Nasihat untuk orang lain.


Saya sebenarnya kurang suka mendengar orang mengatakan seperti ini,
“Alaa. Dia nak beri nasihat kat orang lain, padahal diri sendiri pun taklah baik mana. Eksyen baik aja lebih. Nak jadi pak Ustaz konon!”
Sejujurnya, kata-kata orang seperti di atas adalah kata-kata seorang yang sombong.
Kenapa seorang yang berilmu tinggi sahaja yang menjadi syarat untuk sesetengah orang menerima nasihat? Kalau seorang petani miskin, apa nasihatnya tidak boleh dipakaikah? Manusia nak mengambil nasihat berdasarkan kedudukan atau berdasarkan pedoman yang ada melalui kata-kata yang diucapkan?
Sekiranya ada orang ingin memberikan nasihat, maka izinkanlah dia. Hatta orang itu seorang budak kecil. Adalah menjadi hak budak kecil itu tadi untuk kita mendengar apa yang diperkatakannya. Dan hak anda sebagai pendengar adalah untuk mendengar, kemudian terpulang kepada anda untuk menerima nasihat tersebut untuk dipraktikkan atau tidak.
Orang yang rendah hati itu, menerima nasihat dari pelbagai golongan.

2 comments :

suka entry ni, ayat 'cermin diri sendiri dulu' memang macam tajam macam pedang, sampai kengkadang bila saya rasa perlu menasihat seseorang rasa takut bila tengok diri sendiri, takut dipulangkan balik kata-kata macam kat atas ni disuruh cermin diri semula.

October 19, 2013 at 8:19 PM comment-delete

Betol tu AINRAHMAN, risau jugak sebenarnya nak bagi nasihat dekat orang lain sebab takut diri sendiri berpaling jauh dari nasihat yang keluar dari mulut kita sendiri. Kadang tu pikir banyak kali jugak, scan atas bawah..

October 20, 2013 at 12:49 AM comment-delete

Post a Comment