Biodata Imam 12.

Daripada salasilah keturunan Saidina Ali, golongan syiah ini meletakkan mereka sebagai 12 imam yang tertibnya terdiri daripada;

1. Ali bin Abi Talib
2. Al-Hasan bin Ali
3. Al-Husain bin Ali
4. Ali Zainal Abidin bin al-Husain
5. Muhammad al-Baqir bin Zainal Abidin
6. Jaafar as-Sadiq bin Muhammad al-Baqir
7. Musa al-Kazim
8. Ali ar-Ridha
9. Muhammad al-Jawad
10. Ali al-Hadi
11. Al-Hasan al-‘Askariy
12. Muhammad al-Mahdi

Biodata Saidina Ali, Hasan, Husein RA semuanya telah maklum, jadi kami fokus pada biodata para Ahlul Bayt yang lain.

Ali Zainal Abidin, Muhammad al-Baqir

Salah seorangnya ialah anak Saidina Husain iaitu, Ali Zainal Abidin bin Husain bin Ali r.a, (658M – 713M) Tidak ada satu riwayat pun yang mengatakan beliau mempunyai kepercayaan atau ideologi yang berbeza dengan para sahabat.

Jaafar as-Sadiq

Muhammad al-Baqir, meninggal dunia sebelum Zaid selama lapan tahun, iaitu pada tahun 114H telah meninggalkan seorang anak yang alim dan hebat, iaitu Jaafar as-Sadiq (703M – 765M). Dia merupakan salah seorang ulamak yang berpengaruh, seorang faqih yang sangat pintar. Semua pandangannya adalah selari dengan akidah sahabat, tabi’in dan seluruh ulamak sunni. Imam mazhab-mazhab Sunni, seperti Imam Abu Hanifah dan Imam Malik bin Anas, menurut beberapa sumber juga mengambil beberapa hadis dari Imam Ja'far ash-Shadiq.

Musa al-Kazim

Tahun 148H Jaafar as-Sadiq meninggal dunia. Beliau meninggalkan seorang putera bernama Musa al-Kazim (745M – 799M). Ibunya bernama Hamidah Khatun. Dia lahir ketika berlakunya pergolakan antara Bani Umayyah dan Bani Abbasiyah. Beliau juga dikenali sebagai Abu al-Hasan. Musa al-Kazim juga merupakan seorang yang alim dan pernah juga dipenjarakan sewaktu pemerintahan Abbasiyah.

Ali bin Musa ar-Ridha

Musa al-Kazim meninggal dunia pada tahun 183H dengan meninggalkan beberapa orang anak. Antara mereka ialah Ali bin Musa ar-Ridha (765M – 818M). Pada masa zaman Khalifah al- Abbasiyah, al-Ma’mun, beliau mahu mententeramkan keadaan dengan melantik Ali bin Musa ar-Ridha sebagai putera mahkota. Perlantikan ini telah mengundang bantahan yang meluas di kalangan ‘Abbasiyyin (keluarga khalifah). Tetapi Ali ar-Ridha tiba-tiba mati secara mengejut. Golongan at-Talibiyyin menuduh al-Ma’mun telah membunuhnya. Maka sekali lagi timbul pemberontakan demi pemberontakan ke atas pemerintahan Abbasiyah.

Muhammad al-Jawad, Ali al-Hadi, Al-Hasan al-‘Askariy, Muhammad al-Mahdi

Selepas kewafatan Ali ar-Ridha, muncul anaknya Muhammad al-Jawad (810M – 835M). Kemudian Muhammad al-Jawad meninggal dunia dibunuh pada tahun 220H. Muncul pula anaknya yang bernama Ali bin Muhammad al-Hadi (827M – 868M). Ali juga kemudiannya terbunuh pada tahun 254H. Muncul pula anaknya al-Hasan bin Ali (846M – 874M)

Bagaimanapun, 12 pemimpin ini tidak mempunyai sebarang perbezaan pendapat berkenaan akidah dan feqah dengan golonan ahli sunnah. Malah ahli sunnah berkeyakinan bahawa pemimpin-pemimpin ini yang dianggap oleh pengikut Syiah sebagai Imam Syiah mereka adalah sebenarnya dari kalangan sunni yang berpegang kepada doktrin dan prinsip ahli Sunnah.

0 comments :

Post a Comment