Persediaan Awal Sebelum Berkahwin.
MEMILIH JODOH
-Diharus
melihat muka dan tapak tangan bagi perempuan
-Diharus
melihat selain pusat hingga ke lutut bagi lelaki
-Islam
menitikberatkan Kufu, harta, keturunan, kecantikan , keagamaan dan
berakhlak
Memilih Bakal Suami dan Isteri.
Hadis:
- Harta
- Keturunan
- Kecantikan
- Keagamaan
Ciri-ciri suami yang baik
- Harta
- Keturunan
- Kecantikan
- Keagamaan
- ilmu
pengetahuan
- mempunyai
pekerjaan
- mempunyai
sifat kasih sayang
- bertanggungjawab
- mempunyai
akhlak yang mulia
- teguh
pegangan agama
- berakhlak
mulia
- pemaaf
Ciri-ciri isteri yang baik
- Harta
- Keturunan
- Kecantikan
- Keagamaan
- Berilmu
- berakhlak
mulia
- keturunan
yang baik dan ramai anak
Sebab digalakkan pilih yang beragama
- Dapat
mendidik anak-anak dengan didikan yang baik
- Menjamin
kekalnya hubungan suami isteri
- Melaksanakan
tanggungjawab dengan sebaik-baiknya
- Rumahtangga
yang dibina akan terbentuk dengan harmoni
- Lahir
perasaan berkasih sayang antara satu sama lain
- Melahirkan
zuriat yang baik dan mulia.
MEMINANG
Lamaran seorang lelaki terhadap perempuan yang boleh dikahwini
untuk dijadikan isteri
Hukum…
sunat.
Dalil ولا جناح عليكم فيما عرضتم به في خطبة النساء
Bermaksud:
Dilarang lelaki meminang di atas pinangan saudaranya.
Cara peminangan
- Cara
terus terang kepada perempuan dara, janda
- Cara
sindiran.. perempuan dalam idah raj’i
Syarat meminang perempuan
- Perempuan
tersebut bukan isteri orang
- Perempuan
tersebut tidak dalam idah raj’i
- Perempuan
tersebut bukan tunang orang
- Perempuan
tersebut bukan muhrim kepada lelaki
Kepentingan pertunangan
- Memberi
peluang mengenali pasangan dalam batas-batas syarak.
- Merancang
kehidupan rumahtangga untuk masa hadapan
- Memupuk
perasaan kasih sayang di peringkat permulaan.
- Mengenali
tanggungjawab masing –masing sebelum perkahwinan .
- Ikatan
sementara sebelum menentukan untuk terus atau batalkan.
Perkara yang dibincangkan dalam merisik:
- Pengenalan
keluarga lelaki dan perempuan.
- Pengenalan
anak lelaki dan perempuan.
- Menyatakan
hasrat merisik.
- Persefahaman
antara kedua-dua belah pihak.
- Menerima
atau menolak hasrat pihak lelaki.
Perkara yang dibincangkan dalam meminang:
- Memperjelaskan
hasrat dalam risikan dan persetujuan pihak perempuan menerima hasrat pihak
lelaki.
- memperdengarkan
khutbah meminang.
- Melakukan
peminangan iaitu menyatakan hasrat oleh pihak lelaki dan penerimaan oleh pihak
perempuan.
- Memberi
hadiah atau tanda pertunangan.
- Membincangkan
perkara-perkara yang berkaitan dengan aqad nikah dan majliswalimatul-’arus
seperti:
- Tempoh bertunang.
- Batas perhubungan anak lelaki dan anak perempuan dalam tempoh
bertunang.
- Maskahwin dan hantaran.
- Aqad nikah.
- Walimatul-’arus.
- Perkara-perkara adat.istiadat yang tidak bertentangan dengan
syara’.
Batas utama yang dibolehkan:
- Lelaki
melihat perempuan pada muka dan dua tapak tangan dan tidak boleh bersentuhan.
- Pertemuan
yang sopan dan di tempat yang terpelihara daripada gejala sosial dan maksiat.
- Pertemuan
antara lelaki dan perempuan yang bertunang hendaklah ditemani oleh mahramnya
supaya batas-batas pergaulan dapat dipatuhi.
- Pertemuan
itu tidak terlalu kerap sehingga menimbulkan fitnah.
- Islam
melarang perlakuan, berdua-duaan, berkhalwat dan bergaul bebas, pergi ke sana
ke mars seperti yang berlaku dalam masyarakat hari ini kerana perbuatan itu
haram dan boleh mendatangkan banyak keburukan kepada diri, kcluarga dan
masyarakat.
- Kelonggaran
yang dibenarkan oleh Islam itu untuk memastikan bahawa bakal suami isteri itu
akan dapat meletakkan asas kebahaglaan rumahtangga berdasarkan nilai agama dan
kemanusiaan yang tulen, bukan sahaja berdasarkan penilaian nafsu, tetapi dengan
penilaian hati yang luhur dan ikhlas, rela dan menerima kehadiran antara keduadua
belah pihak.
- Belum
dihalalkan untuk bersama seperti suami isteri
- Pertemuan
dibuat mestilah ditemani oleh mahramnya untuk mengelakan dari fitnah dan
pelanggaran syarat.
- Belum
bertangungjawab untuk memberi nafkah sebab belum aqad nikah.
- Hubungan
kekeluargaan masih terbatas seperti antara suami dengan bakal mertua.
Pergaulan Bebas
- Islam
mengharamkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram seperti
yang berlaku pada masa sekarang kerana perbuatan itu temiasuk dalam maksiat.
- Pergaulan
bebas antara lelaki dan perempuan menjadi salah satu punca gejala sosial di
kalangan remaja dan maksiat yang berleluasa.
- Jauhi
pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan di mana mana sahaja supaya
terselamat daripada jebak gejala sosial dan maksiat.
- Patuhi
adab pergaulan yang diizinkan oleh Islam dan jaga maruah sebagai seorang Islam.
0 comments :
Post a Comment