Ketika Rasulullah SAW dan sahabat dalam kelaparan.


Hasil daripada pembelajaran saya tentang sirah-sirah Rasulullah, hari nih saya nak kongsikan sedikit daripada petikan peristiwa baginda Nabi Muhammad SAW dalam kelaparan.

Pada suatu malam, Nabi SAW merasa lapar, di tengok pada rumah baginda tidak ada sedikit pun makanan yang ada ketika itu. Jika nak ikutkan, Nabi ini kekasih Allah, baginda boleh minta apa saja yang diinginkan hatta meminta makanan daripada Allah SWT dalam ketika lapar sedemikian. Nabi sebenarnya sifatnya pemalu, baginda malu untuk memohon kepada Allah tapi Nabi cuba untuk bersabar.

Oleh demikian, baginda Rasulullah SAW mengikat perut baginda dengan satu ada dan keluar berjalan di luar rumah. Pada malam yang sama pula, sahabat-sahabat Nabi yakni Saidina Abu Bakar dan Saidina Omar juga kelaparan seperti Nabi. Mereka juga melakukan perkara sama yang apa Nabi lakukan yakni mengikat perut masing-masing dengan seutas tali dan keluar berjalan di luar rumah.

Kebetulan ketika berjalan di luar rumah, sahabat-sahabat ini terserempak dengan Nabi SAW, dan mereka bertanya kepada Nabi "Wahai Rasulullah, apa yang kamu buat di luar ini". Oleh sebab Saidina Abu Bakar & Omar ini adalah sahabat Nabi yang paling rapat sekali dengan Nabi maka Nabi cuba untuk tidak merahsiakan perkara yang sebenar. Jawab Nabi "Sebenarnya aku lapar wahai sahabat". Dan Nabi pula bertanya soalan yang sama kepada sahabat, maka jawab para sahabat "kami juga lapar seperti kamu wahai Rasulullah".

Pada ketika itu, baginda Rasulullah SAW teringat akan seorang sahabatnya yang pernah menjemput Nabi datang ke rumah bilamana Nabi lapar @ hendak makan sesuatu. Apabila Nabi teringat akan panggilan sahabat tersebut, Nabi pula terus mengajak Saidina Abu Bakar & Saidina Omar ke rumah sahabat itu.

Dan apabila semuanya sudah selesai Nabi dan sahabat-sahabat baginda menjamu selera, dan Nabi berkata pada Saidina Abu Bakar dan Saidina Omar "Ingat!!! Apa yang kita makan di rumah tadi ini Allah akan tanya balik pada kita di hari akhirat nanti".

Kesimpulannya, kita kena ingat bahawa setiap amal yang kita lakukan itu baik ataupun buruk, Allah akan soal satu-persatu di akhirat nanti hatta sebesar zahar sekali pun. Perkara ini kita tak boleh lari nanti sebab itu kita perlu berhati-hati dengan apa yang kita ambil atau lakukan walaupun itu hanya perkara kecil bagi kita.

Sama-sama lah kita bermuhasabahkan diri. Semoga kita tergolong dalam orang yang akan mendapat rahmat Allah SWT serta syafaat dari baginda Nabi Muhamaad SAW di akhirat nanti. In Sha Allah. Allahuma Amin.

1 comments :

Assalamualaikum. Saya mencari sumber kisah ini. Jika ada hadisnya, bolehkah dikongsikan?
Jazakallah khair

April 10, 2015 at 8:20 AM comment-delete

Post a Comment