Ciri² orang yang fasik.


Fasik ialah orang yang keluar dari garis panduan Islam. Mengikut syarat fasik ialah orang yang tidak mentaati Allah dan mengerjakan dosa-dosa besar atau dosa-dosa kecil secara berkekalan. Fasik boleh dibahagikan 3 peringkat:

Peringkat pertama: Melakukan dosa besar secara sekali sekala sahaja. Selepas dia melakukan perbuatan tersebut, dia merasa bersalah dan tersangat menyesal terhadap perbuatannya itu.

Peringkat kedua:melakukan maksiat atau dosa besar dengan bersungguh-sungguh dan sepenuh hati.

Peringkat ketiga: Melakukan maksiat atau dosa besar did dalam keadaan berterusan, di samping itu dia menganggap betapa buruknya dosa besar yang dilakukannya itu. Peringkat ini adalah sebahagian daripada peringkat kekufuran.

Imam Syafie mengharuskan orang fasik menjadi imam, pendapat ini diutarakan kerana dizaman beliau ramai pemimpin yang fasik. Sungguhpun demikian mereka rajin bersolat dengan rakyat jelata dan menjadi imam. Telah menjadi adat pada waktu itu, jika ketua atau raja tanpa mengira fasik  atau tidak, dialah yang akan menjadi imam solat jika berjemaah.

Imam Syafie berpendapat orang yang fasik tidak sah menjadi wali nikah, Imam Abu  Hanafi dan Imam Maliki berpendapat wali fasik Harus menjadi wali kerana dia layak menjadi wali kepada hartanya.justeru dia lebih layak menjadi wali perkahwinan anaknya dan sebagainya.

Jika orang fasik menjadi pemimpin, ketua negara atau sebagainya, maka segala arahan nya yang tidak bercanggah dengan syariat islam hendaklah dilaksanakan dan apabila berlaku percanggahan dengan syariat Allah maka mestilah ditolak, tidak harus dipatuhi.

Petikan:Tafsir Al-Hujurat (Tuan Guru Abdul Hadi Awang)

0 comments :

Post a Comment