Kitab TAQRIRAT SADIDAH : Wuduk


SEMUA TENTANG WUDUK DI DALAM KITAB TAQRIRAT SADIDAH BERSERTA MUKA SURAT
<< KELEBIHAN MENYEMPURNAKAN WUDHU' >>

Bersabda RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam:
(( Tidak ada seorang hamba yang menyempurnakan wudhu'nya kecuali diampunkan dosanya yang terdahulu dan terkemudian ))

Hadith dikeluarkan dalam Musnad Imam Al-Bazzar.
Berkata Imam Al-Haithami dalam Majma' Zawaid: Para perawi hadith thiqah dan darjat hadith adalah hasan in sha Allah.
Berkata Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-'Asqalany: asal hadith dari Kitab Bukhari dan Muslim tetapi tiada padanya (( dan tekemudian )). 


 << PENGERTIAN/DEFINISI WUDHU’ >>

Dari segi bahasa arab/etimologi : Wudhu’ adalah nama bagi perbuatan membasuh sebahagian dari anggota badan, perkataan ini diambil dari (wa-dho-ah) yang bermaksud kebaikan dan kecantikan.

Dari segi syara’/agama/terminologi : Wudhu’ adalah nama bagi PERBUATAN MEMBASUH ANGGOTA BADAN TERTENTU, DENGAN NIAT TERTENTU, MENGIKUT CARA TERTENTU.

S :Apakah perbezaan antara (wadhu’) dan (wudhu’) ?
J : (wadhu’-huruf wau berbaris atas) adalah nama air yang digunakan untuk berwudhu’,
manakala (wudhu’-huruf wau berbaris depan) adalah nama bagi perbuatan berwudhu’.


Nota tambahan:
1- Difardhukan wudhu’ beserta solat di malam Isra’ 1 tahun atau 6 bulan sebelum Hijrah. Sebelum difardhukan, solat tidak didirikan kecuali dengan wudhu’ kerana ia disunatkan atau dengan tujuan kebersihan semata-mata.
2- Wudhu’ telah pun diamalkan umat-umat terdahulu. Umat Nabi Muhammad sallaLlahu ‘alaihi wasallam dilebihkan berbanding mereka dengan cara wudhu’ yang berbeza atau dengan fadhilat melebihkan basuhan wudhu’ di muka, tangan dan kaki.
3- Dari takrifan yang dinyatakan diatas, jelas bagi kita wudhu’ dari segi bahasa lebih umum maknanya berbanding takrifannya dari segi syara’/istilah. Membasuh tangan sahaja sebelum makan juga dinamakan berwudhu’ disisi bahasa tetapi disisi agama wudhu’ hendaklah seperti yang dinyatakan dalam takrif di atas.

<< Kelebihan berwudhu’ >>

Bersabda RasuluLlah sallaLlahu alaihi wasallam :
(( Tidak ada seorang hamba yang menyempurnakan wudhu'nya kecuali diampunkan dosanya yang terdahulu dan terkemudian ))
-Musnad Imam Bazzar-

(( Solat adalah sebaik-baik ibadah. Dan tiada orang yang dapat menjaga wudhu’ kecuali orang yang beriman ))
-Musnad Imam Ahmad-

(( Sesiapa yang berwudhu’ kemudian dia sempurnakan wudhu’nya, keluarlah dosa-dosa kesalahan dari jasadnya hinggalah ia juga keluar dari kuku-kukunya ))
-Sahih Imam Muslim-

S : Apakah yang mewajibkan wudhu’, hadas atau bangkit untuk solat?
J : Pandangan muktamad, yang mewajibkan wudhu’ adalah hadas dan mengangkat hadas adalah syarat bagi sahnya solat. Manakala bangkit untuk solat hanyalah syarat untuk segera berwudhu’.

[ KITAB TAQRIRAT SADIDAH m/s 81 ]

Bacalah hadith-hadith di atas dengan penuh keimanan, pasti kita akan terkesan..

 << PERKARA2 FARDHU/WAJIB DALAM BERWUDHU’ >>

Fardhu wudhu’ ada enam perkara kesemuanya.
Iaitu (mengikut turutan) :
1- Niat
2- Membasuh muka
3- Membasuh kedua-dua tangan hingga ke siku
4- Menyapu sedikit dari kepala
5- Membasuh kaki hingga ke buku lali
6- Tertib iaitu mengikut turutan yang disebutkan
Empat perkara ( nombor 2 hingga 5 ) ditetapkan melalui Al-Quranul Karim. Manakala 2 perkara (nombor 1 dan 6 ) ditetapkan melalui Sunnah RasuluLlah sallaLlahu ‘alaihi wasallam.

[ KITAB TAQRIRAT SADIDAH m/s 82 ]

Maklumat tambahan :
1) Didalam Mazhab Hanafi, fardhu wudhu’ hanya 4 perkara sahaja tanpa mengira niat dan tertib. Pendapat mereka wajar sahaja digunakan bagi mereka yang baru mempelajari wudhu’ seperti kanak-kanak dan saudara-saudara baru (muallaf) bagi memudahkan mereka mempelajari agama dengan beransur-ansur.

2) 6 perkara di atas adalah perkara-perkara yang diwajibkan sahaja. Untuk mendapatkan wudhu’ yang sempurna, hendaklah didatangkan pula sunnah-sunnah dalam berwudhu’ yang akan dikongsikan dalam post-post akan datang insyaAllah.

<< FARDHU PERTAMA - NIAT >>

-> Antara niat wudhu adalah :
1) mengangkat hadas
2) berwudhu’
3) bersuci untuk solat
Contoh : Sahaja aku ‘mengangkat hadas’.

-> Waktu berniat adalah : ketika membasuh bahagian muka yang pertama disentuh, kerana niat diambil kira dari awal perbuatan fardhu iaitu membasuh muka.

-> 7 perbahasan tentang niat :
1) Erti niat :
Qasad/tujuan/keinginan mengerjakan sesuatu serentak dengan perbuatan
- jika qasad tidak serentak dengan perbuatan maka ia disebut sebagai 'azam'.
2) Hukum niat :
Kebiasaannya wajib
- contoh ibadah yang sunat niatnya adalah niat pengurus jenazah untuk memandikan mayat
3) Waktu niat :
Kebiasaanya di awal ibadat
- contoh ibadat yang niatnya tidak serentak di awal ibadat adalah puasa, zakat dan sembelihan korban.
4) Cara berniat :
Berbeza mengikut jenis ibadat
5) 6 syarat-syarat sah niat :
1- Islam
2- beraqal
3- mengetahui cara ibadat yang ingin dilakukan
4- tidak melakukan sesuatu yang menafikan niat
Contohnya seperti orang yang berniat kemudian murtad ketika berwudhu’, maka tidak sah niatnya kerana syarat pertama hilang
5- tidak mengikat niat dengan sesuatu
6- meyakini adanya perkara yang mewajibkan wudhu’ iaitu adanya hadas
7) Tujuan berniat adalah :
1- membezakan antara ibadat atau adat
2- membezakan martabat ibadat seperti wajib atau sunat

[ KITAB TAQRIRAT SADIDAH m/s 82-83 ]

<< FARDHU KEDUA – BASUH MUKA >>

-> Batasan muka :
- memanjang (dari atas ke bawah) : dari anak rambut hingga akhir rahang.
- melebar : dari anak telinga hingga ke anak telinga yang satu lagi.

-> Hukum membasuh bulu-bulu di muka :
- wajib dibasuh kesemuanya ( luar dan dalam ) hingga ke kulit.
- dikecualikan janggut dan jambang sekiranya tebal, maka yang wajib dibasuh hanyalah di bahagian atas/zahir sahaja, dan disunatkan untuk menyelat dari dalam/batin ( iaitu dari lapisan berdekatan dada/tekak) dengan menggunakan jari-jari tangan kanan.
- janggut dan jambang ( bulu yang berada di rahang mulut ) yang tebal adalah : sekiranya tidak dapat dilihat kulit ( yang berada di dasar janggut dan jambang ) dari jarak perbualan berlaku ( iaitu sekitar 1 meter setengah ).
- bahagian atas/zahir janggut dan jambang adalah : lapisan yang berada di lapisan/selari dengan muka. Manakala bahagian dalam/batin adalah lapisan dibawahnya hingga ke kulit.

[ KITAB TAQRIRAT SADIDAH  m/s 83-84 ]

-> Nota Tambahan :
- Perlu diingat, wajib menggosok bahagian yang berlipat atau sukar untuk air sampai kecuali dengan cara menggosok bahagian tersebut.
- Sempadan antara muka dan kepala yang disebut sebagai ‘gurrah’ wajib dibasuh, dan yang disunatkan adalah melebihkan basuhan bahagian sempadan ini. Perkara ini akan disebut di dalam sunat-sunat wudhu’.
- Bahagian yang tidak terzahir seperti lubang hidung, bahagian bibir yang bersentuhan hingga ke dalam mulut, bebola mata, tidak wajib dibasuh.
- Hendaklah dipastikan tiada perkara yang menghalang air sampai ke kulit seperti tahi mata atau mengubah air seperti debu solekan (wanita) dan lain-lain.
- Bulu-bulu yang berada di muka berjumlah 20 jenis kesemuanya. Rujuk gambar yang akan kami postkan nanti.
- Perkara-perkara sunat ketika membasuh muka akan disebut dalam post berkaitan sunat-sunat wudhu’ akan datang insyaAllah.


<< 20 JENIS BULU MUKA >> 

1) Bulu halus di atas dahi
2-3) 2 belah bulu kening
4-7) 4 belah bulu mata
8-9) 2 belah bulu pipi
10-11) 2 belah bulu dirahang mulut (jambang)
12) janggut
13-14) 2 belah bulu bersebelahan telinga (sighburn)
15) misai
16-17) 2 belah ekor misai (tepi mulut)
18-19) 2 belah bulu pengapit (yg mengapit bulu tengah bawah bibir)
20) bulu tengah bawah bibir

Semua jenis bulu wajib dibasuh keseluruhannya,
kecuali janggut dan jambang yang tebal maka yang wajib adalah membasuh lapisan zahir/atas sahaja dan disunatkan menyelat lapisan batin/dalam.

[ KTS m/s 84 ]

* Tiada pengecualian bagi wanita. Jadi, jika ada wanita yang mempunyai janggut atau jambang, maka wajib dibasuh keseluruhannya walaupun ia tebal.




<< FARDHU KEDUA – BASUH MUKA >>

-> Batasan muka :
- memanjang (dari atas ke bawah) : dari anak rambut hingga akhir rahang.
- melebar : dari anak telinga hingga ke anak telinga yang satu lagi.

-> Hukum membasuh bulu-bulu di muka :
- wajib dibasuh kesemuanya ( luar dan dalam ) hingga ke kulit.
- dikecualikan janggut dan jambang sekiranya tebal, maka yang wajib dibasuh hanyalah di bahagian atas/zahir sahaja, dan disunatkan untuk menyelat dari dalam/batin ( iaitu dari lapisan berdekatan dada/tekak) dengan menggunakan jari-jari tangan kanan.
- janggut dan jambang ( bulu yang berada di rahang mulut ) yang tebal adalah : sekiranya tidak dapat dilihat kulit ( yang berada di dasar janggut dan jambang ) dari jarak perbualan berlaku ( iaitu sekitar 1 meter setengah ).
- bahagian atas/zahir janggut dan jambang adalah : lapisan yang berada di lapisan/selari dengan muka. Manakala bahagian dalam/batin adalah lapisan dibawahnya hingga ke kulit.

[ KITAB TAQRIRAT SADIDAH m/s 83-84 ]

-> Nota Tambahan :
- Perlu diingat, wajib menggosok bahagian yang berlipat atau sukar untuk air sampai kecuali dengan cara menggosok bahagian tersebut.
- Sempadan antara muka dan kepala yang disebut sebagai ‘gurrah’ wajib dibasuh, dan yang disunatkan adalah melebihkan basuhan bahagian sempadan ini. Perkara ini akan disebut di dalam sunat-sunat wudhu’.
- Bahagian yang tidak terzahir seperti lubang hidung, bahagian bibir yang bersentuhan hingga ke dalam mulut, bebola mata, tidak wajib dibasuh.
- Hendaklah dipastikan tiada perkara yang menghalang air sampai ke kulit seperti tahi mata atau mengubah air seperti debu solekan (wanita) dan lain-lain.
- Bulu-bulu yang berada di muka berjumlah 20 jenis kesemuanya. Rujuk gambar yang akan kami postkan nanti.
- Perkara-perkara sunat ketika membasuh muka akan disebut dalam post berkaitan sunat-sunat wudhu’ akan datang insyaAllah.

<< FARDHU KE-3 hingga FARDHU KE-6 >> 

-> FARDHU KE-3 ( MEMBASUH KEDUA TANGAN BESERTA SIKU )
- Wajib dibasuh kedua kaki hingga melepasi siku dan mengenai walaupun sedikit dari otot tangan (bisep), supaya yakin basuhan tangan beserta siku sempurna berdasarkan qaedah “sesuatu yang tidak sempurna perkara wajib kecuali dengannya, maka ia juga menjadi wajib”.

-> FARDHU KE-4 ( MENYAPU DENGAN AIR SEBAHAGIAN DARI KULIT KEPALA ATAU RAMBUT DI KEPALA )
- Sudah mencukupi jika disapu walaupun sebahagian dari sehelai rambut
- Syarat rambut yang sah disapu adalah : rambut itu hendaklah tidak keluar dari kawasan kepala jika ia ditarik dari arah rambut itu turun ke bawah.

-> FARDHU KE-5 ( MEMBASUH KEDUA KAKI BESERTA KEDUA BUKU LALI )
- Wajib dibasuh dari awal kaki beserta tumit hingga mengenai walaupun sedikit dari bahagian betis, supaya yakin basuhan kaki beserta kedua buku lali sempurna sebagaimana qaedah di atas.

-> FARDHU KE-6 ( TERTIB / MENGIKUT TURUTAN )
- Wajib tertib kerana RasuluLlah sallaLlahu ‘alaihi wasallam berwudhu’ dengan mengikut turutan.
- Berkata Al-Imam As-Syafie rahimahuLlah : “ Sesungguhnya Allah menyebut perkara yang disapu (iaitu fardhu ke-4) diantara 2 perkara yang dibasuh (iaitu fardhu ke-3 dan ke-5). Ini adalah untuk menunjukkan adanya tertib”.

-> S : Tertib hukumnya wajib dalam setiap wudhu’ kecuali dalam satu keadaan. Apakah keadaan itu?
J : Apabila seseorang menyelam ke dalam air walaupun seketika, dan memasang niat wudhu’ ketika menyelam, maka jatuhlah kefardhuan tertib. Inilah pandangan yang muktamad disisi Al-Imam An-Nawawi rahimahuLlah kerana tertib terhasil didalam detik yang tidak dapat dikesan panca indera.
Manakala disisi Al-Imam Ar-Rafi’ie rahimahuLlah, wajib untuk ia tunggu sebentar sekadar tempoh yang membolehkannya mengandai berlakunya tertib dalam berwudhu’.

[ KITAB TAQRIRAT SADIDAH m/s 85 ]

* Perlu diingat, 'basuhan' bermaksud mengalirkan air. Jika tiada aliran air, maka masih belum dikira 'membasuh'.
- Dengan ini, tidak cukup menggunakan tisu basah untuk mengambil membasuh fardhu-fardhu yang wajib dibasuh.
- 'Menyapu' pula bermaksud menyampaikan walaupun sedikit percikan air atau basahan/lembapan dari air mutlak ke kulit kepala atau sebahagian dari rambut.
* Seluruh siku dan kedua buku lali hendaklah dibasuh sempurna. Membasuh sebahagian sahaja masih belum cukup.

*Kelalaian kita terhadap perkara-perkara yang wajib dilakukan dalam berwudhu’ akan menyebabkan wudhu’ tidak sah, sekaligus menyebabkan hukum-hakam ketika berhadas tidak terangkat.

<< SUNAT-SUNAT WUDHU’ >>

-> Bahagian pertama : SEBELUM MEMBASUH MUKA

1) Melafazkan niat sunat-sunat wudhu
- dengan menyebut ( نَوَيْتُ سُنَنَ الْوُضُوْء ) maksudnya, “Sahaja aku melakukan sunat-sunat wudhu”.

2) Membaca basmalah dan ta’awwudz
- paling kurang membaca ( بِسْمِ الله ) maksudnya, “Dengan nama Allah”
- lebih sempurna membaca
( أَعُوْذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْم ، بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم ، رَبِّ أَعُوْذ’ بِكَ مِنْ هَمَزَاتِ الشَّيَاطِيْن ، وَأَعُوْذ’ بِكَ رَبِّ أَنْ يَحْضُرُوْن ) maksudnya, “Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam, dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah, Tuhanku! Aku berlindung denganMu dari bisikan syaitan-syaitan, dan aku berlindung denganMu dari kehadiran mereka”.

3) Bersiwak
- disunatkan dengan kayu a-rak yang telah dibasahkan dengan air
- menggunakan tangan kanan
- membaca doa ( اللّهُمَّ بَيِّضْ بِهِ أَسْنَانِي ، وَشُدَّ بِهِ لِثَاتِي ، وَثَبِّتْ بِهِ لَهَاتِي ، وَبَارِكْ لِيْ فِيْهِ ، وَأَثِبْنِي عَلَيْهِ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْن ) maksudnya, “Wahai Tuhan! Putihkan dengan siwak ini gigiku, kuatkan dengannya gusiku, tetapkan dengannya anak tekakku, berkati bagiku padanya, berilah ganjaran pahala kepadaku kerananya wahai Yang Paling Pengasih dari kalangan yang mengasihi!”.

4) Membasuh kedua tangan hingga pergelangan tangan
- disunatkan membasuh kedua-dua tangan serentak
- membaca doa ( اللهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْيُمْنَى وَ الْبَرَكَة ، وَأَعُوْذ’ بِكَ مِنَ الشُّؤْمِ وَالْهَلَكَة ) maksudnya “Ya Allah! Aku memohon kepadaMu kanan ( ketika mengambil buku catitan amalan ) dan keberkatan, dan aku berlindung denganMu dari kecelakaan dan kemusnahan”.
5) Berkumur-kumur dan menyedut air ke dalam hidung
- cara yang terbaik adalah dengan membuatkan kedua-duanya serentak dengan tangan kanan
- doa berkumur ( اللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى تِلاَوَةِ كِتَابِكَ وَكَثْرَةِ الذِّكْرِ لَكَ وَثَبِّتْنِي بِالقَوْلِ الثَّابِتِ فِيْ الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ ) maksudnya, “Ya Allah! Bantulah aku untuk membaca kitabMu, memperbanyakkan zikir kepadaMu dan tetapkanlah aku dengan perkataan yang tetap di penghidupan dunia dan di akhirat”.
- doa menyedut air ke dalam hidung (اللَّهُمَّ أَرِحْنِي رَائِحَةَ الْجَنَّةِ وَأَنْتَ عَنِّي رَاضٍ ) maksudnya, “Ya Allah! Berikanlah aku keizinan untuk menghidu bauan syurga sedang Engkau redha terhadapku”.

6) Bersungguh-sungguh melakukan sunnah nombor 5 kecuali orang yang berpuasa
- iaitu berkumur dengan cara menyampaikan air hingga ke hujung tekak dan bahagian luar serta dalam gigi dan gusi.
- menyedut air dengan tarikan nafas hingga sampai ke hujung hidung.

7) Menghembus air keluar dari hidung
- disunatkan dengan menggunakan tangan kiri.
- berdoa ( اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوْذُ بِكَ مِنْ رَوَائِحِ النَّارِ وَسُوْءِ الدَّار ) maksudnya, “Ya Allah! Aku berlindung denganMu dari menghidu bauan neraka dan tempat tinggal yang tidak baik”.

 Mengulangi 3 kali setiap sunnah di atas :

0 comments :

Post a Comment

Ketika Rasulullah SAW dan sahabat dalam kelaparan.


Hasil daripada pembelajaran saya tentang sirah-sirah Rasulullah, hari nih saya nak kongsikan sedikit daripada petikan peristiwa baginda Nabi Muhammad SAW dalam kelaparan.

Pada suatu malam, Nabi SAW merasa lapar, di tengok pada rumah baginda tidak ada sedikit pun makanan yang ada ketika itu. Jika nak ikutkan, Nabi ini kekasih Allah, baginda boleh minta apa saja yang diinginkan hatta meminta makanan daripada Allah SWT dalam ketika lapar sedemikian. Nabi sebenarnya sifatnya pemalu, baginda malu untuk memohon kepada Allah tapi Nabi cuba untuk bersabar.

Oleh demikian, baginda Rasulullah SAW mengikat perut baginda dengan satu ada dan keluar berjalan di luar rumah. Pada malam yang sama pula, sahabat-sahabat Nabi yakni Saidina Abu Bakar dan Saidina Omar juga kelaparan seperti Nabi. Mereka juga melakukan perkara sama yang apa Nabi lakukan yakni mengikat perut masing-masing dengan seutas tali dan keluar berjalan di luar rumah.

Kebetulan ketika berjalan di luar rumah, sahabat-sahabat ini terserempak dengan Nabi SAW, dan mereka bertanya kepada Nabi "Wahai Rasulullah, apa yang kamu buat di luar ini". Oleh sebab Saidina Abu Bakar & Omar ini adalah sahabat Nabi yang paling rapat sekali dengan Nabi maka Nabi cuba untuk tidak merahsiakan perkara yang sebenar. Jawab Nabi "Sebenarnya aku lapar wahai sahabat". Dan Nabi pula bertanya soalan yang sama kepada sahabat, maka jawab para sahabat "kami juga lapar seperti kamu wahai Rasulullah".

Pada ketika itu, baginda Rasulullah SAW teringat akan seorang sahabatnya yang pernah menjemput Nabi datang ke rumah bilamana Nabi lapar @ hendak makan sesuatu. Apabila Nabi teringat akan panggilan sahabat tersebut, Nabi pula terus mengajak Saidina Abu Bakar & Saidina Omar ke rumah sahabat itu.

Dan apabila semuanya sudah selesai Nabi dan sahabat-sahabat baginda menjamu selera, dan Nabi berkata pada Saidina Abu Bakar dan Saidina Omar "Ingat!!! Apa yang kita makan di rumah tadi ini Allah akan tanya balik pada kita di hari akhirat nanti".

Kesimpulannya, kita kena ingat bahawa setiap amal yang kita lakukan itu baik ataupun buruk, Allah akan soal satu-persatu di akhirat nanti hatta sebesar zahar sekali pun. Perkara ini kita tak boleh lari nanti sebab itu kita perlu berhati-hati dengan apa yang kita ambil atau lakukan walaupun itu hanya perkara kecil bagi kita.

Sama-sama lah kita bermuhasabahkan diri. Semoga kita tergolong dalam orang yang akan mendapat rahmat Allah SWT serta syafaat dari baginda Nabi Muhamaad SAW di akhirat nanti. In Sha Allah. Allahuma Amin.

1 comments :

Post a Comment

Kehidupan.


1. Solat bukanlah "tayar ganti' yang anda tarik keluar ketika dilanda masalah, tapi ia adalah 'stereng' yang menunjukkan jalan benar.
2. Maka, kenapa cermin depan kereta begitu besar dan cermin pandang belakang begitu kecil?
Ini kerana masa lalu kita tidak begitu penting seperti masa hadapan kita. Maka, pandanglah ke hadapan dan majulah.
3. Persahabatan ibarat sebuah buku. Ia mengambil masa yang sedikit untuk dibakar, tapi bertahun-tahun untuk ditulis.
4. Semua perkara dalam kehidupan ini hanyalah sementara. Jika ia berjalan dgn baik, nikmatilah, ia takkan kekal lama. Jika ia berjalan dgn teruk,jgn sedih, ia juga takkan kekal lama.
5. Kawan-kawan lama adalah emas. Kawan-kawan baru adalah berlian. Jk anda mendapat sebutir berlian, jgn lupa emas tersebut krn utk memegang sebutir berlian, anda sentiasa memerlukan tapak emas.
6. Acapkali, ketika kita hilang harapan dan berfikir inilah pengakhirannya, ia hanyalah liku, bukannya penamat!
7. Apabila Allah swt menyelesaikan masalah2 anda, anda percaya memiliki kemampuan. Apabila Allah swt tdk menyelesaikan masalah2 anda, DIA percaya akan kemampuanmu.
8. Seorang yang buta bertanya kepada seorang lelaki bijaksana "bolehkah ada sesuatu yang lbh teruk berbanding kehilangan penglihatan? " Dia menjawab, "ya, kehilangan visi anda! "
9. Ketika anda mendoakan org lain, Allah swt mendengar kpd anda dan merahmati mereka; kadang kala apabila anda selamat dan bahagia, ingatlah bhw seseorang telah mendoakan anda.
10. Rasa bimbang tidak menghilangkan masalah hari esok, ia menghilangkan kedamaian hari ini.

0 comments :

Post a Comment

Ucapan "sadaqallahul 'Azim" bukanlah sunnah.


Dinaqalkan daripada Imam Al-Auzaie yang meriwayatkan daripada salah seorang tabien yang berkata ;

ما ابتدع قوم بدعة في دينهم إلا نزع الله من سنتهم مثلها ثم لا يعيدها عليهم إلى يوم القيامة

'Tidaklah suatu kaum melakukan bid'ah di dalam agama mereka kecuali Allah akan mencabut sunnah yang seumpamanya lalu tidak akan mengembalikannya lagi kepada mereka sehinggalah hari kiamat.'
[Riwayat Ad-Darimi]

Contohnya, apabila selesai membaca al-Quran, umum orang ramai kerap mengucapkan kata-kata seperti 'sadaqallahul 'Azim ' sedangkan ia bukanlah sunnah dan tidak dilakukan oleh baginda Nabi Salallahualaihiwassalam.

Manakala yang sunnah dan sepatutnya dibaca oleh kita setelah selesai membaca al-Quran ialah bacaan ;

سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ،لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ، أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ إِلَيْكَ
'Maha suci Engkau ya Allah dengan memuji-Mu. Tiada yang berhak disembah melainkan Engkau. Aku memohon ampun dan bertaubat kepada-Mu.' [Berdasarkan hadith Aisyah RA yang diriwayatkan oleh Al-Nasaie dan Al-Tabarani]

Imam al-Nasaie memberikan tajuk pada hadith ini dengan menyebut 'ما تُختم به تلاوة القرآن' Apa yang dengannya ditutup bacaan al-Quran.'

Namun kita meninggalkannya untuk sesuatu yang tidak ada dalil dan berdasarkan ikut-ikutan semata-mata. Begitulah dalam hal yang lain daripada agama ini apabila kita melakukan sesuatu penambahan maka ianya akan mengurangkan keberkatan dan menghilangkan kemuliaan Islam yang asal !

0 comments :

Post a Comment

Persediaan Awal Sebelum Berkahwin.



MEMILIH JODOH
-Diharus melihat muka dan tapak tangan bagi perempuan
-Diharus melihat selain pusat hingga ke lutut bagi lelaki
-Islam menitikberatkan Kufu,  harta, keturunan, kecantikan , keagamaan dan berakhlak

Memilih Bakal Suami dan Isteri.
Hadis: 
- Harta
- Keturunan
- Kecantikan
- Keagamaan

Ciri-ciri suami yang baik
- Harta
- Keturunan
- Kecantikan
- Keagamaan
- ilmu pengetahuan
- mempunyai pekerjaan
- mempunyai sifat kasih sayang
- bertanggungjawab
- mempunyai akhlak yang mulia
- teguh pegangan agama
- berakhlak mulia
- pemaaf

Ciri-ciri isteri yang baik
- Harta
- Keturunan
- Kecantikan
- Keagamaan
- Berilmu
- berakhlak mulia
- keturunan yang baik dan ramai anak

Sebab digalakkan pilih yang beragama
- Dapat mendidik anak-anak dengan didikan yang baik
- Menjamin kekalnya hubungan suami isteri
- Melaksanakan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya
- Rumahtangga yang dibina akan terbentuk dengan harmoni
- Lahir perasaan berkasih sayang antara satu sama lain
- Melahirkan zuriat yang baik dan mulia.



MEMINANG
Lamaran seorang lelaki terhadap perempuan yang boleh dikahwini untuk dijadikan isteri
Hukum… sunat.
Dalil  ولا جناح عليكم فيما عرضتم به في  خطبة النساء
Bermaksud: Dilarang lelaki meminang di atas pinangan saudaranya.
Cara peminangan
- Cara terus terang kepada perempuan dara, janda
- Cara sindiran.. perempuan dalam idah raj’i

Syarat meminang perempuan
- Perempuan tersebut bukan isteri orang
- Perempuan tersebut tidak dalam idah raj’i
- Perempuan tersebut bukan tunang orang
- Perempuan tersebut bukan muhrim kepada lelaki

     
Kepentingan pertunangan
- Memberi peluang  mengenali pasangan dalam batas-batas syarak.
- Merancang  kehidupan  rumahtangga untuk masa hadapan
- Memupuk  perasaan kasih sayang  di peringkat permulaan.
- Mengenali  tanggungjawab masing –masing sebelum perkahwinan .
- Ikatan sementara sebelum menentukan untuk terus atau batalkan.

Perkara yang dibincangkan dalam merisik:
- Pengenalan keluarga lelaki dan perempuan.
- Pengenalan anak lelaki dan perempuan.
- Menyatakan hasrat merisik.
- Persefahaman antara kedua-dua belah pihak.
- Menerima atau menolak hasrat pihak lelaki.

Perkara yang dibincangkan dalam meminang:
- Memperjelaskan hasrat dalam risikan dan persetujuan pihak perempuan menerima hasrat pihak lelaki.
- memperdengarkan khutbah meminang.
- Melakukan peminangan iaitu menyatakan hasrat oleh pihak lelaki dan penerimaan oleh pihak perempuan.
- Memberi hadiah atau tanda pertunangan.
- Membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan aqad nikah dan majliswalimatul-’arus seperti:
- Tempoh bertunang.
- Batas perhubungan anak lelaki dan anak perempuan dalam tempoh bertunang.
- Maskahwin dan hantaran.
- Aqad nikah.
- Walimatul-’arus.
- Perkara-perkara adat.istiadat yang tidak bertentangan dengan syara’.

Batas utama yang dibolehkan:
- Lelaki melihat perempuan pada muka dan dua tapak tangan dan tidak boleh bersentuhan.
- Pertemuan yang sopan dan di tempat yang terpelihara daripada gejala sosial dan maksiat.
- Pertemuan antara lelaki dan perempuan yang ber­tunang hendaklah ditemani oleh mahramnya supaya batas-batas pergaulan dapat dipatuhi.
- Pertemuan itu tidak terlalu kerap sehingga menimbul­kan fitnah.
- Islam melarang perlakuan, berdua-duaan, berkhalwat dan bergaul bebas, pergi ke sana ke mars seperti yang berlaku dalam masyarakat hari ini kerana perbuatan itu haram dan boleh mendatangkan banyak keburukan kepada diri, kcluarga dan masyarakat.
- Kelonggaran yang dibenarkan oleh Islam itu untuk memastikan bahawa bakal suami isteri itu akan dapat meletakkan asas kebahaglaan rumahtangga ber­dasarkan nilai agama dan kemanusiaan yang tulen, bukan sahaja berdasarkan penilaian nafsu, tetapi dengan penilaian hati yang luhur dan ikhlas, rela dan menerima kehadiran antara kedua­dua belah pihak.
- Belum dihalalkan untuk bersama seperti suami isteri
- Pertemuan dibuat mestilah ditemani oleh mahramnya untuk mengelakan dari fitnah dan pelanggaran syarat.
- Belum bertangungjawab untuk memberi nafkah sebab belum aqad nikah.
- Hubungan kekeluargaan masih terbatas seperti antara suami dengan bakal mertua.

Pergaulan Bebas
- Islam mengharamkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram seperti yang berlaku pada masa sekarang kerana perbuatan itu temiasuk dalam maksiat.
- Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan menjadi salah satu punca gejala sosial di kalangan remaja dan maksiat yang berleluasa.
 - Jauhi pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan di mana ­mana sahaja supaya terselamat daripada jebak gejala sosial dan maksiat.
 - Patuhi adab pergaulan yang diizinkan oleh Islam dan jaga maruah sebagai seorang Islam.

0 comments :

Post a Comment

Tak boleh gelar Nabi sbg Idola.



T A K BOLEH kita gelarkan Nabi sebagai IDOLA.......
Kerana idola bermaksud idol dalam Bahasa Ingeris , idol bermaksud patung. Tetapi katakanlah kepada mereka " Rasulullah ialah Qudwah Hasanah kami..." yang bererti Rasulullah ialah contoh teladan yang terbaik bagi kami ikuti.

SENANG SANGAT ISLAM TERKENA PERANGKAP YAHUDI . maksud perkataan 'Idol' yang sering digunakan oleh rancangan realiti TV seperti American Idol, Malaysian Idol, Asian Idol & Arab Idol merujuk kepada maksud berhala? Seperti yang kita tahu 'Idol' membawa makna sesuatu yang menjadi pujaan atau idola. Maksud yang kita fahami itu samalah juga dengan berhala yang menjadi pujaan kaum2 kafir. apa mungkin kita semua sudah terkena perangkap yahudi zionis tanpa kita sedari? Jika diterjemahkan American Idol tu kepada maksud yang sebenarnya, ianya akan berbunyi seperti Berhala Rakyat Amerika atau Malaysian Idol kepada maksud Berhala Rakyat Malaysia. 

SAHABAT lihat LOGO american Idol tu dia letak apa ? Bukan kah PATUNG berhala yang berdiri tegak berfikir wahai muslim......

0 comments :

Post a Comment

Saat cinta di dalam hati berkecai.



Putus cinta adalah detik pahit yang sudah tentu tidak mahu dirasai oleh semua orang. Namun dalam keengganan itu pun, ramai juga yang diuji dengan putus cinta di tengah jalan. Perhubungan yang dijaga dengan baik dan diletak pengharapan yang tinggi, tiba-tiba bertemu dengan pengakhiran berbentuk pengkhianatan, halangan keluarga dan sebagainya. Lalu diri merasa seolah hidup ini sudah tidak ada makna. Masa depan dirasakan gelap dan tiada lagi cahaya. Inilah realiti yang terpaksa ditempuh oleh orang yang putus cinta.
Maka artikel ini hadir sebagai mencetus motivasi kepada anda yang merasa putus cinta. Mudah-mudahan ia mampu membetulkan sudut pandang anda kepada ujian tersebut seterusnya mencetus suatu bentuk kekuatan tersendiri untuk anda meneruskan langkah. InsyaAllah.

PUTUS CINTA
Istilah ” putus cinta ” digunapakai dengan begitu meluas tanpa disedari maknanya dengan betul. Saya kurang bersetuju. Isu istilah ini walaupun dipandang kecil, tetapi sebenarnya telah banyak memberi kesan yang besar. Orang yang ditakdirkan hubungan mereka terputus di tengah jalan akan menggunapakai istilah ” putus cinta ” ke atas diri mereka , sekaligus menganggap bahawa hubungan yang terputus itulah sebenarnya ‘ cinta ‘. Ini silap.
Dalam Islam, cinta yang diiktiraf hanyalah cinta selepas perkahwinan. Akad nikah itu adalah bukti kesungguhan anda mahu merealisasikan sebuah cinta, bukan hanya di mulut. Ini kerana ramai yang sanggup berjanji itu dan ini demi menawan hati insan yang mereka sayang, namun apabila dibuka topik perkahwinan, mereka membisu seribu bahasa. Tahap tertinggi pembuktian segala kata dan janji itu adalah sebuah perkahwinan. Maka, apa yang diucap serta apa yang berlaku sebelum perkahwinan tidak boleh dikira sebagai cinta, sebaliknya ia cuma suatu bentuk keinginan, hasrat, minat, suka dan sebuah usaha.
Apabila dua insan cuba berusaha untuk bersatu atas nama cinta – iaitu perkahwinan – maka mereka akan diuji. Usaha untuk merealisasikan sebuah tuntutan agama yang sedemikian murni adalah suatu usaha yang dibenci oleh Syaitan. Ini kita harus ingat. Maka ujian ke atas usaha itu adalah Sunnatullah ( ketentuan Allah ) yang perlu diterima oleh semua orang. Barang yang baik dan berkualiti, sudah tentu perlu melalui proses-proses yang ketat dan teliti sebelum dikeluarkan. Begitu jugalah dengan ujian Tuhan.
Dalam tapisan ujian itulah, tersingkirnya sisa-sisa ataupun elemen-elemen yang bersifat negatif . Contoh kes yang berlaku :
Ada orang putus cinta kerana teman lelakinya curang dan keluar dengan perempuan lain. Teman lelakinya mengaku bosan dengan dirinya yang begitu tegas dan enggan menemaninya keluar bertemujanji. Maka ‘cinta’ yang kononnya selama ini dipertahankan putus di tengah jalan apabila dia ditinggalkan lelaki tersebut. Dalam kekalutan membendung rasa kecewa, dia merasa dunia gelap gelita. Seolah tiada masa hadapan, dan seolah memang yang terputus itulah ‘cinta’ nya yang sebenar.
Anda mungkin silap.
Ini kerana apa yang terputus itu sebenarnya hanya usaha anda untuk bersama si dia sahaja, bukan sebuah cinta yang sebenar. Anda mengaku menyukai lelaki tersebut dan demikian juga lelaki tersebut mengaku suka dan sayang kepada anda. Namun kedua-dua anda belum diuji. Cakap sahaja belum mencukupi. Maka datanglah ujian dalam bentuk godaan Syaitan, contohnya. Dicucuk-cucuk hati sang lelaki supaya membawa anda keluar berdua-duaan. Apabila anda tidak bersetuju, dihasut pula bahawa anda adalah gadis yang kolot dan tidak memahami jiwa lelaki. Banyak lagi hasutan dan bisikan lain daripada Syaitan yang mana jika si lelaki tidak kuat keimanannya, akhirnya bisikan-bisikan tersebut akan diterima. Lalu dia mendesak anda kepada perbuatan-perbuatan maksiat sedangkan anda bertegas dengan larangan agama. Bosan dengan sikap anda, dia mencari orang ketiga.
Dalam kes ini, jika perhubungan anda dan dia putus di tengah jalan, ia tidak bermakna ‘cinta’ anda yang putus. Apa yang terputus itu adalah usaha anda berdua ke atas suatu perhubungan, itu sahaja. Bahkan anda dan dia sama sekali tidak tahu apakah wujud jodoh antara kalian atau tidak. Justeru, jika bertemu kegagalan, ia tidak bermakna anda sudah tiada peluang di masa hadapan.
Apatah lagi jika kegagalan itu berpunca dari ketegasan anda terhadap agama.
Perbetulkan persepsi dengan cara memperbetulkan istilah. Yakinkan diri anda bahawa anda tidak putus cinta, cuma usaha anda ke atas perhubungan tersebut sahaja yang masih tidak bertemu kejayaan. Hakikatnya, Allah Maha Tahu apa yang terbaik untuk anda. Mungkin bukan dengan dia, mungkin dengan yang lain.

CINTA TIDAK PUTUS
Sebenarnya, cinta yang sejati adalah cinta yang tidak akan putus. Jika suatu cinta itu putus di tengah jalan, maka itu bukanlah cinta sejati. Boleh jadi cinta jadi-jadian sahaja. Mengapa?
Kerana cinta yang sejati hanya cinta yang disandarkan kepada Allah. Cuba lihat di dalam Firman Allah ta’ala yang berbunyi :
” Dan orang-orang yang beriman itu adalah golongan yang paling hebat cinta mereka kepada Allah..”
Di dalam ayat tersebut, kalimah yang digunapakai adalah asyaddu yang membawa maksud ‘paling dahsyat atau paling hebat’. Dalam ilmu bahasa Arab, penggunaan kalimah tersebut dipanggil sebagai ism tafdhil yang bermaksud kata nama yang menggambarkan kelebihan paling maksima. Kalimah kabir bermaksud ‘besar’ manakala kalimah akbar membawa maksud ‘paling besar’. Sama juga, kalimah syadid bermaksud dahsyat atau hebat, manakala kalimah asyaddu membawa maksud ‘paling dahsyat atau paling hebat’.
Ini bertepatan dengan sabda Nabi s.a.w di dalam sebuah Hadith :
” Tiga perkara yang jika dimiliki maka akan dirasai kemanisan iman : Pertama menjadikan Allah dan Rasul sebagai Paling Dicintai berbanding selainnya. Kedua jika dia mencintai seseorang, maka cinta itu adalah kerana Allah. Ketiga merasa benci untuk kembali kepada kekufuran sepertimana dia tidak mahu dirinya dicampak ke dalam api.
Apa yang ingin difokuskan di sini adalah, cinta sejati itu adalah apabila kita mampu mencintai Allah lebih dari segala-galanya. Masalahnya di sini, ramai yang gagal mencintai Allah lebih dari orang lain. Ada yang mencintai makwe dan pakwe lebih dalam dari dia mencintai Allah. Inilah silapnya. Apabila jatuh hati kepada seseorang maka terus dianggap itulah cinta sejati yang hendak dipertahankan sampai mati.
Broken Heart Black White
orang yang bunuh diri akan merasai penderitaan itu sehingga kiamat

Akhirnya apabila putus di tengah jalan, dikhianati , ditipu dan sebagainya, maka timbullah hasrat mahu bunuh diri, telan racun, terjun bangunan dan pelbagai lagi.
Mereka sebenarnya tersilap sewaktu langkah pertama lagi. Iaitu sewaktu membuka pintu hati untuk menerima seseorang, waktu itu di mana Allah dalam diri sendiri? Sejauh mana Allah dibesarkan? Sejauh mana cinta kepada Allah diberi? Jika proses pertama ini sudah gagal, maka tidak hairanlah jika perhubungan pun tidak bertemu kejayaan.

BUKTI
Baik, apa buktinya cinta Allah itu cinta yang sejati?
Ada yang tidak percaya. Ini soal keimanan. Iman ini perlu diri sendiri percaya, ia perlu disiram dan dibaja sendiri oleh tuan punya badan. Dan iman ini manisnya boleh dirasai. Bagaimana?
Saat anda putus cinta, anda tentu rasa bagai hilang segalanya bukan? Anda hilang fokus, hilang arah tuju. Makan tak lalu, kerja tak menentu, fikiran bercelaru. Banyak masa dihabiskan dengan termenung, menangis, termenung dan menangis.
Namun, ketika anda berdiri di sejadah dan mengangkat tangan menadah doa, masihkah anda merasai keserabutan yang sama? Tidak.
Anda akan merasa tenang yang amat. Suatu ketenangan yang tidak diperolehi daripada orang lain. Waktu anda seronok dilamun cinta pun, anda tidak merasai manisnya ketenangan tersebut. Tetapi di hadapan Allah, anda merasainya. Ketika anda bertemu dengan kecewa, patah hati, putus asa dan sebagainya, maka Allah lah tempat yang anda tuju.
Terbukti, Dia ada segalanya.
Dengan Dia, anda merasa cukup. Anda merasa kaya. Anda merasa mulia. Anda merasa hidup anda bercahaya. Dan Dia tidak menghalau anda dari merintih menangis kepadaNya. Dia masih terbuka menerima anda. Biarpun di waktu anda seronok dilamun cinta dahulu, Dia tidak pernah anda ingat. HakNya jarang-jarang anda beri. Anda melebihkan manusia yang kononnya anda sayang dan kononnya boleh membahagiakan anda.
Kini manusia itu adalah manusia yang paling anda benci. Kalau boleh, anda mahu berpindah ke dunia lain asalkan bukan dunia yang sama dengan manusia tersebut. Anda cemburu dengan kebahagiaannya, anda benci dengan kepura-puraanya, anda marah dengan pengkhianatannya, namun  anda tidak tahu apa yang boleh anda buat. Segala yang terlintas di fikiran tidak mendatangkan ketenangan jiwa kepada anda.
Bertemu Allah, hati anda automatik reda. Sedikit demi sedikit anda merasa damai, apatah lagi apabila kalamNya dialunkan dengan penuh rasa kesal dan insaf. Dalam tangisan anda itu , Allah hadirkan rasa tenang yang luar biasa. Ternyata, Dia tidak berdendam dengan anda. Dia ampunkan kesilapan anda. Dia masih mahu menyayangi anda.
Inilah bukti bahawa Cinta Sejati itu adalah cinta yang tidak pernah putus.

MOTIVASI
Rasa sakit hati, marah dan kecewa itu adalah fitrah seorang manusia. Namun jangan biarkan perasaan itu menguasai diri kita. Kelak ia akan mencetus binasa.
Bangkitlah dari rasa kecewa. Ingatlah bahawa Allah tidak suka kepada hambaNya yang berputus asa. Kegagalan yang berlaku dalam sesebuah hubungan, jadikan sebagai iktibar agar kesalahan yang sama tidak diulang pada masa yang mendatang. Jika kemudian hari anda mahu sekali lagi bercinta, maka berhati-hatilah dari langkah pertama lagi. Pasakkan CINTA yang kuat kepada Allah, kemudian barulah buka hati anda untuk manusia yang lain.
Jika ditakdirkan sekali lagi usaha anda gagal pun, anda tidak akan merasa kecewa. Ini kerana anda sedar, tahu dan yakin, bahawa sejauh mana pun anda pergi, Cinta Allah tetap bersama dengan anda.
Hentikan tangisan, mekarkan senyuman. Raihlah ketenangan dengan memberi kemaafan. Percayalah, Kasih Sayang Allah tidak pernah kunjung padam.
Sekian.

0 comments :

Post a Comment