Keadaan Di Hari Akhirat.


Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
✐Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
✐Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
✐Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
✐Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
✐Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
✐Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
✐Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
✐Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.
✐'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
✐Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
✐Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlahkitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah /Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
✐Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
✐Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.y
✐Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
✐Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
✐Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
✐Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.
✐Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
✐Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
✐Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
✐Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang xdapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
✐Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: "Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat"

0 comments :

Post a Comment

Terlepas neraka sebab bulu mata.



Seorang hamba Allah disoal oleh malaikat kerana dia mensia-siakan hidupnya dlm maksiat. Dia dgn lantangnya menafikan pertuduhan malaikat itu. Lantas malaikat pon bersuara dgn gema yg kuat sehingga meretakkan lubang liang lahad si mati..

INI LAH SAKSI MU...
Tiba-tiba..
√ MATA BERBICARA"SAYA YG MEMNDANG" 
√ SAYA TELINGA"SAYA YG MNDENGAR PERKARA ITU. 
√ HIDUNG= "SAYA YANG MENGHIDU" 
√ BIBIR= "SAYA YANG MERAYU" 
LIDAH= "MENJAWAB DGN BERANI"SAYA YANG MENJILAT DAN MENGHISAP" 
√TANGAN TANPA MALU MNJAWAB = "SAYA YANG MERABA DAN MERAMAS... 

Kata malaikat KESEMUA ANGGOTA TUBUHMU MEMBERIKAN KESAKSIAN KE ATS PERBUATN MU...

Lelaki tersebut lantas berputus asa dan berduka kerana akan di humbankn ke jurang NERAKA... 

Tiba-tiba terdengar satu suara lembut dan halus dari SEHELAI BULU MATA lelaki itu..

√ SAYA INGIN MENGANGKAT SUMPAH UNTUK MENJADI SAKSI.. MALAIKAT MENJAWAB DGN TENANG "SILAKAN BULU MATA" 

√ BULU MATA PUN BERBICARA = 
"MENJELANG AJALNYA PADA SUATU MLM YG HENING. AKU PERNAH DI BASAHI DGN JURAIAN AIR MATA LELAKI INI YG MENYESAL MENGENANGKAN PERBUATAN KEJINYA.. BUKANKAH RASULULLAH TELAH BERJANJI,APA BILA ADA SEORANG HAMBA YG INGIN BRTAUBT DGN PNUH TANGISAN PENYESALAN WALAU SEHELAI BULU MATA YG DIBASAHI AIR MATA ITU MAKA DI HARAMKAN DIRINYA DARI ANCAMAN API NERAKA" 

Sehelai bulu mata yg berani tampil sebagai saksi bahawa lelaki itu telah bertaubat dan membasahiku dgn air mata taubat..Dengan kesaksian bulu mata itu maka lelaki tadi di bebaskan dari neraka dan segera di hantar ke SYURGA.. 



0 comments :

Post a Comment

Duduk di antara dua sujud.


Ketika dalam "duduk di antara dua sujud."
Dalam tidak sedar, setiap hari kita memohon didalam solat kita..tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami, sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini.
Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat.
Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah..
Rabbighfirli.. (Tuhanku, ampuni aku..)
Diamlah sejenak, buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah. Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan.
Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,
Warhamni.. (Sayangi aku..)
Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya. Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima. Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup. Berturut-turut sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu.
Wajburnii.. (Tutuplah aib-aibku..)
Warfa'nii.. (Angkatlah darjatku..)
Warzuqnii.. (Berilah aku rezeki..)
Wahdinii.. (Berilah aku petunjuk..)
Wa'Aafinii.. (Sihatkan aku..)
Wa'fuannii..(Maafkan aku..)
Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita. Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja.. Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu. Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain..

Wallahu'alam.

0 comments :

Post a Comment

[mood study] Selangkah ke medan Engineering.


Alhamdulillah atas segala kurniaan dari Allah SWT. Aku kembali bersemangat untuk menjadi sebagai seorang Engineer. Jadi, start dari sekarang kena lah setka minda menjadi sebagai seorang pelajar Universiti kembali setalah stengah tahun hanya melihat bintang di langit. Btw, syllabus yang aku kena belajar ni lebih kurang sama macam aku belajar dekat IKM dulu. So, agak bersemangat la sikit nih. Apa-apa pun aku kena belajar bersungguh-sungguh. Dan yang penting aku tak boleh lupa akan tujuan aku hidup di dunia ini. Semuanya kerana Allah SWT. DIA(Allah) adalah segala-galanya.

Diploma in Building (AP116)

Semester 1
- DBN115 Building Construction I
- DBN123 Introduction to Structures
- DBN133 Site Surveying I
- DBN122 Information Technology and Communication Skills

Semester 2
- DBN164 Building Construction II
- DBN163 Building Sciences I
- DBN173 Building Services I
- DBN183 Site Surveying II
- DBN152 Structures I

Semester 3
- DBN214 Building Construction III
- DBN213 Builders Quantities and Estimating I
- DBN223 Building Science II
- DBN233 Building Services II
- DBN232 Structures II

Semester 4
- DBN264 Building Construction IV
- DBN263 Builders Quantities and Estimating II
- DBN273 Building Science III
- DBN283 Building Services III
- ACC104 Accounting and Finance
- BLD272 Building Law
- DBN282 Construction Health and Safety

Semester 5
- BCM307 Practical Training

Semester 6
- DBN314 Building Construction V
- DBN323 Integrated Project
- DBN333 Site Management
- DBN363 Builders Quantities and Estimating II
- DBN342 Contract Administration
- DBN352 Building Economics

0 comments :

Post a Comment

Pelihara dan jaga untuk kusyuk solat.


Sama-samalah kita memelihara dan menjaga perkara yang seperti ini untuk kita beroleh kekusyukkan di dalam solat kita seharian.. In Sha Allah. ^_^

1. Bersiap sedia bagi mendirikan solat bermula, menjawab seruan azan, berwudhuk, memakai pakaian, berjalan menuju masjid dan menunai amalan sunat sebelum solat.
2. Tenankan diri semasa di dlam solat
3. Mengingati mati semasa di dalam solat
4. Tadabbur ayat-ayat yang di baca dan doa-doa zikir di dalam solat, dan cuba berinteraksi dengannya.
5. Membaca ayat-ayat dengan putus-putus dan berhenti-henti pada ayat-ayat tertentu supaya menurut sunnah dan memudah tadabbur dan menghayati maksudnya ayat yang di baca.
6. Membaca al-Quran dan memperelokankan bacaannya di dalam solat.
7. Mengetahui bahawa Allah s.w.t menyahut dan mengiakan orang yang bersolat.
8. Bersolat dengan menghadapkan dinding atau tabir bagi menyekat jauh pandangan mata.
9. Meletak tangan kanan di atas tangan kiri betul-betul di atas dada.
10. Melihat kepada tempat sujud.
11. Menggerak-gerakkan jari telunjuk kerana ia amat kerasa kepada syaitan daripada besi.
12. Mempelbagaikan surah, ayat-ayat, doa-doa dan zikir tertentu di dalam solat supaya dapat memperaktikkan sunnah dan memperbaharui maknanya.
13. Sujud tilawah apabila membaca ayat-ayat sujud di dalam solat.
14. Berlindung dengan Allah daripada bisikan syaitan
15. Merenung perihal solat para salaful soleh
16. Mengetahui keistimewaan khusyu’ di dalam solat
17. Bersungguhn-sungguh berdoa pada tempat-tempatnya di dalam solat, khususnya di dalam ruku’.
18. Membaca zikir-zikir selepas solat yang maktsur.

0 comments :

Post a Comment

Konvokesyen Perdana IKM&KKTM 2013.

Alhamdulillah atas segala kurniaanNya kepada aku. Actually, i never thought that i've got all of this. Nasib baik ada juga kawan-kawan yang hadir konvo ni dekat PICC. Aku takut aku sorang ja yang datang. Inilah geng yang aku selalu melawak kasaq dan lembut dengan depa. 

Memang aku plan nak pakai dua suit, set baju melayu untuk ambil Anugerah Pelajar Cemerlang dan black suit untuk ambil Sijil IKM. Okeyh la tu noh!!!

Habis sudah pelajaran tahap SIJIL ni, aku sedang menunggu untuk graduate DIPLOMA pula. In Sha Allah dalam 2 tahun setengah atau 3 tahun akan datang. Dulu IKM kini di UITM. Alhamdulillah Ya Rabb.








0 comments :

Post a Comment

Imam Hanbali & Si Penguli Roti.


Suatu hari, Imam Ahmad bin Hanbal keluar bermusafir jauh ke pedalaman kawasan arab badwi. Setibanya Imam Ahmad di suatu kg, beliau terjumpa suatu masjid. Dek lewat malam, Imam Ahmad ingin bermalam disitu kerna tiada orang kg yg mengenalinya.

Setibanya di masjid, beliau meminta izin penjaga masjid untuk bermalam disitu. Si penjaga masjid tidak mengenali siapakah sebenarnya Imam Ahmad walaupun umum masyarakat mengetahui Imam Ahmad ialah pengasas mazhab hanbali dan seorang ilmuan besar dizamannya.

Hasil rundingan beberapa kali dengan si penjaga masjid menemui jalan buntu. Akhirnya, datang seorang hamba allah menawarkan rumah untuk imam ahmad berehat dan bermalam.

Imam ahmad dengan hati yg terbuka menerima pelawaan itu. Setibanya di rumah, imam ahmad mendapati si tuan rumah yg mempelawanya itu bekerja sebagai pembuat ataupun penguli roti.

Imam ahmad memperhatikan sepanjang dia(si tukang rumah) menguli roti, mulutnya tidak lekang drpd beristighfar kepada allah swt. Dengan lantas imam ahmad bertanya, apakah kelebihan yg engkau(tuan rumah) perolehi drpd beristighfar? Beliau menjawab,"tidak asa satupun doaku yg tidak dimakbul allah swt"

Tetapi dia menambah, "hanya ada 1 doa sahaja yg allah belum perkenankan". Lantas imam ahmad bertanya, "apakah doamu yg tidak diperkenankan itu?" Seraya si tuan rumah menjawab,"doaku untuk berjumpa dgn imam besar dizaman ini iaitu Al Imam Ahmad bin Hanbal"

Terkeju dgn kata-kata itu, lantas imam ahmad berkata,"allah telah memperkenankan doamu itu wahai si tuan rumah. Akulah Ahmad bin Hanbal". Mengetahui rupanya org yg bermalam di rumahnya itu ialah Imam Ahmad bin Hanbal, lantas dia pun menangis kerna Allah telah memakbulkan doanya.

Mereka berdua berdakapan sambil menangis.

Allahu akbar!

0 comments :

Post a Comment

Antara 7 sunnah Rasulullah SAW.


Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:
Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.
Kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.
Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
Keempat:
Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.
Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.
Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.
Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.
Sama2 lah kita sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun, sebarkan, semoga ianya memberi manfaat pada semua.


0 comments :

Post a Comment

Rezeki datang pelbagai cara.


-Kita sedekah rm1, bila balik rumah, jiran hantar makanan utk makan malam kita dan anak2 pada hari itu. Satu keluarga happy, jiran tu mmg pandai masak.
-Kita sedekah rm1, tet tet tet tet whatsapp bunyi, ada orang order barang, untung RM10. Kita senyum.
-Kita sedekah RM1, anak2 balik rumah bagi tau tadi cikgu belanja makan masa rehat kat sekolah. Anak teruja.
-Kita sedekah RM1, ada kawan lama isteri kita datang rumah dan hadiahkan sepasang baju. Isteri happy.
Nikmatnya -- makan malam free, untung rm10/barang, anak2 dpt makan free cikgu belanja, duit poket boleh masuk tabung dan isteri dapat baju baru, kita tak perlu beli lagi untuk isteri. Dan kita, anak kita, isteri kita semua happy.
Tapi kita tak nampak.
Sebab kita semua nampak yang besar2 saja.
Duit duit duit yang melimpah ruah, rumah besar, kereta besar. Itu saja ukuran rezeki bagi kita. Yang nikmat makanan sedap yang free tadi, nikmat senyum, nikmat gembira dan teruja tu kita tak pandang. Disebabkan ukuran yang dangkal tu lah, kita kurang bersyukur dengan hidup kita.
Alhamdulillah... 

0 comments :

Post a Comment

Manusia bukan malaikat.

Kita bukan malaikat yang setiap detik hatinya hanya untuk ALLAH SWT. Manusia itu ialah makhluk yang sering terlupa. Makanya, ALLAH yang sangat memahami memberitahu bahawa pentingnya untuk saling memperingati.
Kita tidak selalu berada di atas. Dan tidak selama-lamanya kita berada di bawah.
Yang memberi nasihat, harus lebih bermujahadah dan istiqamah terhadap apa yang meluncur keluar dari bibirnya. Manakala yang mendengar nasihat harus berlapang dada dan jangan sesekali menyindir nasihat seseorang. Dengarkan apa yang ingin dikatakannya, dan nilailah.
Anda tidak akan rugi.
Setiap apa yang kita lakukan, kita perkatakan, pasti akan dihisab pada hari akhirat kelak.
Manusia memang sifatnya pelupa. Oleh itu jangan ego, hidup di dunia. Biarlah hati itu tunduk lebih rendah dari rumput yang ada di bumi. Kerana disitu kemuliaan seorang hamba. Terimalah nasihat saudaramu dengan seadanya dan berlapang dada. In Sha Allah, ALLAH itu sentiasa menilai setiap satu dari kita semua.
Semoga ALLAH merahmati.

0 comments :

Post a Comment

Syaitan dan Pemuda.


Kisah ini bermula apabila seorang pemuda bangun pada awal pagi untuk solat Subuh di masjid. 

Dia berpakaian, berwudhu dan berjalan menuju ke masjid. 
Di pertengahan jalan menuju ke masjid, pemuda tersebut jatuh dan pakaiannya kotor.

Dia bangkit, membersihkan bajunya dan pulang kembali ke rumah.
Di rumah, dia berganti baju, berwudhu dan berjalan menuju ke masjid.

Dalam perjalanan ke masjid, dia jatuh lagi di tempat yang sama.
Dia sekali lagi bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah.
Di rumah, dia sekali lagi berganti baju, berwudhu dan berjalan menuju ke masjid.

Di tengah jalan menuju ke masjid, dia bertemu seorang lelaki yang memegang lampu.
Dia menanyakan identiti lelaki tersebut dan lelaki tersebut menjawab

"Saya melihat anda jatuh dua kali di perjalanan menuju ke masjid, jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan anda."

Pemuda tersebut mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan menuju ke masjid.

Apabila mereka sampai di masjid, pemuda tersebut bertanya kepada lelaki yang membawa lampu untuk masuk dan solat Subuh bersamanya.
Lelaki itu menolak, pemuda itu mengajak lagi hingga berkali-kali tetapi jawapannya sama.

Pemuda itu bertanya, kenapa menolak untuk masuk dan solat Subuh bersama?

Lalu lelaki itu menjawab...

"Aku adalah IBLIS..."
Pemuda itu terkejut dengan jawapan lelaki itu.

Iblis kemudian menjelaskan, "Saya melihat kamu berjalan ke masjid dan sayalah yang membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid,
Allah memaafkan SEMUA DOSAMU.

Saya membuatkan kamu jatuh kali kedua dan itupun tidak membuatkan kamu berubah fikiran, bahkan kamu tetap memutuskan kembali untuk ke masjid.

Kerana hal itu, Allah memaafkan DOSA-DOSA SELURUH ANGGOTA KELUARGAMU.

Saya bimbang jika saya membuat kamu jatuh untuk kali ketiga, jangan-jangan Allah akan memaafkan dosa dosa seluruh penduduk kampungmu jadi saya harus memastikan bahawa kamu sampai di masjid dengan selamat.

0 comments :

Post a Comment

Dulu Ultraman, Kini Transformers.


Bertempat di Cmart Jitra, Kedah D.A. Ultraman kini tidak berjaya menghalang Transformers yang telah memusnahkan sebahagian kecil di gedung ini. *nampak sengal erk!!! hehehe

0 comments :

Post a Comment

Just Suit up dude!!!

Pesanan ini sebenar amat penting untuk aku suatu hari nanti tetapi harus dipraktikan terlebih dahulu sebagai persediaan menjadi seorang "engineer" atau "contractor" nanti. Inilah antara dua cita-cita besar yang aku "aim" dalam dunia kerjaya aku. Segalanya bergantung pada kestabilan ekonomi akan datang.

Cita-cita dah besar, penampilan pun mestilah besar kan!!! Pakai coat/blazer, long sleeve shirt, trouser, tie. Steady kan kalau lelaki berpakaian macam ini. Siapa yang tak mahu bergaya seperti usahawan berjaya yang sentiasa berpakaian formal dilengkapi dengan "blazer". Kita sebagai lelaki akan tampak elegant jika bersuit lengkap tapi mesti kena pada gaya dan corak pemakaiannya. Aku paling tertarik gaya ini sebab tengok hero "transporter" dengan suits lengkap dia. Steady bukan??? Caranya macam ini :


Have a nice suits sahabat.. ^_^




0 comments :

Post a Comment

Sejarah Ekor Serban.


Diriwayatkan di dalam sebuah hadis yang dinukilkan dari pendapat Imam Ibnu Qayyim al-Jauzi r.a. bahawa suatu ketika RasulullahSallallahu Alaihi Wasallam terlambat menunaikan Solat Subuh sehingga mentari hampir terbit. Lalu Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam bersegera keluar untuk menunaikan Solat Subuh..

Selesai bersolat, Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda kepada para sahabat r.a dengan maksudnya: “Duduk dulu di tempat masing-masing, adakah kamu mengetahui apa sebabnya aku terlambat pada hari ini?”.
Malam tadi aku bangun bersolat mengikut apa yang dikehendaki Allah SWT, kemudian aku merasa mengantuk lalu tertidur dan bermimpi melihat Allah Azza Wajalla Yang Maha Mulia dalam keadaan yang amat indah yang tak dapat digambarkan..

Allah berkata kepadaku: “Wahai Muhammad, adakah engkau mengetahui dalam perkara apa para malaikat diistimewakan?”

Aku menjawab: “Engkau saja yang mengetahuinya wahai Tuhanku (Aku ucapkan tiga kali).”.
Lalu Allah SWT meletakkan tangan kuasaNya yakni (rahmat) di antara kedua bahuku sehingga aku merasakan kesejukan di atas dadaku. Ia pun melimpahkan ilmu orang-orang terdahulu dan yang terkemudian kepadaku. Dengan sebab itu aku pun mengetahui apa yang di antara langit dan bumi serta mengenali setiap sesuatu..

Selepas itu Allah SWT bertanya: “Apakah engkau mengetahui dalam perkara apa para Malaikat berbantah-bantah?”
Aku menjawab: “Ya, aku tahu.”
Allah SWT bertanya: “Dalam perkara apa dia?”
Aku menjawab: “Dalam perkara yang boleh menghapuskan kesalahan (dosa) dan dalam perkara yang boleh menambah amalan.”
Allah SWT bertanya: “Dalam perkara yang boleh menghapuskan kesalahan (dosa) apa dia?”
Aku menjawab: “Membasuh anggota wuduk lebih hadnya di waktu musim sejuk di pagi hari bagi mengerjakan solat Subuh, melangkah kaki untuk menunaikan solat berjemaah dan menanti solat fardhu.”
Allah SWT bertanya: “Apa pula yang boleh menambah amalan.”
Aku menjawab: “Menyedekahkan makanan, saling mengucapkan salam, solat di tengah malam ketika manusia sedang tidur dan sesiapa yang memeliharanya, ia akan hidup dengan baik, mati dengan baik dan keluar dari dosanya sebagaimana halnya pada hari ia dilahirkan ibunya.”
Allah SWT berkata: “Wahai Muhammad ! engkau telah Berjaya, maka berdoalah.”
Aku berkata: “Wahai Tuhanku ajarilah aku.”
Allah SWT berkata: “Apabila engkau selesai solat, katakanlah: “Ya Allah, aku bermohon kepadaMu untuk melakukan segala kebajikan, untuk meninggalkan segala kemungkaran, untuk mengasihani orang-orang miskin, supaya Engkau mengampuniku, mengasihiku dan memberi taubat kepadaku, Apabila Engkau berkehendak memberi fitnah kepada satu-satu kaum, maka genggamlah aku supaya tidak mendapat fitnah. Aku bermohon kepadaMu cinta kasih untuk menyintaiMu, dan menyintai amal yang boleh menghampirkanku kepada menyintaiMu. Dan jadikanlah aku menyintaiMu lebih dari kesukaan (harapan) kepada air.”
Kemudian Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda kepada kalangan orang yang mendengar syarahannya di masjid; “Kamu pelajarilah kalimat-kalimat ini dan kamu ajarkanlah, kerana ia adalah suatu kewajipan yang diperintah oleh Allah SWT.”  (Menurut Imam Muhammad bin Said al-Bukhari; martabat hadis ini ialah sahih).
Oleh kerana itulah, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam meletakkan ekor serbannya di antara kedua bahu sebagai merakam mimpi berkenaan dan untuk dijadikan peringatan terhadap apa yang diterima Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam ketika bermimpi. Maka Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam meletakkan ekor serbannya di tempat Allah SWT meletakkan tangan kuasa yakni (rahmat) di bahu belakangnya..

Justeru, amalan sunnah (fadhoilul ‘amal) ini seterusnya diamalkan pula oleh ulama’-ulama’ dahulu kini dan In Sha Allah selama-lamanya..

Selamat beramal dan meneruskan kesinambungan sunnah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam!.

والله أعلم بالصواب

0 comments :

Post a Comment

Nasihat itu tugas semua Islam.


Berilah nasihat walaupun pahit untuk melafazkannya.
Saya suka dengan cara seorang guru saya. Apabila dia memberi nasihat kepada anak didiknya, maka dipertengahan nasihatnya itu, dia akan berkata seperti ini,
“Aku hanya memberi nasihat dan teguran pada kamu semua. Kamu tersinggung, kecil hati, merajuk dengan teguran ini, itu kamu punya urusan. Yang aku tahu, aku tegur kamu dan beri nasihat kerana aku sayang pada kamu. Tapi, minta maaflah kepada sesiapa yang terkena tepat pada wajah sendiri ya..”
Saya akui, kadang-kadang beliau bercakap secara umum, namun saya juga pernah turut terasa dengan teguran guru saya itu tadi. Dan bagi saya, itu latihan untuk mendidik diri memberi dan menerima nasihat.
Benar, nasihat biar kena pada caranya.
Namun, dalam kelembutan memberi nasihat itu, biar ketegasan turut bersama.
Baca kalam ALLAh ini, Surah al-Asr
Demi Masa. Sesungguhnya SEMUA manusia itu di dalam kerugian. KECUALI mereka yang berIMAN, dan beramal soleh. Dan berpesan-pesan pada kebaikan, dan berpesa-npesan pada kesabaran.
Subhanallah. Lihatkan bagaimana ALLAh memberi panduan kepada orang yang tidak rugi itu tugasnya apa? Salah satunya adalah, berpesan-pesan kepada kebaikan.
MashaALLAh.

0 comments :

Post a Comment

Kelebihan wanita daripada lelaki.


Hadis Nabi Mengenai Kaum Wanita:
1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.
2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dlm rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dgn 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
3. Apabila seseorang perempuan mula sakit hendak bersalin,maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak,keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkanya.
5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang mengembirakan akan perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah akan diharamkan api neraka keatas tubuhnya.

0 comments :

Post a Comment

Hukum beri upah kepada tukang sembelih binatang qurban.


Soalan: Apa hukum memberi upah tukang sembelih dan tukang lapah binatang qurban dengan memberi daging binatang qurban tersebut sebagai upah?
Ustaz Azhar Idrus:
Ini banyak sangat yang terjadi, dah macam lumrah, sebab ramai yang tidak tahu hukum. Hukumnya HARAM kita memberi upah penyembelih dan juga tukang lapah, dengan daging qurban yang disembelih itu, malah dengan seurat bulu binatang qurban itu pun tidak boleh!
Saidina Ali r.a berkata, "Nabi s.a.w pernah menyuruh aku korban seekor unta milik Baginda kemudian sedekahkan daging, kulit dan apa yang di atas belakang unta-unta itu serta aku juga tidak memberi apa pun kepada tukang sembelih tersebut. Dia berkata: Kami memberinya dengan harta kami sendiri." (Hadis Riwayat Muslim).
Adakah sah qurban itu?
Ibadah qurban itu sah, tetapi perbuatan memberi upah itu yang haram.
Jadi, macamana nak upah mereka?
Nak bagi upah boleh, upah dengan duit. Tetapi, kita boleh beri daging kepada mereka sedikit dari bahagian kita sebagai sedekah atau hadiah sepertimana yang kita beri kepada orang-orang lain, asalkan bukan niat upah.
Habis tu kesalahan yang lepas-lepas macamana?
Bagi sesiapa yang telah mengambil upah selama ini, maka wajib dia bertaubat dan wajib ganti balik dengan jumlah daging yang dia telah diambil sebagai upah.
Sebab itu kita kena belajar ilmu agama. Jangan belajar ilmu dunia saja. Ibadah qurban itu sunat sahaja, tetapi bila kita hendak buat ibadah qurban, belajar hukum mengenainya itu adalah WAJIB.

0 comments :

Post a Comment

Nasihat bukan mudah.


Menasihati orang lain, tidak semudah berkata-kata. Kerana orang yang mengeluarkan nasihat itulah yang perlu lebih untuk mempraktikkan apa yang pernah diperkatakannya. Dan sekiranya ALLAh izinkan, si penasihat itu tadi pasti akan teruji dengan apa yang pernah diperkatakannya. Sama ada dia buat atau tidak.
Oh, itu ujian buat si pemberi nasihat.
Dan ALLAh tidak suka kepada seseorang yang menyeru sesuatu tetapi dia sendiri tidak melakukannya. Nah, berat bukan tanggungjawab ini? Kenapa? Bukanlah ALLAh ingin merendahkan kita, tetapi ALLAh ingin kita berdisiplin dan istiqamah dengan apa yang kita kerjakan.
Cubaan itu latihan. Bukan hanya sebuah hisab.

0 comments :

Post a Comment

Siapakah Ahli Neraka?


Riwayat Hadith: 
Daripada Usamah RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Aku berdiri dimuka pintu syurga lalu (kelihatan) kebanyakan orang yang masuk kedalamnya ialah orang-orang yang miskin, sedangkan orang-orang kaya ditahan, manakala ahli-ahli neraka pula disuruh bawa ke dalam neraka. Ketika aku berdiri dipintu neraka pula (kelihatan) kebanyakan yang masuk ke dalam ialah orang-orang perempuan”.

Huraian Hadith:
Islam melarang umatnya daripada menghina orang-orang miskin kerana kemungkinan mereka mendapat tempat yang mulia disisi Allah.

Orang-orang perempuan hendaklah sentiasa mengawasi diri mereka lebih daripada lelaki kerana mereka mudah terdedah kepada melakukan perkara-perkara yang keji yang mengakibatkan mereka mudah masuk neraka.

Orang-orang miskin sekalipun mereka dhaif tetapi sekiranya mereka bersabar dengan kesusahan yang mereka hadapi serta membuat amalan-amalan baik nescaya mereka akan dimasukkan ke dalam syurga.

Rasulullah dapat mengetahui perkara ghaib seperti keadaan syurga dan neraka dengan diberitahu oleh Allah.

Wanita yang menjadi ahli neraka ialah yang derhakakan Allah, tidak menunaikan hak Allah dan hak manusia seperti nusyuz dan menafikan budi baik suami.


*Beware sebab kita semua adalah manusia yang pelupa.

0 comments :

Post a Comment

Awas! Surah-surah palsu yang dicipta oleh orang-orang kafir dalam Al-Quran!


Hal berkenaan surah palsu ini sudah menggemparkan umat Islam pada 7-8tahun yang lepas, tapi ada ura-ura mengatakan ia kembali muncul dimata dunia yang cuba untuk pesongkan kepercayaan umat Islam.

Sabda Rasul SAW lagi berhubung dengan fitnah yang bermaksud:

"Masa akan menjadi dekat (pendek), ilmu akan diangkat, fitnah akan lahir, dicampakkan akan sifat bakhil dan berlaku dengan banyaknya ‘harju’. Maka mereka bertanya: Wahai Rasul, apakah maksud harju. Baginda menjawab: harju adalah pembunuh."

Rasulullah SAW sendiri telah menyebut perkara fitnah ini!Ya Allah.Sesungguhnya fitnah itu lebih besar daripada membunuh!tahu tak dek non semua?Jadi berhenti menfitnah orang!Cuba kalau orang fitnah kita,tahu pulak kita nak melenting kan.

Umat islam semua perlu sedar bahawa orang-orang kafir itu tidak akan berputus asa untuk memecah belahkan umat islam,mereka tidak akan berputus asa sehingga hari kiamat,begitu juga dengan syaitan,tetapi bezanya syaitan dengan orang kafir ini adalah,pada hari kiamat,syaitan akan berlepas tangan dan tidak mahu bertanggunjawab atas apa yang telah dilakukan oleh orang-orang kafir,ketika di neraka,orang orang kafir akan berteriak untuk dilepaskan dan mereka sanggup menggadaikan keluarga untuk terlepas dari seksaan neraka,tapi masa tu,duduklah korang dalam neraka sampai bila-bila,seksaan yang terus menerus!Persamaan orang kafir dan syaitan adalah mereka tidak akan berputus asa menghancurkan umat islam.

Allah telah berjanji akan menjaga Al-Quran sehingga hari kiamat.Sehinggakan Allah pernah mencabar manusia dan jin untuk membuat surah yang sama seperti dalam Al-Quran,sebab apa Allah mencabar?Sebab Allah tahu yang kita tak akan mampu membuat surah seperti dalam Al-Quran!Tak Akan mampu!

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan Al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan yang sebanding dengannya, walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri".
(Surah Al-Israa' ayat 88)

Tapi,macam aku cakap tadi,orang orang kafir tak pernah berputus asa,maka mereka mencipta surah yang diberi nama:

a) Al-Iman(kepercayaan)
b) Al-Wasaya
c) At-Tajassud
d) Al-Muslimoon

dan surah-surah lain ciptaan mereka,korang boleh bukak www.suralikeit.com.

Apakah percanggahan yang terdapat dalam surah-surah ini,aku akan terangkan satu persatu bermula dengan surah Al-Iman.

1.Diceritakan tentang beberapa pengikut dalam kitab. Ketika saat ombak besar melanda ketika mereka berada dalam satu pelayaran

2.kemudian mereka melihat bayangan Nabi Isa(Jesus) berjalan di atas air. Mereka lalu berkata:
'Apakah Tuhan kita sedang mentertawakan kita? Atau adakah kita ini sudah gila?'

3.Lalu terdengar satu suara dari langit berkata : jangan takut ini aku, apakah kamu tidak melihat ?

4.Maka, satu dari mereka berteriak : Tuhanku, bimbinglah aku, jika Kau memang disini, untuk berjalan diatas air. Ya Allah jadikanlah keraguanku ini menjadi sesuatu yang kenyataan

5.Dia (Allah) berkata padanya : kemarilah dan jadilah mu’jizat/keajaiban yang akan selalu diingat.

6.Dan mulailah sang pengikut/umat tersebut berjalan, dia lalu melihat betapa kuatnya ombak yang datang sehingga dia menjadi takut akan tenggelam, lalu dia berteriak lagi kepada Tuhannya untuk minta pertolongan.

7.Dan Dia mengeluarkan tangan-Nya dan mengangkatnya sambil berkata : Disebabkan keyakinan kamu amat sedikit (was-was tentang kebenaran) maka itulah ganjaran yang kamu dapati

8.Dan segera setelah Dia pergi dengannya dengan kapal tersebut, Ombak menjadi reda dan si pengikut ini mengucapkan syukur pada-Nya dan berkata :

9.Kau adalah benar-benar anak Tuhan; dalam dirimu kami percaya dan di depan-Mu kami bersujud

10.Dia berkata : Kegembiraan adalah untuk mereka yang percaya tanpa mencampur adukkan kepercayaan mereka dengan sesuatu yang meragukan. Itulah hasil yang sebenarnya yang kamu perolehi


Kedua..surah Al-muslimun :

1. Alief lam saad miim.

2. Katakanlah : Hai kaum muslimin, kamu sekalian sudah tersesat jauh.

3. Bagi yang tidak percaya kepada Allah dan Kristus-Nya, akan menikmati hari akhirnya dalam kobaran api dan siksaan yang pedih.

4. Beberapa wajah pada hari itu akan terlihat memelas dan ketakutan mencari pengampunan dari Allah dan Allah akan menolong apa yang Dia inginkan (untuk ditolong).

5. Pada hari itu Sang Maha Pengampun berkata : Hai umat-Ku, Aku telah mengarunia kan padamu petunjuk dalam Taurat dan Injil.

6. Dan kamu seharusnya tidak memungkiri apa yang telah Aku perintahkan kepadamu dan menyesatkan diri dari jalan yang benar.

7. Mereka berkata : kami tidak tersesat sendiri tapi dia (Muhammad) yang telah dijadikan salah satu utusan (Allah) telah salah memimpin kami.

8. Dan Allah berkata : Hai Muhammad, kau telah membujuk umat-Ku dan menyebab kan mereka tidak mempercayai.

9. Dia berkata : ya Tuhanku, adalah syetan yang telah membujukku dan sebenar nya akan selalu mengganggu anak-cucu Adam.

10. Dan Allah akan mengampuni orang-orang yang telah terbujuk dan lalu menyesal dan dia akan memaksa dia yang telah terbujuk oleh syetan, yang menyedihkan.

11. Dan jika Allah memerintahkan sesuatu, Dialah yang paling tahu apa yang diperintahkan dan Dia dapat melakukan segalanya.


Ketiga..surah Al-Tajassud.

1. Puji syukur kepada-Nya yang telah menciptakan sorga yang tanpa batas.

2. Dia ciptakan bumi yang sebagian terdiri dari air dan sebagian lagi tanah.

3. Katakan pada orang-orang yang telah diperdaya oleh ajakan syetan : pikiranmu telah dibutakan sehingga kamu menuduh bahwa Allah itu keliru dan menjadi pengikut syetan.

4. Syetan akan selalu menjadi musuh yang paling besar bagi manusia.
5. Jika Allah menghendaki, Dia bisa membuat seorang anak dari batu, seperti yang telah Dia katakan pada alam ini : jadilah, maka akan jadi mustahil bagi Allah bahwa Dia harus mengkonsultasikan keputusan-Nya dengan orang lain.

6. Mustahil bagi Allah bahwa Dia harus mengambil satu dari mahluknya sebagai anak.

7. Katakan pada orang-orang yang masih meragukan apa yang telah diberitakan sebelumnya ; Kristus adalah bukan makhluk Allah, dia telah bersama Allah pada awalnya dan akan selalu bersama-Nya

8. Dalam Dia (Allah) dan dari Dia, dia (Kristus) berasal, bersama dengan jiwa-Nya, satu Tuhan, abadi, satu dan tidak lebih dari satu.

9. Seperti seorang ayah yang mengirimnya kepada umat manusia seperti yang telah Dia janjikan.

10. Dia tiupkan/turunkan se perti sabda kedalam rahim seorang perawan yang akan lahir sebagai manusia

11. Dia berbaur dengan manusia biasa, berwujud seperti manusia, mati sebagai pengorbanan atas nama manusia dan seperti manusia, juga dia dikubur kan /dimakamkan.

12. Dan seperti Bapa yang ada di Surga, setelah 3(tiga) hari dia naik.

13. Bagi siapa yang tidak percaya keajaiban-Nya, dan mengatakan hal-hal yang buruk tentang-Nya.

14. Allah tidak akan melepas kanmu dari kemurkaan-Nya.

15. Tapi bagi siapa yang percaya pada-Nya dan pada Almasih-Nya, mereka akan mendapatkan pengampunan dan surga dimana mereka hidup abadi.


Dan surah yang terakhir adalah Al-wasaya

1.Alef Lam Mim Thal

2. Kami telah menghantar anda untuk dunia pembawa dengan berita gembira dan pemberi amaran,
3. (Dibenarkan) untuk memerintah dengan apa sahaja yang datang dalam fikiran anda
dalam usaha untuk menjaga perkara-perkara dalam cara yang betul.

4.Sesiapa yang hendaklah mematuhi apa yang anda memerintah hendaklah berbuat baik untuk dirinya sendiri dan dia yang tidak akan menerima dari tangan anda pahala yang pahit.

5.Kami telah memberikan Musa sebelum anda ten perintahdan Kami memberi anda (banyak) puluhan lainsebagaimana Kami telah menjadikan kamu terakhir para nabi dan ditahbiskan anda sebagai seorang putera ke atas mereka semua.

6.Anda memansuhkan apa sahaja yang anda ingin untuk memansuhkan
perintah Kami kurniakan kepada mereka Kami telah dibenarkan anda untuk mengubah suai mana-mana keputusan kita.

7.Khabarkanlah kepada hamba-hambaKu yang beriman berlindung apabila mereka menguap Satu Pemurah untuk mencegah syaitan daripada ketawa pada mereka dan untuk mengagungkan Allah apabila mereka bersin.

8. (Dan khabarkanlah kepada mereka) tidak membenarkan anjing di rumah mereka dan tidak meletakkan gambar pada dinding mereka.

9. Dan jika mereka mahu memakai kasut
(Beritahu mereka) untuk memulakan dengan satu betul sebelum kiri dan jika mereka tidak melakukannya nescaya mereka melakukan dosa yang kejam.

10. Dan apabila mereka bertindak balas kepada panggilan alam
(Beritahu mereka) untuk mengelap hujung belakang mereka dengan tiga batu
dan untuk mengelakkan menggunakan najis untuk Kami telah menjadikan ia sebagai makanan untuk jin dan kerana itu Kami jadikan ia suatu perkara yang dilarang bagi orang-orang yang beriman

11. Khabarkanlah kepada hamba-hambaKu yang beriman untuk menyerang sesiapa sahaja yang mereka mahu dan juga untuk membunuh dalam usaha untuk mendapatkan peruntukan mereka bahawa orang-orang di kalangan mereka yang tidak pernah menyerbu atau tidak pernah terfikir tentang menyerangakan mati sebagai orang-orang munafik dan boleh dinafikan (di akhirat).

12.(Dan khabarkanlah) orang-orang yang takut kepada sihir untuk makan tujuh biji kurma dan Allah akan menyelamatkan mereka dari sihir dan menjauhkan diri dari mereka petanda jahat.

13. Khabarkanlah kepada hamba saya jika mereka mahu bersumpah
mereka perlu bersumpah dengan nama Allah seberapa banyak kali yang mereka mahu.14.Dan (beritahu mereka) untuk berkahwin dengan wanita yang mereka lihat baik bagi diri mereka, dua, tiga atau empat, atau tawanan yang tangan kanan mereka memiliki,Kami telah membuat agama yang mudah bagi mereka.

15.Dan apabila anda adalah pendek perintah, panggilan Jibril
dan dia hendaklah datang tergesa-gesa kerana dia telah diperintahkan.

16 Dan jika Jibril sibuk pergi ke Waraqa Bin Nawfal


Apa yang aku highlight dalam surah-surah palsu ini,aku rasa korang boleh fikir sendiri,ada ke kalau kita pakai kasut mula dengan kaki kiri dulu terus jatuh hokum dosa kejam?Pakai kasut mula dari kaki kanan itu sunah bukan wajib!Sesat sungguh orang-orang kafir ini!Dan dia menyatakan yang isa itu anak tuhan?Itu lagi sesat!Nanti apabila nabi isa turun kembali ke bumi,nabi isa sendiri akan menafikan yang dia anak tuhan tapi dia akan cakap "Aku adalah nabi yang diutuskan Allah kepada kamu!Aku bukan anak tuhan!"

Korang semua dah besar boleh baca sendiri apa kesilapan dalam setiap surah ini.Jaga-jaga semua!jaga kawan-kawan dan keluarga kita yang baru nak berubah,dan jaga juga saudara-saudara baru kita.Takut mereka terpesong.
Apa yang paling dirisaukan disini adalah orang-orang yang ingin memeluk islam,orang-orang jahil,kanak-kanak .Takut mereka mudah terpedaya dengan surah-surah ciptaan ini.Jadi walaupun surah ini sudah beberapa tahun sudah dicipta kalau tak silap aku,tapi kita risau jika Al-Quran edisi terbaru mengandungi surah-surah ini,ataupun Al-Quran digital yang dalam android,iphone.Macam-macam agenda orang kafir untuk jatuhkan kita.Nak tahu surah yang palsu lagi?Boleh check di www.suralikeit.com/ .Di dalam ini semua surah-surah palsu ciptaan orang-orang kafir.

Sekian.Jagalah Allah,Allah akan menjaga kamu!

0 comments :

Post a Comment