Kitab TAQRIRAT SADIDAH : Wuduk


SEMUA TENTANG WUDUK DI DALAM KITAB TAQRIRAT SADIDAH BERSERTA MUKA SURAT
<< KELEBIHAN MENYEMPURNAKAN WUDHU' >>

Bersabda RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam:
(( Tidak ada seorang hamba yang menyempurnakan wudhu'nya kecuali diampunkan dosanya yang terdahulu dan terkemudian ))

Hadith dikeluarkan dalam Musnad Imam Al-Bazzar.
Berkata Imam Al-Haithami dalam Majma' Zawaid: Para perawi hadith thiqah dan darjat hadith adalah hasan in sha Allah.
Berkata Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-'Asqalany: asal hadith dari Kitab Bukhari dan Muslim tetapi tiada padanya (( dan tekemudian )). 


 << PENGERTIAN/DEFINISI WUDHU’ >>

Dari segi bahasa arab/etimologi : Wudhu’ adalah nama bagi perbuatan membasuh sebahagian dari anggota badan, perkataan ini diambil dari (wa-dho-ah) yang bermaksud kebaikan dan kecantikan.

Dari segi syara’/agama/terminologi : Wudhu’ adalah nama bagi PERBUATAN MEMBASUH ANGGOTA BADAN TERTENTU, DENGAN NIAT TERTENTU, MENGIKUT CARA TERTENTU.

S :Apakah perbezaan antara (wadhu’) dan (wudhu’) ?
J : (wadhu’-huruf wau berbaris atas) adalah nama air yang digunakan untuk berwudhu’,
manakala (wudhu’-huruf wau berbaris depan) adalah nama bagi perbuatan berwudhu’.


Nota tambahan:
1- Difardhukan wudhu’ beserta solat di malam Isra’ 1 tahun atau 6 bulan sebelum Hijrah. Sebelum difardhukan, solat tidak didirikan kecuali dengan wudhu’ kerana ia disunatkan atau dengan tujuan kebersihan semata-mata.
2- Wudhu’ telah pun diamalkan umat-umat terdahulu. Umat Nabi Muhammad sallaLlahu ‘alaihi wasallam dilebihkan berbanding mereka dengan cara wudhu’ yang berbeza atau dengan fadhilat melebihkan basuhan wudhu’ di muka, tangan dan kaki.
3- Dari takrifan yang dinyatakan diatas, jelas bagi kita wudhu’ dari segi bahasa lebih umum maknanya berbanding takrifannya dari segi syara’/istilah. Membasuh tangan sahaja sebelum makan juga dinamakan berwudhu’ disisi bahasa tetapi disisi agama wudhu’ hendaklah seperti yang dinyatakan dalam takrif di atas.

<< Kelebihan berwudhu’ >>

Bersabda RasuluLlah sallaLlahu alaihi wasallam :
(( Tidak ada seorang hamba yang menyempurnakan wudhu'nya kecuali diampunkan dosanya yang terdahulu dan terkemudian ))
-Musnad Imam Bazzar-

(( Solat adalah sebaik-baik ibadah. Dan tiada orang yang dapat menjaga wudhu’ kecuali orang yang beriman ))
-Musnad Imam Ahmad-

(( Sesiapa yang berwudhu’ kemudian dia sempurnakan wudhu’nya, keluarlah dosa-dosa kesalahan dari jasadnya hinggalah ia juga keluar dari kuku-kukunya ))
-Sahih Imam Muslim-

S : Apakah yang mewajibkan wudhu’, hadas atau bangkit untuk solat?
J : Pandangan muktamad, yang mewajibkan wudhu’ adalah hadas dan mengangkat hadas adalah syarat bagi sahnya solat. Manakala bangkit untuk solat hanyalah syarat untuk segera berwudhu’.

[ KITAB TAQRIRAT SADIDAH m/s 81 ]

Bacalah hadith-hadith di atas dengan penuh keimanan, pasti kita akan terkesan..

 << PERKARA2 FARDHU/WAJIB DALAM BERWUDHU’ >>

Fardhu wudhu’ ada enam perkara kesemuanya.
Iaitu (mengikut turutan) :
1- Niat
2- Membasuh muka
3- Membasuh kedua-dua tangan hingga ke siku
4- Menyapu sedikit dari kepala
5- Membasuh kaki hingga ke buku lali
6- Tertib iaitu mengikut turutan yang disebutkan
Empat perkara ( nombor 2 hingga 5 ) ditetapkan melalui Al-Quranul Karim. Manakala 2 perkara (nombor 1 dan 6 ) ditetapkan melalui Sunnah RasuluLlah sallaLlahu ‘alaihi wasallam.

[ KITAB TAQRIRAT SADIDAH m/s 82 ]

Maklumat tambahan :
1) Didalam Mazhab Hanafi, fardhu wudhu’ hanya 4 perkara sahaja tanpa mengira niat dan tertib. Pendapat mereka wajar sahaja digunakan bagi mereka yang baru mempelajari wudhu’ seperti kanak-kanak dan saudara-saudara baru (muallaf) bagi memudahkan mereka mempelajari agama dengan beransur-ansur.

2) 6 perkara di atas adalah perkara-perkara yang diwajibkan sahaja. Untuk mendapatkan wudhu’ yang sempurna, hendaklah didatangkan pula sunnah-sunnah dalam berwudhu’ yang akan dikongsikan dalam post-post akan datang insyaAllah.

<< FARDHU PERTAMA - NIAT >>

-> Antara niat wudhu adalah :
1) mengangkat hadas
2) berwudhu’
3) bersuci untuk solat
Contoh : Sahaja aku ‘mengangkat hadas’.

-> Waktu berniat adalah : ketika membasuh bahagian muka yang pertama disentuh, kerana niat diambil kira dari awal perbuatan fardhu iaitu membasuh muka.

-> 7 perbahasan tentang niat :
1) Erti niat :
Qasad/tujuan/keinginan mengerjakan sesuatu serentak dengan perbuatan
- jika qasad tidak serentak dengan perbuatan maka ia disebut sebagai 'azam'.
2) Hukum niat :
Kebiasaannya wajib
- contoh ibadah yang sunat niatnya adalah niat pengurus jenazah untuk memandikan mayat
3) Waktu niat :
Kebiasaanya di awal ibadat
- contoh ibadat yang niatnya tidak serentak di awal ibadat adalah puasa, zakat dan sembelihan korban.
4) Cara berniat :
Berbeza mengikut jenis ibadat
5) 6 syarat-syarat sah niat :
1- Islam
2- beraqal
3- mengetahui cara ibadat yang ingin dilakukan
4- tidak melakukan sesuatu yang menafikan niat
Contohnya seperti orang yang berniat kemudian murtad ketika berwudhu’, maka tidak sah niatnya kerana syarat pertama hilang
5- tidak mengikat niat dengan sesuatu
6- meyakini adanya perkara yang mewajibkan wudhu’ iaitu adanya hadas
7) Tujuan berniat adalah :
1- membezakan antara ibadat atau adat
2- membezakan martabat ibadat seperti wajib atau sunat

[ KITAB TAQRIRAT SADIDAH m/s 82-83 ]

<< FARDHU KEDUA – BASUH MUKA >>

-> Batasan muka :
- memanjang (dari atas ke bawah) : dari anak rambut hingga akhir rahang.
- melebar : dari anak telinga hingga ke anak telinga yang satu lagi.

-> Hukum membasuh bulu-bulu di muka :
- wajib dibasuh kesemuanya ( luar dan dalam ) hingga ke kulit.
- dikecualikan janggut dan jambang sekiranya tebal, maka yang wajib dibasuh hanyalah di bahagian atas/zahir sahaja, dan disunatkan untuk menyelat dari dalam/batin ( iaitu dari lapisan berdekatan dada/tekak) dengan menggunakan jari-jari tangan kanan.
- janggut dan jambang ( bulu yang berada di rahang mulut ) yang tebal adalah : sekiranya tidak dapat dilihat kulit ( yang berada di dasar janggut dan jambang ) dari jarak perbualan berlaku ( iaitu sekitar 1 meter setengah ).
- bahagian atas/zahir janggut dan jambang adalah : lapisan yang berada di lapisan/selari dengan muka. Manakala bahagian dalam/batin adalah lapisan dibawahnya hingga ke kulit.

[ KITAB TAQRIRAT SADIDAH  m/s 83-84 ]

-> Nota Tambahan :
- Perlu diingat, wajib menggosok bahagian yang berlipat atau sukar untuk air sampai kecuali dengan cara menggosok bahagian tersebut.
- Sempadan antara muka dan kepala yang disebut sebagai ‘gurrah’ wajib dibasuh, dan yang disunatkan adalah melebihkan basuhan bahagian sempadan ini. Perkara ini akan disebut di dalam sunat-sunat wudhu’.
- Bahagian yang tidak terzahir seperti lubang hidung, bahagian bibir yang bersentuhan hingga ke dalam mulut, bebola mata, tidak wajib dibasuh.
- Hendaklah dipastikan tiada perkara yang menghalang air sampai ke kulit seperti tahi mata atau mengubah air seperti debu solekan (wanita) dan lain-lain.
- Bulu-bulu yang berada di muka berjumlah 20 jenis kesemuanya. Rujuk gambar yang akan kami postkan nanti.
- Perkara-perkara sunat ketika membasuh muka akan disebut dalam post berkaitan sunat-sunat wudhu’ akan datang insyaAllah.


<< 20 JENIS BULU MUKA >> 

1) Bulu halus di atas dahi
2-3) 2 belah bulu kening
4-7) 4 belah bulu mata
8-9) 2 belah bulu pipi
10-11) 2 belah bulu dirahang mulut (jambang)
12) janggut
13-14) 2 belah bulu bersebelahan telinga (sighburn)
15) misai
16-17) 2 belah ekor misai (tepi mulut)
18-19) 2 belah bulu pengapit (yg mengapit bulu tengah bawah bibir)
20) bulu tengah bawah bibir

Semua jenis bulu wajib dibasuh keseluruhannya,
kecuali janggut dan jambang yang tebal maka yang wajib adalah membasuh lapisan zahir/atas sahaja dan disunatkan menyelat lapisan batin/dalam.

[ KTS m/s 84 ]

* Tiada pengecualian bagi wanita. Jadi, jika ada wanita yang mempunyai janggut atau jambang, maka wajib dibasuh keseluruhannya walaupun ia tebal.




<< FARDHU KEDUA – BASUH MUKA >>

-> Batasan muka :
- memanjang (dari atas ke bawah) : dari anak rambut hingga akhir rahang.
- melebar : dari anak telinga hingga ke anak telinga yang satu lagi.

-> Hukum membasuh bulu-bulu di muka :
- wajib dibasuh kesemuanya ( luar dan dalam ) hingga ke kulit.
- dikecualikan janggut dan jambang sekiranya tebal, maka yang wajib dibasuh hanyalah di bahagian atas/zahir sahaja, dan disunatkan untuk menyelat dari dalam/batin ( iaitu dari lapisan berdekatan dada/tekak) dengan menggunakan jari-jari tangan kanan.
- janggut dan jambang ( bulu yang berada di rahang mulut ) yang tebal adalah : sekiranya tidak dapat dilihat kulit ( yang berada di dasar janggut dan jambang ) dari jarak perbualan berlaku ( iaitu sekitar 1 meter setengah ).
- bahagian atas/zahir janggut dan jambang adalah : lapisan yang berada di lapisan/selari dengan muka. Manakala bahagian dalam/batin adalah lapisan dibawahnya hingga ke kulit.

[ KITAB TAQRIRAT SADIDAH m/s 83-84 ]

-> Nota Tambahan :
- Perlu diingat, wajib menggosok bahagian yang berlipat atau sukar untuk air sampai kecuali dengan cara menggosok bahagian tersebut.
- Sempadan antara muka dan kepala yang disebut sebagai ‘gurrah’ wajib dibasuh, dan yang disunatkan adalah melebihkan basuhan bahagian sempadan ini. Perkara ini akan disebut di dalam sunat-sunat wudhu’.
- Bahagian yang tidak terzahir seperti lubang hidung, bahagian bibir yang bersentuhan hingga ke dalam mulut, bebola mata, tidak wajib dibasuh.
- Hendaklah dipastikan tiada perkara yang menghalang air sampai ke kulit seperti tahi mata atau mengubah air seperti debu solekan (wanita) dan lain-lain.
- Bulu-bulu yang berada di muka berjumlah 20 jenis kesemuanya. Rujuk gambar yang akan kami postkan nanti.
- Perkara-perkara sunat ketika membasuh muka akan disebut dalam post berkaitan sunat-sunat wudhu’ akan datang insyaAllah.

<< FARDHU KE-3 hingga FARDHU KE-6 >> 

-> FARDHU KE-3 ( MEMBASUH KEDUA TANGAN BESERTA SIKU )
- Wajib dibasuh kedua kaki hingga melepasi siku dan mengenai walaupun sedikit dari otot tangan (bisep), supaya yakin basuhan tangan beserta siku sempurna berdasarkan qaedah “sesuatu yang tidak sempurna perkara wajib kecuali dengannya, maka ia juga menjadi wajib”.

-> FARDHU KE-4 ( MENYAPU DENGAN AIR SEBAHAGIAN DARI KULIT KEPALA ATAU RAMBUT DI KEPALA )
- Sudah mencukupi jika disapu walaupun sebahagian dari sehelai rambut
- Syarat rambut yang sah disapu adalah : rambut itu hendaklah tidak keluar dari kawasan kepala jika ia ditarik dari arah rambut itu turun ke bawah.

-> FARDHU KE-5 ( MEMBASUH KEDUA KAKI BESERTA KEDUA BUKU LALI )
- Wajib dibasuh dari awal kaki beserta tumit hingga mengenai walaupun sedikit dari bahagian betis, supaya yakin basuhan kaki beserta kedua buku lali sempurna sebagaimana qaedah di atas.

-> FARDHU KE-6 ( TERTIB / MENGIKUT TURUTAN )
- Wajib tertib kerana RasuluLlah sallaLlahu ‘alaihi wasallam berwudhu’ dengan mengikut turutan.
- Berkata Al-Imam As-Syafie rahimahuLlah : “ Sesungguhnya Allah menyebut perkara yang disapu (iaitu fardhu ke-4) diantara 2 perkara yang dibasuh (iaitu fardhu ke-3 dan ke-5). Ini adalah untuk menunjukkan adanya tertib”.

-> S : Tertib hukumnya wajib dalam setiap wudhu’ kecuali dalam satu keadaan. Apakah keadaan itu?
J : Apabila seseorang menyelam ke dalam air walaupun seketika, dan memasang niat wudhu’ ketika menyelam, maka jatuhlah kefardhuan tertib. Inilah pandangan yang muktamad disisi Al-Imam An-Nawawi rahimahuLlah kerana tertib terhasil didalam detik yang tidak dapat dikesan panca indera.
Manakala disisi Al-Imam Ar-Rafi’ie rahimahuLlah, wajib untuk ia tunggu sebentar sekadar tempoh yang membolehkannya mengandai berlakunya tertib dalam berwudhu’.

[ KITAB TAQRIRAT SADIDAH m/s 85 ]

* Perlu diingat, 'basuhan' bermaksud mengalirkan air. Jika tiada aliran air, maka masih belum dikira 'membasuh'.
- Dengan ini, tidak cukup menggunakan tisu basah untuk mengambil membasuh fardhu-fardhu yang wajib dibasuh.
- 'Menyapu' pula bermaksud menyampaikan walaupun sedikit percikan air atau basahan/lembapan dari air mutlak ke kulit kepala atau sebahagian dari rambut.
* Seluruh siku dan kedua buku lali hendaklah dibasuh sempurna. Membasuh sebahagian sahaja masih belum cukup.

*Kelalaian kita terhadap perkara-perkara yang wajib dilakukan dalam berwudhu’ akan menyebabkan wudhu’ tidak sah, sekaligus menyebabkan hukum-hakam ketika berhadas tidak terangkat.

<< SUNAT-SUNAT WUDHU’ >>

-> Bahagian pertama : SEBELUM MEMBASUH MUKA

1) Melafazkan niat sunat-sunat wudhu
- dengan menyebut ( نَوَيْتُ سُنَنَ الْوُضُوْء ) maksudnya, “Sahaja aku melakukan sunat-sunat wudhu”.

2) Membaca basmalah dan ta’awwudz
- paling kurang membaca ( بِسْمِ الله ) maksudnya, “Dengan nama Allah”
- lebih sempurna membaca
( أَعُوْذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْم ، بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم ، رَبِّ أَعُوْذ’ بِكَ مِنْ هَمَزَاتِ الشَّيَاطِيْن ، وَأَعُوْذ’ بِكَ رَبِّ أَنْ يَحْضُرُوْن ) maksudnya, “Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam, dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah, Tuhanku! Aku berlindung denganMu dari bisikan syaitan-syaitan, dan aku berlindung denganMu dari kehadiran mereka”.

3) Bersiwak
- disunatkan dengan kayu a-rak yang telah dibasahkan dengan air
- menggunakan tangan kanan
- membaca doa ( اللّهُمَّ بَيِّضْ بِهِ أَسْنَانِي ، وَشُدَّ بِهِ لِثَاتِي ، وَثَبِّتْ بِهِ لَهَاتِي ، وَبَارِكْ لِيْ فِيْهِ ، وَأَثِبْنِي عَلَيْهِ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْن ) maksudnya, “Wahai Tuhan! Putihkan dengan siwak ini gigiku, kuatkan dengannya gusiku, tetapkan dengannya anak tekakku, berkati bagiku padanya, berilah ganjaran pahala kepadaku kerananya wahai Yang Paling Pengasih dari kalangan yang mengasihi!”.

4) Membasuh kedua tangan hingga pergelangan tangan
- disunatkan membasuh kedua-dua tangan serentak
- membaca doa ( اللهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْيُمْنَى وَ الْبَرَكَة ، وَأَعُوْذ’ بِكَ مِنَ الشُّؤْمِ وَالْهَلَكَة ) maksudnya “Ya Allah! Aku memohon kepadaMu kanan ( ketika mengambil buku catitan amalan ) dan keberkatan, dan aku berlindung denganMu dari kecelakaan dan kemusnahan”.
5) Berkumur-kumur dan menyedut air ke dalam hidung
- cara yang terbaik adalah dengan membuatkan kedua-duanya serentak dengan tangan kanan
- doa berkumur ( اللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى تِلاَوَةِ كِتَابِكَ وَكَثْرَةِ الذِّكْرِ لَكَ وَثَبِّتْنِي بِالقَوْلِ الثَّابِتِ فِيْ الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ ) maksudnya, “Ya Allah! Bantulah aku untuk membaca kitabMu, memperbanyakkan zikir kepadaMu dan tetapkanlah aku dengan perkataan yang tetap di penghidupan dunia dan di akhirat”.
- doa menyedut air ke dalam hidung (اللَّهُمَّ أَرِحْنِي رَائِحَةَ الْجَنَّةِ وَأَنْتَ عَنِّي رَاضٍ ) maksudnya, “Ya Allah! Berikanlah aku keizinan untuk menghidu bauan syurga sedang Engkau redha terhadapku”.

6) Bersungguh-sungguh melakukan sunnah nombor 5 kecuali orang yang berpuasa
- iaitu berkumur dengan cara menyampaikan air hingga ke hujung tekak dan bahagian luar serta dalam gigi dan gusi.
- menyedut air dengan tarikan nafas hingga sampai ke hujung hidung.

7) Menghembus air keluar dari hidung
- disunatkan dengan menggunakan tangan kiri.
- berdoa ( اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوْذُ بِكَ مِنْ رَوَائِحِ النَّارِ وَسُوْءِ الدَّار ) maksudnya, “Ya Allah! Aku berlindung denganMu dari menghidu bauan neraka dan tempat tinggal yang tidak baik”.

 Mengulangi 3 kali setiap sunnah di atas :

0 comments :

Post a Comment