Muslim terbaik ^_^



Hari ini ramai orang ingin menjadi BINTANG. Mahukah anda menjadi BINTANG ? Bukan di pentas, bukan di kaca televisyen Tetapi di hadapan tuhan.

Sekiranya kita lihat bintang di langit, mana satukah yang paling menarik perhatian? Sudah tentu bintang yang palingcerah, paling indah dan paling hebat sinarannya. Oleh sebab itu, ramai orang hari ini ingin menjadi ‘bintang’ supayadapat menarik perhatian setiap mata yang memandang.Al-Quran menjelaskan, umat Islam itu umpama bintang yang bertaburan di dada langit. Umat Islam adalah umat yangterbaik. Dalam erti kata lain, semua Muslim dan Muslimah adalah BINTANG. Bukan bintang di pentas, bukan bintang ditelevisyen, tetapi bintang pada pandangan tuhan. Namun, tidak semua bintang mendapat perhatian tuhan. Bintangyang paling indah sahaja yang mendapat sepenuh perhatian, rahmat dan keredhaannya. Bintang itulah MUSLIM TERBAIK.

Sahabat sahibah sekalian, tidak berminatkah kita untuk menjadi BINTANG di hadapan tuhan ini? Tentulah ya. Semuaorang mahukan Allah memandangnya dengan pandangan rahmat dan kasih mesra-Nya. Nescaya itulah anugerahteragung dalam hidup ini, bagi mereka yang berfikir dan berzikir.

0 comments :

Post a Comment