15 Status Facebook Hok Mantop
- Dalam hidup ni, kenangan yang paling indah selalunya tidak dirakamkan oleh kamera.
- Hargai apa yang sedang kamu miliki sebelum ia bertukar menjadi apa yang pernah kamu miliki.
- Hadiah yang terbaik daripada kita untuk seseorang ialah masa. Kerana kita tidak akan mungkin mendapatkan masa itu semula. Jadi, luangkan masa dengan mereka yang tersayang kerana sesungguhnya itulah hadiah yang terbaik.
- Belajar menghargai apa yang kamu miliki sekarang ini. Atau masa akan mengajar kamu untuk menghargai apa yang kamu miliki sekarang ini.
- Kita mungkin tidak dapat mengubah orang lain. Tapi kita dapat mengubah persepsi kita terhadap orang lain.
- Selalu kita nampak orang yang dapat peluang tapi dia sia-siakan peluang tu. Orang yang beriya-iya mahukan peluang tu pula? Tak dapat peluang tu langsung! Jadi, bersyukurlah dengan setiap peluang yang kita dapat kerana bukan semua berpeluang mendapat peluang seperti yang kita dapat. Ucap alhamdulillah.
- Senyum. Tunjukkan pada mereka yang pada hari esok kita lebih kuat daripada hari ini.
- Hari yang baik memberikan kita kegembiraan. Hari yang buruk memberikan kita pengalaman. Dan kedua-duanya penting dalam hidup kita.
- Matematik mungkin telah mengajar kita tambah, tolak, darab dan bahagi. Tapi Matematik juga telah mengajar kita bahawa setiap masalah itu ada penyelesaiannya!
- Carilah pasangan yang dapat mengubah hidup kita (ke arah yang lebih baik) dan bukannya pasangan yang hanya dapat mengubah status kita semata-mata.
- Salah satu keajaiban gambar-gambar yang kita ambil ialah gambar-gambar itu tidak berubah (kecuali photoshop!) biarpun orang yang berada dalamnya telah berubah.
- Lelaki yang bijak akan membuka minda wanita. Lelaki yang kacak akan membuka mata wanita. Lelaki yang beriman akan membuka hati wanita.
- Ciri lelaki sejati ialah berupaya untuk menjadi imam pada bila-bila masa, di mana jua.
- Aku percayakan cinta pandang pertama. Sebab aku masih cintakan ibu dan ayah pada aku saat pertama kali aku buka mata.
- Lupakan apa yang telah menyakitimu pada masa lalu. Tapi jangan lupakan apa yang telah kamu belajar daripadanya.
0 comments :
Post a Comment