Ciri-ciri bughah pada demonstran.


Artikel ringkas sebagai tatapan semua, berkenaan kenyataan Mufti Perak yang meragukan, iaitu apabila beliau mengatakan peserta TURUN baru-baru ini sebagai bughah dan halal darah.

Bughah (pemberontak) ialah sesiapa sahaja yang melampai batas yang sepatutnya dipatuhi. Di dalam istilah Bahasa Arab asal perkataannya bermaksud “zalim”. Secara umum, bughah ialah sekumpulan umat Islam yang menentang pemerintah Islam dan melanggar arahannya, atau menghalang hak Allah ataupun hak manusia.

Dalil

وَإِنْ طَائِفَتَانِ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ اقْتَتَلُوا فَأَصْلِحُوا بَيْنَهُمَا فَإِنْ بَغَتْ إِحْدَاهُمَا عَلَى الْأُخْرَى فَقَاتِلُوا الَّتِي تَبْغِي حَتَّى تَفِيءَ إِلَى أَمْرِ اللَّهِ فَإِنْ فَاءَتْ فَأَصْلِحُوا بَيْنَهُمَا بِالْعَدْلِ وَأَقْسِطُوا إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ

Sekiranya terdapat dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.

Adakah Peserta TURUN berperang? Sehingga dikatakan Bughoh (pemberontak)? Adakah penentangan dilakukan dengan kekerasan sehingga dikatakan bughoh?

Syarat Untuk Membasmi Pemberontak

1. Pemberontak tersebut mestilah mempunyai kekuatan dan ketahanan tersendiri, samada bilangan yang ramai atau mempunyai kubu untuk menentang pemerintah. Cuba lihat bagaimana Peserta TURUN lakukan? Mereka mempunyai kekuatan menentang kerajaan?

2. Pemberontak itu mestilah benar-benar di luar kawalan pemerintah disebabkan kekuatan mereka. Sekiranya masih dalam keadaan terkawal, maka sudah tentu tidak perlu diperangi. Cukup sekadar menangkap sahaja. Peserta TURUN di luar kawalankah wahai mufti?

3. Mestilah mempunyai tafsiran yang dibenarkan dalam ruang ijtihad bahawa mereka ini pemberontak dengan alasan yang kukuh iaitu menentang pemerintah. Peserta TURUN berdemo dengan aman, tanpa senjata dan kekacauan, adakah di”tafsir”kan sebagai pemberontak?

4. Pemberontak tersebut mempunyai tokoh yang ditaati, yang menguatkan pengaruh mereka. Walaupun bukan sebagai pimpinan tertinggi, tetapi pandangannya dijadikan sebagai “sandaran”. Adakah kata-kata pimpinan TURUN dijadikan “sandaran” sehingga menguatkan kekuatan mereka? Atau rakyat bangkit disebabkan cukai yang haram itu?

0 comments :

Post a Comment