Ikhtilat Alam Maya
Dalam alam maya tak payah nak ikhtilat sangat lah. Bukannya ada sentuh- sentuh pun.. Takkanlah gurau senda pun salah? Saja mengeratkan silaturrahim kata orang.. Kalau setakat main add as friend, follow memfollow tapi tak tegur buat apa, ye tak? Kenalah tegur menegur untuk merapatkan ukhwah. Kita hidup biar ramai kawan bukannya ramai lawan.
Pernah dengar alasan sebegitu atau kita sendiri yang memberikan alasan sebegini?
Perkataan "Ukhwah" jangan dibuat main. Kebanyakan dari kita mudah sangat untuk menjaga ikhtilat di luar, tapi di alam maya? Muhrim tak muhrim, semua langgar. Berurusan jika perlu, jauhi jika perbuatan tersebut hanya menambahkan kerja malaikat di sebelah kiri kamu. Cakap senanglah Invi..
Macam mana kalau yang peramah dengan kita tu alim? Siap berkopiah, berjubah, bertudung labuh? Dah diberi peluang, memang Stadium Bukit Jalil sanggup ku tadahkan lah.. Boleh buat calon bini atau suami lah gitu.. Dapat juga dia pimpin kita ke Jannah. *tercekik tertelan kata- kata manusia* Alim betul atau alim- alim kucing? Tetttttt kontroversi Invi, kontroversi!
Jika benar dia betul- betul berilmu dia pasti dapat menjaga adabnya. Dia pasti tahu akan yang halal dan yang haram. Biar diri itu di gelar sombong! Sebab kita di dunia mencari Redha Allah bukan Redha manusia! Jangan sesekali ukur iman, melalui pakaian. Manusia yang berseluar jeans juga mampu jadi baik. Pakaian tak dapat mengukur kebaikan seseorang tu.
Dan sekiranya kamu benar- benar mahu menjadikannya pasangan hidup, cukuplah sekadar bertaaruf dan nikahilah dia, bukan bantu dia untuk menambah titik hitam di hati. Itu caranya. Bukannya bergurau senda, membincangkan hal yang tak perlu. Jika sebelum nikah kamu sudah berperangai sebegini, hilanglah kemanisan selepas bernikah nanti
0 comments :
Post a Comment