Ikhtilat Alam Maya



Dalam alam maya tak payah nak ikhtilat sangat lah. Bukannya ada sentuh- sentuh pun.. Takkanlah gurau senda pun salah? Saja mengeratkan silaturrahim kata orang.. Kalau setakat main add as friend, follow memfollow tapi tak tegur buat apa, ye tak? Kenalah tegur menegur untuk merapatkan ukhwah. Kita hidup biar ramai kawan bukannya ramai lawan. 

Pernah dengar alasan sebegitu atau kita sendiri yang memberikan alasan sebegini? 

Perkataan "Ukhwah" jangan dibuat main. Kebanyakan dari kita mudah sangat untuk menjaga ikhtilat di luar, tapi di alam maya? Muhrim tak muhrim, semua langgar. Berurusan jika perlu, jauhi jika perbuatan tersebut hanya menambahkan kerja malaikat di sebelah kiri kamu. Cakap senanglah Invi.. 

Macam mana kalau yang peramah dengan kita tu alim? Siap berkopiah, berjubah, bertudung labuh? Dah diberi peluang, memang Stadium Bukit Jalil sanggup ku tadahkan lah.. Boleh buat calon bini atau suami lah gitu.. Dapat juga dia pimpin kita ke Jannah. *tercekik tertelan kata- kata manusia* Alim betul atau alim- alim kucing? Tetttttt kontroversi Invi, kontroversi! 

Jika benar dia betul- betul berilmu dia pasti dapat menjaga adabnya. Dia pasti tahu akan yang halal dan yang haram. Biar diri itu di gelar sombong! Sebab kita di dunia mencari Redha Allah bukan Redha manusia! Jangan sesekali ukur iman, melalui pakaian. Manusia yang berseluar jeans juga mampu jadi baik. Pakaian tak dapat mengukur kebaikan seseorang tu. 

Dan sekiranya kamu benar- benar mahu menjadikannya pasangan hidup, cukuplah sekadar bertaaruf dan nikahilah dia, bukan bantu dia untuk menambah titik hitam di hati. Itu caranya. Bukannya bergurau senda, membincangkan hal yang tak perlu. Jika sebelum nikah kamu sudah berperangai sebegini, hilanglah kemanisan selepas bernikah nanti

0 comments :

Post a Comment

Ciri² orang yang fasik.


Fasik ialah orang yang keluar dari garis panduan Islam. Mengikut syarat fasik ialah orang yang tidak mentaati Allah dan mengerjakan dosa-dosa besar atau dosa-dosa kecil secara berkekalan. Fasik boleh dibahagikan 3 peringkat:

Peringkat pertama: Melakukan dosa besar secara sekali sekala sahaja. Selepas dia melakukan perbuatan tersebut, dia merasa bersalah dan tersangat menyesal terhadap perbuatannya itu.

Peringkat kedua:melakukan maksiat atau dosa besar dengan bersungguh-sungguh dan sepenuh hati.

Peringkat ketiga: Melakukan maksiat atau dosa besar did dalam keadaan berterusan, di samping itu dia menganggap betapa buruknya dosa besar yang dilakukannya itu. Peringkat ini adalah sebahagian daripada peringkat kekufuran.

Imam Syafie mengharuskan orang fasik menjadi imam, pendapat ini diutarakan kerana dizaman beliau ramai pemimpin yang fasik. Sungguhpun demikian mereka rajin bersolat dengan rakyat jelata dan menjadi imam. Telah menjadi adat pada waktu itu, jika ketua atau raja tanpa mengira fasik  atau tidak, dialah yang akan menjadi imam solat jika berjemaah.

Imam Syafie berpendapat orang yang fasik tidak sah menjadi wali nikah, Imam Abu  Hanafi dan Imam Maliki berpendapat wali fasik Harus menjadi wali kerana dia layak menjadi wali kepada hartanya.justeru dia lebih layak menjadi wali perkahwinan anaknya dan sebagainya.

Jika orang fasik menjadi pemimpin, ketua negara atau sebagainya, maka segala arahan nya yang tidak bercanggah dengan syariat islam hendaklah dilaksanakan dan apabila berlaku percanggahan dengan syariat Allah maka mestilah ditolak, tidak harus dipatuhi.

Petikan:Tafsir Al-Hujurat (Tuan Guru Abdul Hadi Awang)

0 comments :

Post a Comment

Soalan Harian untuk kita jawab.



Did I pray five times today?
Did I read Holy Qura’an with understanding
today?
Did I sincerely completed my duties and
responsibilities today?
Did I speak lies today?
Did I misbehave today?
Did I tease anyone today?
Did I make fun of someone or laugh at someone’s
mistake today?
Did I show off today?
Did I behave arrogantly with anyone today?
Did I backbite today?
Did I get jealous today?
Did I get angry today?
Did I improve in any way today?
Did I waste any time today?
Did I feel proud or superior today?
Did I spend money extravagantly today?
Did I do my Hijab today?
Did I speak unnecessarily to any one of the
opposite sex today?
Did I see any vulgar/obscene movie/program
today?
Did I disrespect my parents today?
Are my family members happy with me today?
Did I thank Allah for everything today?
Did I disobey any commandments of Allah today?
Did I ask forgiveness of Allah today?

0 comments :

Post a Comment

Tudung vs Wanita.


Di manakah kesilapan penutupan aurat wanita hari ini? Jawapannya seperti berikut :
KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt’ berlengan pendek.
KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.
KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda’.
KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.
KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di tmpt kerja saja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.
KESALAHAN KESEMBILAN : Bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan.
Ada lagi? sila tambah. Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :
"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan "JANGANLAH KAMU MENDEDAHKAN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR"
(An-Nur: 31)

0 comments :

Post a Comment

Ciri-ciri bughah pada demonstran.


Artikel ringkas sebagai tatapan semua, berkenaan kenyataan Mufti Perak yang meragukan, iaitu apabila beliau mengatakan peserta TURUN baru-baru ini sebagai bughah dan halal darah.

Bughah (pemberontak) ialah sesiapa sahaja yang melampai batas yang sepatutnya dipatuhi. Di dalam istilah Bahasa Arab asal perkataannya bermaksud “zalim”. Secara umum, bughah ialah sekumpulan umat Islam yang menentang pemerintah Islam dan melanggar arahannya, atau menghalang hak Allah ataupun hak manusia.

Dalil

وَإِنْ طَائِفَتَانِ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ اقْتَتَلُوا فَأَصْلِحُوا بَيْنَهُمَا فَإِنْ بَغَتْ إِحْدَاهُمَا عَلَى الْأُخْرَى فَقَاتِلُوا الَّتِي تَبْغِي حَتَّى تَفِيءَ إِلَى أَمْرِ اللَّهِ فَإِنْ فَاءَتْ فَأَصْلِحُوا بَيْنَهُمَا بِالْعَدْلِ وَأَقْسِطُوا إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ

Sekiranya terdapat dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.

Adakah Peserta TURUN berperang? Sehingga dikatakan Bughoh (pemberontak)? Adakah penentangan dilakukan dengan kekerasan sehingga dikatakan bughoh?

Syarat Untuk Membasmi Pemberontak

1. Pemberontak tersebut mestilah mempunyai kekuatan dan ketahanan tersendiri, samada bilangan yang ramai atau mempunyai kubu untuk menentang pemerintah. Cuba lihat bagaimana Peserta TURUN lakukan? Mereka mempunyai kekuatan menentang kerajaan?

2. Pemberontak itu mestilah benar-benar di luar kawalan pemerintah disebabkan kekuatan mereka. Sekiranya masih dalam keadaan terkawal, maka sudah tentu tidak perlu diperangi. Cukup sekadar menangkap sahaja. Peserta TURUN di luar kawalankah wahai mufti?

3. Mestilah mempunyai tafsiran yang dibenarkan dalam ruang ijtihad bahawa mereka ini pemberontak dengan alasan yang kukuh iaitu menentang pemerintah. Peserta TURUN berdemo dengan aman, tanpa senjata dan kekacauan, adakah di”tafsir”kan sebagai pemberontak?

4. Pemberontak tersebut mempunyai tokoh yang ditaati, yang menguatkan pengaruh mereka. Walaupun bukan sebagai pimpinan tertinggi, tetapi pandangannya dijadikan sebagai “sandaran”. Adakah kata-kata pimpinan TURUN dijadikan “sandaran” sehingga menguatkan kekuatan mereka? Atau rakyat bangkit disebabkan cukai yang haram itu?

0 comments :

Post a Comment

Untuk wanita yang nak berkahwin.


Wanita yang mahu berkahwin , cari lah lelaki yang soleh , yang kata org soleh ni bukan bermaksud dia ustaz , ustaz pon ada yg jahat , yang maksud orang soleh ni orang yang kenai tuhan dengan sebenar-benar kenai , yakni org yg ada lesson dalam hidup dah dari malaikat jibril.......

Budak tu miskin tak pe janji dia soleh maka Allah BERI DIA JADI KAYA ...... sepertimana yg kita lihat ayat Al Quran surah Al Nur ayat 32.... Allah berfirman :

" Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya, kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. "

ana nak share untuk WANITA yang suka memilih lelaki yg tak beriman tapi pilih dia sebab dia BERDUIT dan BERHARTA.

Kenapa ikut haluan dan kepercayaan begitu ? sedangkan jika si suami itu beriman Allah tak akan biarkan tangan dia kosong jika dia meminta sesuatu dari Allah , orang yang beriman ni dia umpama berada di dalam syurga, dia kehendak apa-apa, dia mohon pada Allah dan Allah pasti tak akan biarkan doa dia kembali kosong .

Ketahuilah memilih org yg ada kekayaan tanpa ada keimanan yg sebenar-benar iman , mereka kadang tengelam arus dengan nikmat yg sudah sedia ada, kadang ia berupa rezeki istidraj nauzubillah. Kamu jangan ragu dengan Allah jika sebelum kamu kahwini dia susah , tp jika dia memang beriman , kamu tunggu la kekayaan yg Allah akan limpahkan pada kamu berdua selepas kawin INSHAALLAH... !

Pilih lah orang yang boleh memberi kamu ILMU AGAMA , orang yang takut akan Allah , kerana pakej yg dia tu ada akan menjaminkan doa-doa dia TIDAK akan di TOLAK ALLAH.

Jika Kamu mahu ke ahkirat maka dunia datang pada kamu , jika kamu mahu dunia maka dunia mungkin lari , dan ahkirat lagi jauh dari kamu....

0 comments :

Post a Comment