Rezeki datang pelbagai cara.
-Kita sedekah rm1, bila balik rumah, jiran hantar makanan utk makan malam kita dan anak2 pada hari itu. Satu keluarga happy, jiran tu mmg pandai masak.
-Kita sedekah rm1, tet tet tet tet whatsapp bunyi, ada orang order barang, untung RM10. Kita senyum.
-Kita sedekah RM1, anak2 balik rumah bagi tau tadi cikgu belanja makan masa rehat kat sekolah. Anak teruja.
-Kita sedekah RM1, ada kawan lama isteri kita datang rumah dan hadiahkan sepasang baju. Isteri happy.
Nikmatnya -- makan malam free, untung rm10/barang, anak2 dpt makan free cikgu belanja, duit poket boleh masuk tabung dan isteri dapat baju baru, kita tak perlu beli lagi untuk isteri. Dan kita, anak kita, isteri kita semua happy.
Tapi kita tak nampak.
Sebab kita semua nampak yang besar2 saja.
Sebab kita semua nampak yang besar2 saja.
Duit duit duit yang melimpah ruah, rumah besar, kereta besar. Itu saja ukuran rezeki bagi kita. Yang nikmat makanan sedap yang free tadi, nikmat senyum, nikmat gembira dan teruja tu kita tak pandang. Disebabkan ukuran yang dangkal tu lah, kita kurang bersyukur dengan hidup kita.
Alhamdulillah...
0 comments :
Post a Comment