Disebalik Meteor!!!



Jika meteor itu jatuh ke bumi, ianya menandakan syaitan sedang direjam kerana mencuri dengar berita dari langit oleh para malaikat dengan izin Allah SWT. Tak percaya rujuk surah Al-Mulk ayat ke 5.

Makin banyak meteor, makin banyak syaitan direjam.

Sebab itu dulu Firaun boleh tahu yang akan ada Nabi dari Bani Israel yang akan menumbangkan kerajaan beliau oleh Para Ahli Sihir Firaun. Sebab Syaitan dapat dengar berita dari langit dan beritahu kepada Ahli Sihir Firaun.

Selepas kelahiran Baginda SAW, semua pintu-pintu langit ditutup serapat-rapatnya oleh Allah SWT. Syaitan tak dapat lagi curi dengar rahsia langit. Jika ada syaitan cuba "cari penyakit" nekad nak mengintip juga, memang kena rejam dengan meteor.

Kepada yang terikut-terikut budaya meminta hajat bila meteor jatuh itu bawa-bawalah bertaubat. Ingat semua dosa Allah boleh ampun kecuali SYIRIK. Sekali kamu SYIRIK ke nerakalah kamu selamanya.

Semoga kita terhindar dari perkara mensyirikkan Allah Azza Wa Jalla.

0 comments :

Post a Comment