Manusia bukan malaikat.

Kita bukan malaikat yang setiap detik hatinya hanya untuk ALLAH SWT. Manusia itu ialah makhluk yang sering terlupa. Makanya, ALLAH yang sangat memahami memberitahu bahawa pentingnya untuk saling memperingati.
Kita tidak selalu berada di atas. Dan tidak selama-lamanya kita berada di bawah.
Yang memberi nasihat, harus lebih bermujahadah dan istiqamah terhadap apa yang meluncur keluar dari bibirnya. Manakala yang mendengar nasihat harus berlapang dada dan jangan sesekali menyindir nasihat seseorang. Dengarkan apa yang ingin dikatakannya, dan nilailah.
Anda tidak akan rugi.
Setiap apa yang kita lakukan, kita perkatakan, pasti akan dihisab pada hari akhirat kelak.
Manusia memang sifatnya pelupa. Oleh itu jangan ego, hidup di dunia. Biarlah hati itu tunduk lebih rendah dari rumput yang ada di bumi. Kerana disitu kemuliaan seorang hamba. Terimalah nasihat saudaramu dengan seadanya dan berlapang dada. In Sha Allah, ALLAH itu sentiasa menilai setiap satu dari kita semua.
Semoga ALLAH merahmati.

0 comments :

Post a Comment