Imam Hanbali & Si Penguli Roti.
Suatu hari, Imam Ahmad bin Hanbal keluar bermusafir jauh ke pedalaman kawasan arab badwi. Setibanya Imam Ahmad di suatu kg, beliau terjumpa suatu masjid. Dek lewat malam, Imam Ahmad ingin bermalam disitu kerna tiada orang kg yg mengenalinya.
Setibanya di masjid, beliau meminta izin penjaga masjid untuk bermalam disitu. Si penjaga masjid tidak mengenali siapakah sebenarnya Imam Ahmad walaupun umum masyarakat mengetahui Imam Ahmad ialah pengasas mazhab hanbali dan seorang ilmuan besar dizamannya.
Hasil rundingan beberapa kali dengan si penjaga masjid menemui jalan buntu. Akhirnya, datang seorang hamba allah menawarkan rumah untuk imam ahmad berehat dan bermalam.
Imam ahmad dengan hati yg terbuka menerima pelawaan itu. Setibanya di rumah, imam ahmad mendapati si tuan rumah yg mempelawanya itu bekerja sebagai pembuat ataupun penguli roti.
Imam ahmad memperhatikan sepanjang dia(si tukang rumah) menguli roti, mulutnya tidak lekang drpd beristighfar kepada allah swt. Dengan lantas imam ahmad bertanya, apakah kelebihan yg engkau(tuan rumah) perolehi drpd beristighfar? Beliau menjawab,"tidak asa satupun doaku yg tidak dimakbul allah swt"
Tetapi dia menambah, "hanya ada 1 doa sahaja yg allah belum perkenankan". Lantas imam ahmad bertanya, "apakah doamu yg tidak diperkenankan itu?" Seraya si tuan rumah menjawab,"doaku untuk berjumpa dgn imam besar dizaman ini iaitu Al Imam Ahmad bin Hanbal"
Terkeju dgn kata-kata itu, lantas imam ahmad berkata,"allah telah memperkenankan doamu itu wahai si tuan rumah. Akulah Ahmad bin Hanbal". Mengetahui rupanya org yg bermalam di rumahnya itu ialah Imam Ahmad bin Hanbal, lantas dia pun menangis kerna Allah telah memakbulkan doanya.
Mereka berdua berdakapan sambil menangis.
Allahu akbar!
0 comments :
Post a Comment