumpa teka-teki ni, tengok macam best je. Memang lar!!! jawapan dye pn best juga weyh..Jom lar sekali skala kita try jwb. 

(1) Kalau 1+1=2, jawapan lain dia apa?
Jawapan lain dia salah la.

(2) Lima pasang stoking direndam dalam Laut Merah. Setiap pasang stoking itu berwarna putih, hijau, biru, kuning dan hitam. Apa akan terjadi kepada semua stoking tersebut?
Stoking tu basah la.

(3) Kenapa di tepi rel keretapi diletakkan batu kerikil?
Kerana kalau diletakkan pisang goreng pasti jadi rebutan.

(4) 10 ekor burung sedang terbang, tiba-tiba guruh berdentum dengan kuat. 6 ekor burung terus terbang tanpa masalah tetapi 4 ekor burung telah jatuh ke bumi. Persoalannya kenapa 4 ekor burung itu jatuh ke bumi?
Kerana 4 ekor burung itu menutup telinga dengan kepaknya dan menyebabkan burung burung tidak dapat terbang seperti biasa.

(5) Dalam banyak banyak negara, negara apakah tidak boleh duduk?
Negaraku.

(6) Kalau seorang, sendiri tahu. Kalau berdua, dua-dua sama tahu. Kalau bertiga pulak, tiada siapa yang tahu kecuali orang yang buat. Kalau berempat, lagi lah tak tahu. Apakah dia?

Jawapan yang mengelikan perut aku lah!!!hahaha

0 comments :

Post a Comment

Siapa Suami Kamu Di Syurga Nanti?



Bismillahirrahmanirrahim.....
Persoalan mengenai kehidupan berpasangan, suami isteri atau ikatan perkahwinan di syurga kelak pasti bermain di fikiran semua wanita beriman bukan? Pasti mereka ingin mengetahui siapakah suami mereka di sana. Ia akan dijawab mengikut dalil sahih dari Rasulullah s.a.w, namun segala perinciannya adalah hak milik Allah s.w.t….



Kes 1: Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.
Wanita dalam golongan ini akan dikahwinkan dengan seorang lelaki di kalangan Ahli Syurga. Rasulullah s.a.w bersabda: “Tiada si bujang di dalam syurga” (H.R. Muslim). Ini kerana ada juga kaum lelaki yang belum berkahwin sebelum meninggal dunia.
Kes 2: Wanita yang meninggal dunia setelah bercerai dan tidak berkahwin dengan lelaki lain selepas itu.
Wanita dalam golongan ini juga akan dikahwinkan oleh Allah s.w.t dengan lelaki daripada Ahli Syurga.
Kes 3: Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak memasuki syurga.
Seperti kes 2, wanita dalam golongan ini juga akan mengahwini lelaki daripada Ahli Syurga.
Kes 4: Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
Wanita dalam golongan ini akan bersama suami mereka masing-masing asalkan suaminya memasuki syurga.
Kes 5: Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin selepas itu.
Seperti kes 4, Wanita dalam golongan ini akan bersama suami mereka masing-masing asalkan suaminya yang meninggal tersebut memasuki syurga.
Kes 6: Wanita yang kematian suami tetapi berkahwin dengan lelaki lain.
Apabila seorang wanita ketika di dunia memiliki dua atau lebih suami, maka kelak di syurga dia dipersilakan untuk memilih siapa di antara suami-suaminya yang dia inginkan untuk menjadi pendampingnya di syurga, asalkan suaminya itu tergolong dari Ahli Syurga. Satu lagi pendapat mengatakan bahawa dia akan bersama suaminya yang terakhir. Ini disebut oleh hadith Rasulullah: “Wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir” (H.R. Al-Albani)

0 comments :

Post a Comment

Entri pasal nak prgi Genting Highlands

Nak pulang ke halaman rumah slepas hari raya cadang hari khamis mlm.Tp tak jadi pula,tunda time pgi besok. tak pa ar, dah alang-alang nak balik pagi elok sangat lar tuh,boleh singgah Melaka ka KL ka mna-mna ka....


tp lastly ke Genting Highlands jugak....Sbb tuh lar post mcm ni kt FB aku..time ni aku dekat R&R Ayer Keroh..sempat lagi on9 sebab customer order barang...huhuhu..


Time tuh dlm 3.55 ar...sempat ar mkn-mkn jap dkt R&R tuh..after that terus bertolak ke Genting..Dalam perjalanan tuh macam-macam lar aku nampak, ada ya accidnt ar,kreta rosak,tayar pancit n macam-macam lar yang ad kt Highway PLUS niH...



Dalam 5 lebih macam tu pergi isi minyak dulu sebelum nak bergelut dengan lereng bukit nih...nasib baik pakai kereta pick-up...OK lah skit nak naik bukit..dari bawah tu nak naik sampai puncak dalam 108KM ar..Jauh lar jgak kan?urmmm....tp xpa,sbab nak naik punya pasal,sanggop lagi. Lagi pun skali skala ja nak pergi. Last aku naik genting time 3 Tahun....huhuhu..


Aku sampai atas pucak dalam 7 lebih lar...Time-time sampai tuh,perghhhh...sejuk benor macam dalam peti ais ar...Dah lar kabus banyak..menyelubungi kawasan sekitar..haha..Nak cari parking pun payah jugak,banyak yang full. Maklumlah musim cuti sekolah...Dalam kesujukan yang dialami..aku masih lagi steady untuk menahan tahap celcius atas tu...hhehhe....tapi just a moment lar,kalau lama keras pula nanti...hehe..





nanti aku sambung lagi,tak larat nak tulis..hehhe




0 comments :

Post a Comment

Raya tahun 2011



Sebut ja pasal raya mesti ada kaitan dengan orang melayu kita. Setiap tahun mesti kemeriahan itu dapat dirasai dari awal kita berpuasa. Ada puasa ada lah raya. Tapi entah lar pula pada org yang tak berpuasa pula..hehehe...


Pada awalnya niat aku nak raya dengan membr2 aku dekat kedah, tapi dah family ajak raya dekat johor. So,kena foward skali lar kn. Kalau raya dekat kedah memang aku tak lekat rumah kot..hehehe...tapi, macam mana pun raya aku tahun ini agak meriah berbanding 5 tahun seblumnya.



Awal-awal pagi aq dah bangun solat sbuh then siap-siap sebab semangat nak sembhyang raya tahun ini dengan penampilan terbaru...hahha...time aku childhood dlu ja aku penah pakai sampin. Ni dah besar panjang nak try juga skali. rasa mcm pengantin lar pula gaya nya..:)




Selalunya, tiap-tiap tahun rumah atuk aku nih akan penuh dikunjungi dek group marhaban. So,kena lar prepare ole-ole juga nak bagi orang makan. ada lar sdikit sbnyk tapi tak lar banyak sangat. :XD....



Time-time petang pula just tengok tv je lah sebab banyak movie best-best kt Astro sampai tak larat nak sua kepala. Banyak rancangan menarik menjelang Merdeka dan Raya di saluran Astro ni. Antara yang menarik ialah drama Drogba dan Rooney lakonan Johan dan Zizan. Nama drama macam pemain bola sepak terkenal. Ye memang pun..hehe Johan dan Zizan berlakon jadi peminat fanatik pemain bola sepak terkenal tu..


0 comments :

Post a Comment

Cara/Panduan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri


Hari Raya Aidilfitri makin hampir, berpusu pusu orang pulang ke kampung dan jalan dah mulai sesak petang tadi. Mood menyambut hari raya dah semakin dirasai. Setelah sebulan berpuasa bila tiba bulan Syawal maka berakhirlah Ramadhan. Di pagi raya umat Islam dituntut menunaikan solat sunat hari raya 2 rakaat. Lebih afdal dilaksanakan secara berjemaah.
Makna Aidil Fitri.
Dalam bahasa Arab Aid bermakna perayaan atau hari ulang tahun , manakala Fitri bermakna berbuka (makan dan minum). Maknanya pada 1 Syawal haram bagi umat Islam berpuasa. Hari Raya Aidilfitri jugak adalah hari kemenangan buat umat Islam bagi yang telah berjaya melawan nafsu sepanjang bulan puasa. Membersihkan diri daripada dosa dosa dan melakukan amalan yang baik di bulan puasa, mereka itu umpama bayi yang baru lahir.
Solat sunat hari raya yang sangat dituntut:
Di zaman Rasulullah s.a.w , baginda dan para sahabat akan melakukan solat sunat hari raya, dan ia umpama satu  perhimpunan besar.  Semua orang mengumpulkan ahli keluarga pergi ke masjid bersolat sunat hari raya. Wanita yang datang haid pun diminta ke tempat perhimpunan besar tu. Kalau saiz masjid kecil maka akan dibuat kawasan lapang bagi keselesaan jemaah.
Hadis Rasulullah SAW:
“Rasulullah SAW keluar pada hari raya puasa dan hari raya korban menuju ke tempat solat. Perkara pertama yang dilakukan adalah solat. Kemudian Baginda berpaling mengadap orang ramai yang berada dalam saf-saf mereka. Lalu Baginda memberi nasihat dan mengeluarkan perintah kepada mereka. Sekiranya Baginda ingin memilih satu kumpulan daripada mereka untuk dicetuskan bagi tujuan berhihad, maka Baginda akan lakukannya. Dan jika Baginda ingin memerintah bagi melakukan sesuatu, maka Baginda akan perintah. Kemudian Baginda akan beredar.”
Imam al-Bukhari dan Muslim juga meriwayatkan bahawa Ummu ‘Atiyyah al-Ansariyyah menceritakan:
“Kami diperintahkan supaya keluar pada hari raya, sehingga kami (disuruh) membawa bersama anak-anak dara dan perempuan-perempuan haid lalu mengambil tempat di belakang orang ramai (bukan tempat solat). Mereka bertakbir dan berdoa bersama-sama orang ramai dalam keadaan mengharapkan keberkatan hari tersebut dan kesuciannya (hari dosa-dosa diampunkan).”
Perbanyakkanlah takbir dimana-mana sahaja. Janganlah hanya bertakbir di masjid pada pagi Eid al-Fitri sahaja, kerana waktu takbir adalah apabila terbenam matahari akhir Ramadhan sehinggalah solat Aidil-Fitri dimulakan.  Firman Allah Taala di akhir ayat 185, Surah al-Baqarah (pensyariatan puasa Ramadhan)
Amat lah rugi jika kita tidak lakukan sunat yang banyak kelebihannya ni.
Cara dan panduan nak solat sunat hari raya,
lafaz dan niat:
Maksud: Sahaja aku sembahyang sunat hari raya aidilfitri 2 rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala.
Cara solat:
1. Niat ketika takbiratulihram.
2. Baca doa iftitah
3. Takbir sebanyak 7 kali dan membaca tasbih di antara satu takbir dengan takbir yang lain.
TAkbir dan Tasbih
4. Baca Al Fatihah dan surah
5. Rukuk, iktidal , sujud yang petama , duduk antara 2 sujud, sujud yang kedua dan bangkit dari sujud.
6. Berdiri betul untuk rakaat kedua.
7.Bertakbir sebanyak 5 kali  dan baca tasbih berselang seli dengan takbir.
8. Baca AlFatihah  dan surah.
8. Rukuk, iktidal, sujud , duduk antara dua sujud , sujud kedua dan baca tahyat dan bagi salam.

0 comments :

Post a Comment